Monday, July 31, 2017

Maaf. Maaf. Maaf.

Ya ampunnnnn!
Lama betul aku tinggalkan blog ni. Sedih betul bila fikir blog ni la tempat aku luahkan segala rasa dan perasaan aku.
Punya la lupa diri aku ni.

Ni nak rajin-rajinkan la untuk update post dan menjoyah kat sini.
Mana tau boleh release tension, siap carut marut kat sini kan? LOL

Sebenarnya nak cerita pasal bff aku.
Aku ni ramai je BFF. Tapi yang sorang ni memang aku rasa nak luku-luku je kepala dia.
Dulu aku selalu lepak-lepak dengan dia ni. Ok la, nama dia Wazli.
(Sorry Wazli, this post specially created for you. Haha)

Masa kitorang study dulu, Wazli ni mengajar kat Ampang.
Bila dah habis belajar, dia decide nak pindah Johor. Memandangkan family dia ada kat sana.
Sebelum dia pindah, status dia masih dalam Permohonan. So tak confirm akan pindah.
Last aku jumpa dia masa open house raya kat rumah Nadia.

Masa tu aku nak jemput dia kat checkpoint biasa, dia tak nak.
Then masa nak balik dari rumah Nadia, aku offer nak hantar balik, he refused.
Hmm pelik!
Kau dah kenapa Wazli? Macam nak menjauh je dari aku?

Lepas beberapa bulan tu, aku tergerak hati nak tanya dia.
Apa status permohonan pindah dia ke Johor? Berjaya ke tidak?
Dia jawab, yes berjaya. Tarikh sekian-sekian dia akan pindah.

Cibai!
Senyap-senyap je kau kan?!!
Dah tau tarikh nak pindah tapi tak bagitau aku pun.
Sampai hati Y_Y

Kau tahu bila kau last kat KL ni. Tapi kau tak reserved satu masa pun untuk lepak dengan aku.
Dengan kawan-kawan lain boleh pulak lepak-lepak, makan-makan.. Dengan aku??
Pastu sebelum kau pindah kau cakap nak turun KL untuk lepak dengan aku.
Tapi dah 7 bulan ni kau senyap jeee!

Wazli, apa yang kamu buat pada aku itu JAHAT!
(baca dengan nada Cinta dalam movie Ada Apa Dengan Cinta 2) LOL!

Setakat like-like post fb aku tu, aku tak heran la Wazli oiii!!
Eeeiii nak je aku hempok kepala mamat ni tau.
Sebab aku bengang dengan Wazli, maka aku pun mengadu kat Zulfadli.
Sedih sebab one of my BFF lupakan aku.
So Zulfadli la yang rajin melayan whatsapp dan luahan hati aku.
Bongok punya Wazli. Kojaqqq betul kau kan?!!

Sampai la satu hari tu, aku nampak Wazli post 1 gambar dengan caption "Miss them soo much!".
Bila aku zoom in, gambar aku takde pun.
Uwaaaaa!! Sedihnyaaa.

Terus aku up satu post kat FB.


Ni aku perli Wazli. Tapi gigih Wazli LIKE post aku.
Eh cibai!


Pastu aku nampak pulak post Wazli, tengah dalam jammed dan berada di Ampang!
Eh kojaqqqq.. Kau turun KL tak roger aku pun!
Mana janji-janji BFF kau tu Wazli?!!!
Memang panas hati aku. 
Dan pagi tu terus aku pm Zulfadli, mengadu kat dia pasal Wazli turun KL tak bagitau aku.
Spoiled betul pagi aku hari tu!

Tapi "mendung" pagi tak berterusan.
Aku sampai ofis je, aku dapat whatsapp dari mangkok ni.
Terus jadi excited. Bhahaha!




Selepas bermesej-mesej, so kitorang janji nak jumpa hari Sabtu kat IOI City Mall.
Wazli ajak ke IKEA Cheras.
Oh sorry beb. Aku malas nak masuk KL time weekend selepas hari gajian.
Sesak kottt!

Aku jumpa Wazli lepas Zohor.
Aku gerak lepas aku ziarah arwah ayah Ima (takziah Ima.. Semoga arwah dicucuri rahmat dari Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. AlFatihah.)
Sampai IOI, aku cari Wazli yang kesesatan nak cari surau.
Ntah mana-mana mamat ni merayap ntah.
Then aku suruh dia tunggu kat 1 tempat.
Kebetulan dia kat Home Pro. So aku pegi ambil dia kat sana, bawak ke surau 1st floor.

Kitorang sembang-sembang macam-macam hal.
Dan aku cerita kat dia yang aku terasa hati sangat dengan dia.
Jawapan dia, "laaa ye keee... Aku hari-hari duk like post FB kau. Tu perli aku kee??"

Eeee bongok!!
Ye la, kau je yang hati batu tak paham aku merajuk terasa hati dengan kau.
Bengong.



Balik dari jumpa Wazli, aku pm Memey.
Bongok Memey. Kau menghanjingkan aku yeee!



 To my BFF, Wazli.
Aku doakan kau sentiasa sihat kat sana.
Semoga kita kekal bersahabat sampai akhir hayat kita.
Maaf andai selama kita bersahabat, aku ada terkasar bahasa or menyakitkan hati kau.





No comments:

Post a Comment