Friday, March 6, 2015

Tahun 4

Semalam anniversary aku & Mr Babyboo.
Tak ada plan apa-apa pun.
Memandangkan semalam anak aku ada tusyen, so En Zul balik lambat.
Pastu kat rumah dah seminggu tak ada air.
Katanya kandungan mangan dan ammonia kat empangan Semenyih terlalu tinggi.
Jadi selama seminggu ni kitorang bergantung pada air tangki dan air dalam bekas tadahan air.
Gila!

So aku memang tak ada mood nak celebrate anniversary semalam.
Lagipun hari bekerja kan, malas nak masak beriya, masa berlalu pun macam singkat sangat.
Baru nak tiup lilin kek anniversary kekdahnya, tengok jam dah pukul 10 malam!
Itu dah masuk zon tido time.
So tak payah la celebrate dulu. Simpan-simpan je esok lusa boleh sambut.

Hari ni aku hampir-hampir nak EL.
Malas aku nak gi keje kalau air tak ada.
Nampak tak apa kaitan antara tak ada air dengan keje?
Tak de kan?
Kaitan nya hanya time pagi masa nak mandi dan wudhu'.
Selebihnya adalah malas pegi kerja semata-mata.
Jadi kalau nak isi borang EL tu, apakah alasan yang aku boleh letak di bahagian"sebab bercuti" tu?

Minggu ni busy sikit kat ofis.
Sebab pendaftaran pelajar sem 2 dah start.
Mana nak melayan adik-adik kat kaunter nak tanya macam-macam.
Mana nak menjual buku teks nya.
Mana nak menyiapkan kertas kerja dan minit mesy aktiviti pelajar.
Mana nak melayan budak-budak minta no tel nak jadikan aku kakak angkat. Eh?

Haihhhh.. Letih makkkk..

Eh, sebenarnya ada benda nak cite.
Lebih pada royanan jugak la.
Tapi kena tunggu masa yang betul-betul relaks.
Rasanya lepas selesai minggu pendaftaran pelajar baru boleh cerita.
Buat masa ni aku kena pendam dulu la dalam hati diam-diam.
Huhuuu...

Ok, nak gi sambung tengok cerita hantu.
Sambil-sambil blogwalking cari resepi yang best-best.
Kesian kat Mr Babyboo sebab asyik makan menu yang sama je. Hikhikhikk..

Ok, happy anniversary to me! ^_^

Daaa...




2 comments: