Punya la malas nak menaip.
Padahal banyak gila masa terluang.
Buang masa layan FB, IG, forum.. Eh.
Kuat nau bergosip aku ni.
Untuk permulaan tahun baru 2019 (orang dah masuk August mek.. Kau je baru nak tahun baru), aku nak kumpul semua cerita-cerita yang jadi pada tahun ni.
Ofcos la banyak kan? Sebab dah 8 bulan kau hidup dalam 2019.
Aku cuba untuk splitkan cerita entry by entry ya.
Supaya korang (yang masih setia baca) dapat follow cerita aku tahun ni.
Selain untuk memperbanyakkan entry biar nampak meriah sikit blog sendu aku ni.
Hahahahah.
Ok untuk permulaan, aku cerita sikit la pasal life aku.
Tahun ni takde apa yang berubah sangat.
Ada la yang berubah sikit, tapi overall aku hidup macam biasa.
Masih feling-feling princess dalam istana Disney gituhhh..
Aku masih kerja tempat biasa.
Alhamdulillah, tiap-tiap tahun aku tukar TOR, tapi masih dalam skop yang sama - boringggg!
Aku masih tinggal di kawasan rumah yang sama.
Masih memiliki suami yang sama - masih hensem dan sado bhahaha!
Masih memiliki hati dan jiwa yang sama - masih hitam, sehitam hati korang jugak.
Masih perangai gila walaupun menginjak usia tua.
Masih sama lah semua nya. Aktiviti je ada berubah sikit.
Untuk menjawab persoalan kawan-kawan di dalam hati korang.
Ye la, korang bertanya-tanya dalam hati je. Bukan berani nak tanya depan-depan kan?!
Ada beberapa ketul je yang berani nak tanya direct. Yang lain tu berani dalam hati je.
Pasal anak-anak.
Yes, anak-anak dah tak duduk dengan aku.
Dorang dah pindah ke rumah mak dorang sejak awal tahun aritu.
Dorang cuma balik sini weekend je.
Sebab tu aku jarang update pasal dorang.
So started Januari korang cuma akan nampak aku update muka aku je lah.
Sila la bertabah ye.
Next nak cerita pasal aktiviti aku.
Memandangkan aku dah duduk berdua dengan En Zul, maka banyak la masa terluang aku kan?
Since last 2017 aku dah start travel dengan kawan-kawan.
Especially kawan ofis la.
Walaupun anak-anak ada, En Zul tetap izinkan aku keluar untuk me time.
Yes, aku dapat me time bila-bila masa je.
Laki aku tak pernah nak halang sebab aku tak abaikan hal-hal rumah tangga.
Asalkan aku pandai bawa diri, duit cukup, enjoy my life tak bagi masalah kat dia, so dia ok la..
Untuk entry kali ni, aku throwback vacay aku sepanjang tahun 2017 ye.
Untuk tahun seterusnya aku cerita kat entry lain la.
Tahun 2017 aku officially travel me time dengan 4 orang kawan.
Kitorang ke Ipoh and stayed for one night.
Then kitorang naik ke Cameron Highlands and stayed for another night.
Kitorang buat tabung travel, setiap seorang kena chip in duit dalam RM130 kalau tak silap aku.
Duit tu kitorang guna untuk bayar hotel, fuel, tol, makan (ada time makan bayar sendiri, ada yang pakai duit tabung) dan bayar saman parking! LOL
Dan lepas balik dari vacay ni, kitorang ada baki dan bahagi untuk 5 orang.
Hari pertama malam tu dinner Laksa Sarang depan bangunan Dewan Bandaraya Ipoh.
Sumpah tak sedap laksa ni. Tak berbaloi dengan rasa dan harga.
Warga Ipoh, kalau tahu kat mana laksa sarang yang sedap, mohon roger aku.
2nd day.
Pagi-pagi pukul 10am kedai bukak terus serbu Wing Zone.
Dekat-dekat jugak dengan DBI tu. Senang je nak cari.
Sedap jugak. Cuma harga mahal sikit untuk portion macam ni.
Lepas mencekik chicken wings, kitorang jalan-jalan bergambar kat Plan B.
Jangan tanya kat mana Plan A. Aku tak tahu.
Aku cuma tahu Plan B je.
Kat sini la kitorang kena tipu dengan pakcik indian yang jaga parking.
Konon-konon dia nak tolong jaga parking.
Sekali majlis datang, terus bagi tiket freeeee..
Melayang RM40 bayar denda. Pakai duit tabung so takde la sakit hati sangat.
LOL =)
Kat Plan B beli ais kepal ni.
Tak ingat berapa harga dia. Agak manis sos warna warni tu.
Aku ambil perisa manggo & sirap kot..
Lepas setel jalan-jalan kat Plan B, kitorang cari Nasi Ganja.
Ramai orang beratur nak beli. Tapi tu untuk bungkus.
Kalau dine in, masuk je terus dalam kedai.
Set nasi ganja ayam tu RM5. Yang kambing aku tak ingat berapa.
But quite cheap laa.. Rasa not bad.
Tapi tak boleh nak recall macamana rasa dia.
So bukan la sedap sangat sampai kau tak boleh lupa rasa dia.
Beshe-beshe sajorkkkk...
Lepas lunch Nasi Ganja, terus naik Cameron Highlands ikut Simpang Pulai.
Dekat je dari Ipoh. Dalam 15min sampai ke simpang nak naik CH tu.
Lepas check in hotel, terus ke Pasar Malam.
Haaa macam-macam aku beli. Tak menang tangan weh.
Jagung susu. Wajib beli kalau naik ke CH ni.
Selain jagung susu, jagung mutiara pun sedap jugak.
Tahun 2019 dah ada jagung musang king. Aku rasa macam lebih kurang je taste dia.
Nin diaaaaaa!
Macam-macam benda kitorang borong.
Memang semua tu nafsu semata-mata.
Benda wajib beli bila naik CH.
Puas hati makan besar-besar. Murah pulak tu.
Dinner dalam bilik hotel je.
Semua ni tamak. Bukan nak makan sangat.
Pantang nampak macam-macam semua benda nak beli.
Sudahnya tak habis pun.
Pagi Ahad lepas check out hotel, terus breakfast kat Abang Strawberries.
Aku dah datang sini sejak 2016.
Kalau orang tanya aku sedap ke tak nasi lemak sambal strawberries dia?
Jawapan aku : Makin lama makin tak sedap. Mahal pulak tu.
Awal-awal dulu memang sedap. Sekarang ni tekak aku rasa biasa sangat.
Sambal dia makin tak best.
Sorry ye, ni pendapat dan rasa tekak aku. Kalau korang rasa sedap, terpulang la.
Dan sebelum turun, singgah Ladang Teh Boh.
Pekena cakes sambil layan teh panas memang best.
Balik tu singgah tepi jalan beli petai.
Best oii petai dia. Besar-besar mata petai.
Lepas balik dari CH aku takde vacay mana-mana sampai la hujung tahun.
Selalu hujung tahun memang aku pegi vacay ramai-ramai dengan family En Zul.
Kira dah macam yearly vacay laa.. Tahun ni kitorang pegi belah-belah kampung dorang je.
Raya 2017 aku raya kat Kedah.
So aku ada pegi cari bihun sup viral kat sana.
Aku lupa nama kedai tu. Tapi jauh dari Alor Setar.
Agak pedalaman la tempat tu.
Bihun sup tu murah je. Yang special baru RM5.
Penuh dengan daging. Tapi daging tak berapa nak tender la.
Tapi okay je pada tekak aku. Sesuai la pun dengan harga dia.
Banyak kan? Special RM5 mana nak dapat kat KL oiiii..
Memang kenyang makan.
Hujung tahun 2017 kitorang vacay kat Baling.
Saja nak sewa homestay and mandi air panas.
Kitorang pegi 4 kereta rasanya. Ke 5 ntah?
Tidur 1 malam je kat sana. Kolam tu bukak 24jam kalau tak silap aku.
Bayaran RM3 utk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak.
Malam tu tak ada la ramai sangat. Aku pegi celup-celup kaki je.
Aku ni bangsa yang tak suka mandi air panas. Suka air sejuk. Baru rasa freshhhhh!
Lagipun aku takut lemak badan aku cair kalau rendam dalam air panas.
Rasa macam lemak tetel mencair dalam bihun sup je. Hahahaaa!!!
Ni pagi esoknya. Aku tak pegi sebab membuta kat homestay.
Pic ambil dari group family.
Lepas mandi kolam air panas, kitorang pegi rumah Linda (Makteh) kat Kulim.
Sebab kitorang plan nak pegi Zoo Taiping.
Tapi sebelum pegi zoo, kitorang pegi kat Kulim dulu.
Aku lupa nama tempat tu. Penah viral, tapi aku dah buang gambar nama tempat tu.
Maklum la, ini kisah 2017 lepas. Sure la aku lupa hahaha...
Merasa petik buah kegemaran aku kat depan rumah Makteh.
Vacay 2017 di Kulim.
Jap aku google nama tempat ni.
Ok dah tau. Nama dia Taman MBI Desaku.
Ni betul-betul nama dia. Bukan aku reka-reka.
Shrek, Princess Fiona serta rakyat jelata.
En Zul, anak-anak dan naga, pengganti bini dia. Hahahahah..
Kasi can la kitorang bergambar tengah-tengah panas terik ni.
Introducing... Saibah Nurinsyirah Rahim.
Adik kepada Am. Masa dia lahir, aku pegi menyambut kat Hospital Mahsuri.
Now Ibah dah 2 tahun, and tengah tunggu nak dapat adik pulak.
Hehehe.. She's soooo cute! Makngah gerammmm..
Tengahari kitorang makan mee udang kat Tanjung Piandang.
Kedai ni kawan En Zul yang punya.
Ok je rasa kuah dia. Aku ambil mee ketam.
Ada 2 ekor, sekor tak fresh. Lagi sekor fresh.
Harga RM15 kot. Ntah, lupa.
Then terus ke Zoo Taiping sebab dah janji dengan Am nak bawak pegi Zoo.
Gambar dengan monyet kat dalam zoo malas nak tepek.
LOL
Lepas balik dari zoo, kitorang dinner kat bandar Taiping.
Borong durian sebab si hantu durian pandai ambil hati Pakngah.
Rezeki kau la Darwish dapat bodek Pakngah tu.
Lepas dinner kitorang terus berpecah.
Diorang patah balik ke Kedah, kitorang terus balik ke KL.
Untuk 2017 tu je la yang boleh aku share vacation aku.
Ada beberapa tempat makan yang best aku pegi sepanjang 2017.
Tapi later la aku buat entry khas untuk makan-makan.
Ada banyak lagi nak share ni.
Yang pasti aku nak setelkan entry vacay untuk tahun 2018 dan 2019.
Sambil-sambil nak bersihkan sawang kat blog ni.
Teruk benar kena abaikan dek tuan tanah.
Till then.
No comments:
Post a Comment