Monday, February 28, 2022

'Rendang' Ayam kuah mencurah-curah

Tengahari tadi aku ke Sek7 untuk lunch kat satu cafe ni.
Aku tengok cafe ni selalu di review oleh penduduk setempat konon-konon sedap, murah dan berbaloi.
So bila tengok good review macam ni mesti la aku sedikit sebanyak terpengaruh untuk cuba rasa.
Lepas aku setel keje dan kursus pagi tadi, aku google tengok lokasi kedai dan waktu operasinya.

Parking kat sana agak limited tapi rezeki aku dapat park sesampai kat sana.
Kebetulan acik MPKJ sedang buat pemeriksaan bayaran parking so aku cepat-cepat bayar thru Flexi.
Lepas tu aku terus ke cafe.

Depan cafe ada satu signboard nama kedai menunjukkan ke aras atas bangunan.
Aku naik ke atas. Tapi ada satu pejabat kat situ cakap cafe tu kat tingkat bawah.
Ok, turun balik ke bawah dan kalori aku dah terbakar 500kJoule gitu 😂
Sampai kat depan cafe, aku scan MySj dan masuk kedai. 
Cuma ada 2 orang customers kat dalam dan 1 customer kat belakang aku.
Means cafe tak ramai pelanggan walaupun dah tengahari 😌
Ok, takpe. Mungkin orang belum keluar lunch.

Oh sebelum tu, aku taknak sebut nama cafe tu.
Korang tengok sendiri dalam gambar ye.

Masa kat kaunter, aku dilayan mesra oleh staff.

Staf : Nak order apa cik?
Aku : Menu apa yang recommended kat sini?
Staf : Sini semua kopi sedap, tapi yang paling orang suka caramel macchiato.
Aku : Ok iced caramel macchiato satu. Kalau nak order nasi lama tak nak kena tunggu?
Staf : Tak cik, sekejap je.
Aku : Ok saya nak nasi rendang ayam satu.

Aku rasa sebab rendang ayam tu mesti dah masak dalam portion banyak kan?
So sepatutnya memang takkan ambil masa yang lama untuk serve la.
Aku nak order buttermilk tapi not available.

Lepas tunggu dalam 10 minit, orders aku sampai.
Dari segi presentation dia, aku bagi 3/5.
Tapi dari judgement awal aku, rasanya taste menu ni boleh bagi 2/5 kot..
Ok jangan menilai terlalu awal ye. Kita cuba rasa dulu.


Kat sini ada nama kedainya. So jangan tanya dah apa nama kedai tu ye 😂
Tagline adalah Asian Taste.

Ni rupa bentuk nasi rendang ayam aku.
Ada ayam 4 ketul kecik, telur mata, keropok dan salad sehelai duduk bawah nasi putih.
Dan juga air iced caramel macchiato aku.

Korang nampak air bergenang kat kuah rendang aku tu?
YE, TU RENDANG. BUKAN KARI AYAM.

Mencurah-curah ye.


Aku order rendang ayam. Tapi yang sampai serupa kari ayam berkerisik.
Sikit rasa rendang pun tak ada terbit dalam taste buds aku.
Aku tak boleh nak habiskan makanan aku.
Maaf, aku tak cakap lauk ni tak sedap.
Cuma tak sampai expectation aku.

Aku rasa agak melampau kalau rendang kau langsung tak rasa rendang.
Tak ada rasa lengkuas, serai, cili.
Rasa rempah kari pulak yang banyak.
Aku rasa ni kalau Gordon Ramsay makan lauk ni, jangankan dia cakap tak crispy.
Silap-silap dia rendang ayam tu dia campak balik kat muka tukang masak tu.

Makanan tadi aku tak habiskan pun.
Aku agak bengang dengan review-review kat FB group yang memuja-muja cakap menu kafe ni sedap.
Ye aku tahu kita tak boleh percaya review-review ni.
Sedap or tak itu subjective. Mungkin ada orang cakap sedap.
Tapi isu kat sini bukan sedap or tak.
Isunya NI BUKAN RENDANG AYAM.
Kalau ada yang cakap "ntah-ntah tersalah hantar menu kot.. Maybe itu memang kari ayam"
Ntah la nok, aku tengok ada daun limau purut dalam tu.
Kalau itu memang kari ayam, pun below my expectation sebab kuah cair sangat.

Aku syak yang tukang review kedai ni mungkin geng-geng dia jugak.
Nak promote kedai pun agak-agaknya wehhh.
Kemain kau memuji melambung-lambung.
Harga pun bukan murah.
Kat review cakap murah, berbaloi, rasa kayangan tapi harga marhaen.

Ni harga menu aku tadi :
  • Nasi Rendang Ayam RM12.90 (1/5★)
  • Iced Caramel Macchiato RM12.90 (2/5★)
Kalau korang rasa murah, terpulang.
Tapi pada aku, menu ni dengan rasa yang so-so, harganya agak mahal ya.
Kalau kedai nasi campur boleh dapat bawah RM10 untuk portion macam ni.
Oh ye la, cafe kan.. Siap ada aircond.
Kau nak harga murah-murah beli je nasi bungkus tepi jalan 😂

Kopi tu pulak, caramel dia tak sedap.
Kopi pahit (takpe, aku suka pahit) tapi caramel dia tak kick.
Dah blend in pun tetap rasa tak best.

Cuma aku boleh bagi 5/5★ untuk servis dia.
Staff mesra dan service cepat.
Cafe pun agak luas dan selesa.



Sudahnya aku ke bakery beli roti je.
RM12.80 dapat 4 jenis roti siap topping tebal.
Puas hati.









Sunday, February 27, 2022

Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant

Lepas breakfast kat Lain Hati Cafe, kitorang terus ke Bentong.
Sekolah Leen buat jamuan akhir tahun (Hi-tea) kat Tanah Aina Fareena.
So Leen sponsored kitorang untuk memeriahkan suasana majlis. Gituu ayat nya 😂

Majlis start pukul 2 petang, so kitorang sampai dalam pukul 1 petang lebih.
Sampai awal so ada banyak masa nak ootd kat situ.
Dari parking ambil masa dalam 5 minit berjalan melintas karak highway lalu bawah jambatan.
Sepanjang sungai tu memang cantik laluan ke restaurant.

Landmark masuk ke kawasan restaurant.
Tanah Aina ni ada banyak cawangan.
Tanah Aina Fareena ni cuma cafe & restaurant saja.
Kalau nak tidur boleh check in kat Tanah Aina Soraya.

Laluan sepanjang tepi sungai untuk ke restaurant.
Cantik ambience kat sini.




Aku tak tahu ape yang Memey cuba buat.
Dia suruh aku posing kat langsir ni, aku ikut je la.
Nah, ini hasilnya 😂


Dah sampai cafe. Memang cantik.
Nature vibes gitu.

















Restaurant ni agak luas.
Dan agak panas sebab cuma ada kipas sahaja.
Kalau pihak restaurant pasang air cooler or aircond much better la aku rasa.
Walaupun konsep nature dan open air restaurant, tapi sekarang musim panas memang tak jalan la kalau pasang kipas semata.

Dan kat sini line internet sangat slow!
Ada sesetengah tempat je dapat 1-2 bars line internet.
Itupun kena pandai cari port yang laju sikit
Dah la cuaca panas, dalam cafe panas, line internet slow tu lagi buat badan naik panas.

Kat sini ada konsep buffet (untuk majlis) dan ala-carte untuk walk in.
Harga menu ala-carte aku tak pasti, tapi kitorang ada order fresh juice harga RM13 segelas.
Harga cake per slice dalam RM15 macam tu.


Fruits and desserts section.
Tempat hidang makanan ada 2 bahagian.
So tak kalut nak beratur panjang or bersesak-sesak.


Pulut dan pengat durian


Main course section. Seksyen ni pun ada 2 bahagian.
Restaurant luas kan? So wajar la nak buat kawasan buffet banyak-banyak.
Guest pun boleh makan dengan selesa. Anak-anak siap boleh main lari-lari.


Happy birthday Ustaz.


Sambil makan ada lucky draw.
Yes, aku menang Lexis Hibiscus staycation 😂😂😂
Bukan kaleng-kaleng cikgu dapat sponsor hadiah mahal.
Next time nak join lagi majlis cikgu-cikgu ni hahahahahaa


Tema dress code : MERAH
Odah aka Memey macam biasa perangai gila dia mana nak ikut rules 😂




Swing ni antara port yang cantik untuk ootd.
Kitorang pakai kasut & socks so malas nak off shoes dan berbasah masuk sungai.
Tapi kalau korang datang sini, tempat ni wajib ootd okay!
Line kat sini jugak yang agak laju dari dalam cafe.
So nak update FB / IG or Whatsapp status memang kena berkampung kat tepi sungai ni.


Musolla. Besar dan bersih.
Ada kat tingkat atas restaurant.

Ni gambar dari pihak Tanah Aina Fareena.
Harga yang pihak sekolah dapat RM35 per pax.
Tapi untuk walk in kena RM55 per pax.

Makanan dia sedap cuma pilhan menu macam tak berapa mengena.
Semua makanan jenis spicy.
Nasi beriyani rempah rasa kuat. Ayam masak merah pedas.
Kari daging pun rempah kuat dan pedas.
Dalam menu kata beef black pepper tapi hari tu kari daging.
Kalau dia buat daging masak kicap pun ok. At least ada menu savory sikit.
Mee goreng dia sedap.
Overall aku boleh rate 3.5/5 untuk harga dan menu yang disediakan.
RM35 untuk variety dan rasa yang boleh diterima tekak, harga ni sangat berbaloi.
Cuma pilihan menu tu aku rasa boleh diperbaiki.










Kat tepi kawasan ni boleh mandi sungai.
Tapi sungai cetek sangat. Untuk kanak-kanak sesuai la.
Untuk hantu galah macam aku, nak celup kaki pun aku segan sebab air paras buku lali je.


Sambil makan boleh usha anak-anak mandi kat bawah.
Ada kawasan yang air laju/dalam sikit tapi aku tak pasti boleh mandi kat situ atau tak.
Tak nampak pulak orang mandi kat situ.
Semua pakat berkumpul mandi kat sini je.






Bilik VIP


Bilik VIP with airconditioner


Thanks Teacher Leen belanja kami makan kat sini.
Semoga murah rezeki boleh belanja kami lagi 😂







Lain Hati Cafe

Minggu lepas aku dapat jemputan hi-tea dari sekolah Leen.
So pagi Sabtu tu aku, Memey & Leen pegi breakfast dulu kat Setapak.
Cafe ni dah masuk list aku sebab aku suka dengan nama cafe ni.

Lain Hati.

Cafe ni asalnya dari Indonesia, dan baru buka di Malaysia.
Lokasi di Setapak, dalam 5 minit dari Menate' Steak hub tu.
Cafe buka jam 9 pagi dan kitorang gerak dari Gombak jam 9 pagi lebih masih tak ramai orang di cafe.
Tapi lepas 10 minit kitorang kat situ, cafe dah mula ramai dengan customers.




Order untuk 3 orang makan.
Ye, memang banyak sebab masing-masing bawa saka 😂






Kat sini ada pastries, lasagne, bomboloni and of course coffee.
Aku tak ingat ada pasta spaghetti or tak. Sebab masa tu memang nak makan pastries je.
Ye la lepas mentekedarah kat sini kitorang nak pegi makan hi-tea pulak. 
Malas la nak makan beriya.

Aku ordered beef streak sandwich, 4 pieces bomboloni (mixed flavors) dan coffee Asmara.
Leen ordered egg sando, nasi lemak sandwich dan kopi Pak Muh.
Memey ordered nutella croissants dan hot latte.

Harga seperti di bawah (kalau tak silap laa) :

Egg Sando RM14.00
Nasi Lemak Sandwich RM14.00
Beef Streak Sandwich RM14.00
4 pieces Bomboloni (mixed flavors) RM14.00
Kopi Pak Muh RM16.00
Kopi Asmara RM16.00
Total harga termasuk tax RM90.00

Harga nutella croissant (2 pieces) RM14 kalau tak silap aku. 
Latte pulak kalau tak silap RM11. All in RM25 termasuk tax.
Memey ada order beef streak, tapi dia cakap maybe tak masuk dalam order sebab harga RM25 macam murah pulak kalau campur sandwich tu.

Personally aku rasa harga makanan dan minuman kat ini agak pricey.
Especially bomboloni yang 4 ketul kecik tu harga RM14.

Untuk sandwich, semua yang kitorang ordered tu sedap.
Boleh bagi 4/5.
Kopi Pak Muh sedap 5/5
Kopi Asmara ada cheese tapi rasa cheese tu tak kick. So aku bagi 3/5.
Latte aku tak rasa so tak boleh nak bagi rate.

Dan sebelum balik aku ada ordered iced lemonade.
Harga tak sure sebab Memey yang bayarkan.
Thanks Memey belanja air lemonade sebab dia makan beef streak aku fefeling mcm dia punya.

Dia order beef streak tapi staff tak key in dalam order.
So bila beef streak aku sampai, dia makan bagaikan tiada hari esok.
"wehh sedap ni.. sedapp.. rasa la ni"
Kemain dia offer kawan-kawan merasa.
WALHAL TU SANDWICH AKU HANATTTTT!

Aku perati je dia makan. Malas nak cakap apa-apa sebab sharing is caring gitu.
Then aku amik pisau & garpu, aku potong & makan.
Sekali Memey sound aku, "Weh kak, apesal kau makan sandwich aku?"

Aku dengan tenang, berhemah lagi gojes menepis "ni sandwich aku"
Pastu Leen bekap aku, "aah ni sandwich Yati"

Terus Memey jerit, "LAAAAA SO MEMANG BETUL LA SANDWICH AKU TAK KEY IN!!!"
Masalahnya tadi kau beriya pelawa aku rasa kan?
Elok aku nak rasa kau sound pulak cakap tu sandwich kau.
Habis tu tadi yang kau beriya pelawa kawan-kawan merasa tu ajak-ajak ayam je ke???

Lepas tu, dia makan pulak bomboloni.
Dengan rakus dia cakap kat Leen, "Leen, aku amik bomboloni kau niiii" sambil kunyah-kunyah.
Sekali Leen jawab, "Eh, bukan aku punya"

Aku sekali lagi dengan tenang, cantik dan bergaya tanpa memandang wajah Memey, "Tu pun aku punya."

Ok Memey, sila la menyorok bawah meja.
Hari tu perangai kau memang pelik-pelik ye..
Sebab dia rasa bersalah tibai makanan, maka dia belanja aku air iced lemonade.
Nama air tu Sakit Hati.
Macam sesuai untuk aku lepas dia hijack makanan aku kan?
Hahahaha



Sakit Hati 😆



 

Friday, February 25, 2022

Lunch @ Kleptokrat Kafe

Lepas kenyang membaham pastries kat KLCG, kitorang sambung jalan kaki ke Kleptokrat Kafe.
Jarak tak jauh sangat, jalan kaki dalam 15-20 mint je.
Tapi bila dah asyik stop bergambar, terus jadi 45minit.
Kat area ala-ala Madinah tu dah stop bergambar masa ke KLCG, masa nak ke Kleptokrat kitorang pulun bergambar lagi kat situ.
Aje gila bergambar ulang-ulang kali sampai jammed camera.

Kleptokrat Kafe ni rasanya sama company dengan Mingle.
Mingle ni hari tu kitorang makan kat Jalan Sultan.
Kalau salah, sorry la. Aku malas nak google apa kaitan dua-dua kafe ni.

Masa kitorang sampai, tak ramai sangat customers.
Kitorang tunggu depan kafe pun dalam 2minit je.
Tapi tables tepi pool mostly dah penuh untuk 3 pax.
Yang table kosong pun ada untuk 2 pax je. Lagipun tepi pool mcm sempit untuk ramai-ramai.
Nak bersembang pun macam tak selesa sebab antara meja tu agak rapat.

So kitorang dapat table tepi pool jugak cuma dalam bilik khas.
Ala-ala bilik VIP gitu. Siap ada aircond dan kipas.
Cuma aircond tu diorang lambat on. Memang berlecak tiak aku duduk situ.


Main entrance. Scan MySejahtera, beratur kat sini dan tunggu staff datang bawa ke table.


Area kafe tak de parking. Kena park di kawasan berbayar. 
Dari tempat parking kitorang tu jalan kaki dalam 5 minit je.





Ni dari anjung bilik makan kitorang. Boleh ootd kat sini.
Sebab bilik ni terasing dari customer lain, so memang seronok nak bergambar.
Kau nak memekak berkaraoke dalam tu pun boleh.
Bilik ni muat untuk 6 pax. So kitorang bertiga bersaiz gerga ni memang sesuai la duduk situ.


Cafe dua tingkat.
Aku tak sure la boleh mandi ke tak kat pool ni.
Tapi kalau korang datang sini agak-agak nak mandi tak?? 😂
Aku tak kuasa la nak berendam fefeling jadi dugong kat sini.


Ada swing kat pool. Memang cantik nak ootd.
Aku tengok ramai orang datang pusing satu kafe untuk bergambar setiap ceruk.
Aku rasa kalau nak duduk bergambar sambil celup kaki dalam pool tu boleh kot.
Tapi aku segan nak buat perangai gitu. Kang orang cakap aku first time jumpa pool pulak 😁


Macam biasa air memang kena order lebih.
Kalau dorang jual air mineral Spritzer botol 1.5liter memang aku dah order dah.
Takat gelas besar gini 2 kali sedut habis terus.

Yang air merah tu air sirap selasih je. Tapi nama urban hokeh!
Tak ingat apa nama nya. Maklum la banyak makan jeruk semut.
Yang lagi dua tu mojito -  Leen punya passion fruit & lychee. Aku punya lime lemonade
Yang dalam jar macam pasu bunga aku tu air coke Leen.
Dia tu pantang nampak coke memang order je.


Mempersembahkan... Watak-watak utama dalam post ni.
Soto ayam, lontong kering dengan rendang daging, spaghetti buttermilk chicken.


Aku ordered soto ayam. Sedap soto dia. Memang tak kedekut bahan.
Sambal kicap dia bukan kuah kicap tumbuk dengan cili semata.
Dia tumis sambal kicap tu, so kuahnya pekat dan sedap.
Sambal ni tumis dengan belacan jugak rasanya sebab agak kuat rasa belacan dia.

Leen ordered Lontong Kering. Ada dua pilihan sama ada rendang daging or ayam.
Leen pilih rendang daging. Daging lembut dan rencah rendang tu cukup rasa.
Ada jugak lontong berkuah. Tapi kitorang tak order.
Ok lontong kering ni sumpah sedap! Sangat recommended.

Memey pulak ordered spaghetti buttermilk chicken.
Sedap jugak spaghetti dia.
Lagi sedap dari spaghetti kat Mingle hari tu.
Portion pun agak besar.

Soto Ayam 5/5
Lontong Kering Rendang Daging 5/5
Spaghetti Buttermilk Chicken 5/5
Tiga-tiga menu aku approved 👍


Snap pic kalih angle ni pulak.


Mangkuk soto dan pinggan spaghetti pun dah sama lebar muka aku.
Puas hati makan!


Bilik ni nak kata spacious sangat tu tak de la sangat.
Tapi untuk 6 pax tu masih ok.
Ada sliding door untuk keluar ke pool.
Sangat privasi bilik ni. ada 3 bilik kalau tak silap aku.


Ada dua swings kat sini. Depan aku tu ada satu swing tepi pool.
So boleh ootd pelbagai angle.
Aku of course la duduk atas swing tepi dinding.
Ape gila nak duduk swing kat pool tak memasal jatuh dalam air.


Tak rugi bawak minah ni. Memang dia akan guna kesempatan yang ada dengan sebaiknya.
Ada swing tepi dinding tapi kau gigih naik yang tepi pool.
Walaupun gayat kau tetap usaha nak berootd kat sini. Hasil ootd? Hmm sedehh! 😂
Kalau kau jatuh dalam tu Mey, memang akan viral la video kau terkapai-kapai kat dalam pool tu.


Posing melunjur kaki harus diteruskan di luar cafe.


Payung-payung ada kat tepi cafe.
Masa ni dah nak balik tapi Leen & Memey tak perasan ada lorong ni.
Mujur aku nampak, so boleh jadi port ootd jugak 😁


Overall aku memang suka makanan kat sini.
Boleh la nak try menu lain pulak.
Harga untuk 3 makanan dan 4 air semuanya RM140.00.
Untuk harga setiap menu aku lupa nak simpan resit.
Tapi rasanya dalam RM20+ untuk satu menu. Air pun dalam belas-belas RM kalau tak silap aku.
Dessert ada cakes macam kat Mingle Cafe jugak.
Kitorang tak order dessert sebab dah muak makan kat KLCG.

Servis pun bagus. Makanan cepat sampai.
Cuma awal tu dorang tak on aircond tapi on kipas je.
Aku ingatkan memang panas sebab aku baru membakar kalori kat luar tu.
Rupanya memang aircond tak on.

Untuk tengok menu kena scan QR code.
Then kena ke kaunter untuk order dan bayar terus.
Tak ada staf datang entertain ambil menu kau.

Ada jual eskrem Malaysia tapi aku tak sure berapa RM.
Dalam menu ada gambar tapi tak ada harga.
Kira cafe ni konsep ala-ala Malaysian vibes la.

Masa nak balik tengok orang dah mula beratur.
Mujur datang pukul 12 lebih masih tak ramai orang 😄