Friday, March 27, 2015

Cengkam kuku

Pernah tak korang rasa cengkam kuku?
Tak kesah la kuku tangan or kuku kaki.
Seyes sakit kan?
Now aku tengah sakit kat jari hantu tangan kiri.

Sejak semalam dah mula rasa.
Kalau ikutkan bukan tak pernah kena, tapi kali ni saja nak update kat blog.
Nak bagitahu kat semua orang yang aku tengah sakit kuku cengkam.
Gituuu!

Hahah..

Kuku cengkam ni kadang-kadang sakitnya sampai boleh buat menangis.
Merenyam berdenyut-denyut rasa sakit tu.
Bak kata orang zaman sekarang, "sakitnya tuh di sini..." -sambil usap-usap jari sendri.

Aku tengok tepi kuku aku dah mula bengkak.
Even nak taip ni pun terasa sakit.
Aku dah potong kulit keras yang buat cengkam tu guna nail clipper.
Kalau kat kuku kaki lagi jenuh nak potong.
Tapi once dah potong, sakit tu terus hilang kan?!!
Now kuku aku pun dah mula reda denyut-denyut dia tu. Legaaa...

Tapi kalau selagi tak potong, selagi tu la berdenyut-denyut sakitnya.
Sampai tersentuh sikit jari tu pun dah boleh buat jadi menangis.
Sumpah sakit woooooo...

Dulu cengkam kuku ni selalu jadi kat kuku kaki aku.
Sebab malas nak jaga kebersihan, so memang mendapat la penyakit macam-macam.

Sambil-sambil aku taip entry ni, asku saje nak gugel petua/rawatan ingrown toenail ni.
So jumpa blog orang ni : Rawatan Cagu / kuku bengkak

Meh sini nak share :


  • Rawatan menggunakan daun inai.

Gambar ehsan pakcik gugel

          Semua orang kenal kan daun ini? Ambil segenggam daun inai fresh, tumbuk sampai lumat dan balut pada kuku. Biar sampai kering dan bilas. Inai boleh menyurutkan rasa bengkak kuku tu. Kalau rasa pakai inai untuk satu jari tu macam pelik, so boleh pakai untuk semua jari. Well, inai memang berfungsi untuk merawat kuku & buat kuku jadi cantik. Petua ni memang boleh dipercayai sebab aku sendiri suka pakai inai untuk rawat kuku yang dah mula buruk berkerak.

  • Rawatan menggunakan daun keembong putih


             Kaedah menggunakan daun keembong juga sama seperti daun inai. Tumbuk lumat dan balut pada jari yang bengkak tu. Cara ni aku tak pernah guna. Next time kalau jadi ingrown toenail boleh try cara ni. Cuma tak tahu mana nak cari pokok keembong ni. Haha..

  • Rawatan ubatan cina

           Last but not least, beli je la ubat kat kedai sensei cina tu. Mungkin dalam bentuk krim dan sapu pada tempat yang bengkak tu. Tapi kalau bengkak tetek sebab susu penuh, jangan sapu pulak ye. Tu kes lain.


Teringat pulak dulu masa kerja kat Cohort, aku ada appointment dengan doktor.
Sampai klinik Warga, terserempak pulak dengan sorang kawan ofis aku.
Bila tanya dia, sakit apa? Dia jawab, kuku dia sakit.
Aku tanya lagi, kenapa dengan kuku? Tercabut ke?
Rupanya dia ada ingrown toenail tu.

Dasyat sangat ke cengkam kuku kau tu?
Sampai kena bawak ke doktor?
Bukan ke benda tu berpunca dari tak menjaga kebersihan kuku?
Ke ada sebab lain? Ntah laa.. aku pun tak pasti.
Tapi selalunya lepas aku potong kuku cengkam tu, memang ada la kekotoran tersumbat kat tepi kuku tu.
Sebab tu kalau orang buat meni & pedicure tu, diorang siap korek-korek dalam & tepi kuku kita tu.
Salah satunya sebab nak keluarkan segala kekotoran tu la kan..

Jadi kes dengan kawan aku ni, bila dia jumpa doktor sebab masalah ingrown toenail ni, 
aku jadi macam bersyukur sangat-sangat sebab masalah cengkam kuku aku tak serius macam kawan aku tu.

Lepas dia keluar dari bilik doktor, aku tanya dia lagi..

"Cepatnya keluar? Doktor buat apa kat u dalam tu?"

"Dia tengok je. Then doc suruh rendam kaki i dalam air suam dan bersihkan kuku. Takut ada kulat"

"Oh, ok... Dia ada bagi ubat apa?"

"I mintak doc buat minor operation, tapi doc cakap tak perlu. Then i minta ubat sapu untuk tahan sakit.."





Errrr...
Perlu ke sampai request nak buat minor operation ni?
Aku syak doc pun dah malas nak layan kes-kes macam ni.
Sedangkan cuma kena rajin potong & jaga kebersihan kuku je.

Takpe laaa.. Kaki kau. Kau yang tanggung kesakitan.
Lantak la kan. Huhuu...

update :

Leen cakap cengkam kuku ni jadi sebab kita salah potong kuku, not because of tak jaga kebersihan. Yup, kali ni aku setuju sangat-sangat dengan stetmen Leen ni! Tiada bantahan!!

Phewww.. Lega iols.. Kang tak pasal-pasal orang cakap iols pengotor tak jaga kebersihan. Hahaha..


Thursday, March 19, 2015

Turns 29

Alhamdulillah kelmarin genap umur aku 29.
Hujung-hujung zaman remaja dah iols ni.
Remaja senja gituuu.. Tapi tetap gojes!

Hahaha..

Thanks la pada semua yang wish besday aku kelmarin.
Yang terwish awal pun ada jugak.
Takpe.. takpee.. Tak ada masalah kalau wish awal.
Cuma jiwa aku tersentuh sikit je, sebab terasa tua sebelum waktunya.
Cheewah...



Setiap tahun, Hafiz tak pernah lupa besday aku.
Alhamdulillah. Terima kasih, muridku.
Semoga kamu sihat-sihat dan murah rezeki selalu.
Aamiin...


Setiap tahun macam biasa, anak-anak la paling eksaited nak celebrate besday aku.
Dari bulan Feb dia dah roger-roger aku.
"besday mummy bulan 3 kan?"
"besday mummy 17 mac kan?"
"tahun ni mummy umur berapa?"

Gigih nau anak-anak aku. Huhuhuu..

Minggu lepas aku dah nampak aktiviti anak-anak aku.
Duk bisik-bisik tak nak bagi aku dengar.
Pastu mula buat aktiviti deko-deko.
Sah, ni mesti ada benda nak buat ni.

Malam besday aku, diorang dah start buat menyepah.
Gunting kertas, siap kaler-kaler.
Lantak la, janji kau kemas balik rumah.
Aku tak nak nampak secebis pun kertas yang korang gunting tu bersepah-sepah.

Pukul 9pm diorang macam nak panggil-panggil aku suruh tengok ke ruang tamu tengah.
Aku lalu ulang-alik ke dapur, sikit pun aku tak pandang.
Jeling pun tak sudi konon-kononnya..
Jual mahal la tu. Padahal dalam hati meronta-ronta nak tengok hasil kreativiti diorang.

Diorang tunggu aku jengah ke ruang tamu tengah sampai diorang tertido.
Alahaiii.. Siannya anak mummy.
Malam tu bila diorang dah lena, aku pegi tengok hasil kreativiti diorang.




Amboiiii... Kemain lagi gantung-gantung.




Biodata mummy katanyerrr..
Hobi kopek ikan bilis tu memang rare hokeh.
Jarang-jarang sangat wanita yang gojes, jelita dan diminati ramai ada hobi sebegini rupa.
Gituuuu. Kahkahkahh




"Macam-macam mamy buat kat kami semua."

Ayat ni bunyi macam kasar pulak.
Seolah-olah banyak nau agenda jahat aku kat korang anak beranak.
Apa korang ingat aku ni mak nya si bawang merah?
Si Helsi Herlinda aka Rika yang jahat itu?



"Semoga Allah DIBERKATI mamy..."

Eh??
Something went wrong somewhere.
Oh, my malay!!!





Last but not least.

Sila beli hadiah untuk aku.
Tak kira, nak jugakkkk!!!!






Monday, March 16, 2015

Pre-School Holiday

Hari ni ofis dah siap berpindah ke bilik Pensyarah.
Aku duduk dalam bilik 17. Panas hazab sebab ekon dah kena tutup untuk renovation.
Seyes berlendir tiak aku menahan panas.
Walaupun berlendir, aku tetap awek yang paling cunnnnn melecun. Ahakss!

Semalam kitorang planned nak mandi sungai sambil cari udang.
Dah lama kitorang tak spend masa mandi sungai.
Cuaca panas-panas ni memang syok la mandi sungai kan...
Sambil makan eskrem perisa lime-vanilla. Pergh! Terbaik!

Sampai je Sungai Tekala, tengok kat parking kosong tak ada kereta.
Eh, air sungai kering ke?
Kat pintu gerbang ke sungai ada tali penghadang tak bagi orang masuk.
Macam ada kes bunuh lak kat situ.
Bila baca kat notis tu, rupanya sungai tu tutup sebab ada kes kencing tikus.
Cissss, cilaka punya tikus. Awat pi kencing kat situ??

Sebenarnya lebih celaka kat manusia yang buang sampah rata-rata kat sungai.
Kan dah tak pasal-pasal tikus buat penempatan kat tepi sungai.
Terpaksa balik rumah dengan hati kecewa.

Sampai rumah kitorang pekena kfc dulu.
Beriya la aku beli sebucket kfc nak makan tepi sungai, tapi hujung-hujung makan kat rumah je.
Pas makan kitorang siap-siap nak pegi memancing (plan B)

Sebelum gerak ke Cyberjaya, En Zul tebang pokok pisang abu kat tepi rumah.
Ada 2 tandan (2 pokok yang berbuah). Lagi sepokok tak tua lagi, so tebang sepokok je dulu.
Dulu depan rumah aku penuh dengan pokok pisang.
Jenuh aku cantas, dia tumbuh lagi.
Esok aku tebang, lusa dia tumbuh balik.
Hujung-hujung aku stress, terus aku suruh En Zul gembur tanah tu dan buang akar umbi pokok tu.
Terus tak tumbuh dah.
Tapi sebab Maklang suruh aku tanam jugak, jadi En Zul tinggalkan sepokok kat tepi rumah.
Tak sangka naik lagi 2 pokok, so sekarang ada 3 pokok yang tumbuh.

Now 2 pokok dah tumbuh hasil.
Pokok pertama tak sempat nak rasa jantung sebab aku buang.
Pokok kedua aku rebus dan makan dengan sambal belacan (tapau dari ofis).
Gila sedap weh jantung tu!!
Tak pahit & kelat pun.. Sampai sekarang aku terasa sedap kat tekak aku. Haha...




Pisang dah sama besar dengan Ika.





Hasil tanaman En Zul. Alhamdulillah.

Aku bagi kat kawan ofis 2 sisir, share la 4 orang.
Aku bagi kat Maklang (orang penting ni.. kredit kat Maklang atas penanaman pokok ni)
Sesisir aku bagi kat Pakteh aku.
Selebihnya aku suruh En Zul sedekah kat ofis dia.

Alhamdulillah, rezeki Allah kita share sama-sama.



Lepas Asar kitorang ke Cyberjaya nak memancing.
Aleeya tak nak ikut, so kena tinggal kat rumah sorang-sorang.
Dah besar dah anak dara aku tu.
Dah mula tak nak ikut mak ayah gi jalan-jalan.
Uwaaa... Tak sangka cepat nya masa berlalu.. Y_Y



Cuaca baik.
Tak panas sangat, cuaca berangin je... Best!




Macam biasa dapat lampam.




Keli besar bagak.
Ni aku dapat guna pancing kuning aku.
Mulanya aku ingat pancing aku sangkut.
Dah mula la aku nak naik hantu. Lepas aku suruh En Zul turun tarik tali aku, sekali En Zul cakap dapat ikan.

Ingatkan ikan bandaraya.. Rupanya bapak keli.

Alhamdulillah.

En Zul kata....
"Tak aci kalau kita bandingkan ikan dgn Ika, sebab dia memang kurus. Meh kita bandingkan ikan dengan mummy. Baru boleh banding & nampak ikan tu kecik atau besar"

Choiiiiii!!



Yang kanan tu aku pancing.
Yang kiri dalam jaring tu, jiran sebelah yang tangkap.
En Zul tolong pinjamkan sauk, lepas dia bergambar dia bagi ikan tu kat kitorang.

Terima kasih ye pakcik..




Sebelum Maghrib meh aku belanja sunset lembayung senja nan merah.

Happy school holiday, peeps!




Tuesday, March 10, 2015

Zaman kecik-kecik vs zaman orang tua

Sebelum apa-apa, aku nak say sorry sebab tak respon mesej kat FB (dalam folder Other).
Selama ni aku jarang-jarang baca mesej kat Other tu.
Tadi bila Kak Pah tanya aku macamana nak check mesej Other Facebook kat henfon?
Sebab kalau guna pc, kita boleh click button Other tu, tapi kat henfon macam tak ada button tu.

So bila aku bukak folder Other tu, makaihh!!
Ada banyak mesej dari readers yang baca blog aku.
Banyak yang tanya pasal Japanese Grass yang aku tanam & pasal lampu downlight yang aku beli kat Puchong tu.

So aku mohon ampun banyak-banyak ye...
Semua email sudah dibalas pagi tadi.
Dan tq sebab sudi baca blog aku yang merepek-repek ni.

Ni nak cerita pasal benda merepek jugak.

Dulu masa aku sekolah rendah, ada orang cakap kat aku.
"Kalau masa kecik-kecik budak tu tak cantik, nanti masa dia besar dia akan jadi cantik..."

Eh, gile ke?
Mana boleh muka tak cantik, boleh jadi cantik bila dah besar?
Masa tu mana ada teknik-teknik make up muka jadi ala-ala Heidi Klum dan Miranda Kerr.
Camera 360 jauh sekali.
Zaman awal 90an tu kiranya kalau makeup tu mesti guna liptstik merah nyala.
Memancor-mancorrrr kalernya.
Jadi masa kecik-kecik, aku fikir kalau dari kecik memang dah tak cantik, sampai ke tua la kau bawak muka yang sama.

Tapi lately aku banyak jumpa kawan-kawan yang dulunya comot, selekeh, selebet...
Tapi sekarang dah cantik!
Ala-ala macam anak itik tok wi la ni..
Masa kecik-kecik dulu buruk, bila dah besar jadi swan gituuuu..

Masa aku nampak gambar diorang, omakaihhh..
Cantiknya.. Siap bergaya sakan.
Maklum la, bila dah bekerja duit berkepok-kepok boleh beli baju cantik-cantik..
Boleh beli barang makeup banyak-banyak..
Boleh pegi saloon, pegi beauty center.. Kompem la jadi cantik kan?

Tak kurang jugak ada orang yang masa kecik-kecik cantik, comel, kiuttttt...
Masa kecik-kecik kemain lagi hensemnya, rambut siap belah tengah macam Leonardo DiCaprio dan Nick Carter BSB tu.
Kemaruk aku nak buat jadi abang angkat kekdahnya.
Pastu siap tulis-tulis surat tabur bedak.
Oh hoiiii.... Gatal betul aku masa kecik-kecik.

Tapi bila dah besar..
Hukhukhukkk..
Batuk jap.

Hahaha... Series ngeri aku tengok imej dewasa diorang.
Hilang akal ke?
Kenapa perlu pilih imej macam tu? Selebet.. Selekeh.. Berkerakkk!
Hadoiii.. Pengsan aku nengok nya weh!
Nasib la bukan jodoh aku.
Padahal masa kcik-kecik dulu kemain lagi aku gatal nak berlakikan diorang ni.
Tapi bila sekarang tengok cara diorang 'bergaya', aku syukur banyak-banyak bukan jadi laki aku.
Seyes bukan taste aku hoii..

Tapi, ada jugak yang dari kecik memang tak lawa.
Sampai ke bangka ni pun tetap tak lawa.

Maaf ler, termengata diri sendiri.
Hahaha!

Friday, March 6, 2015

Tahun 4

Semalam anniversary aku & Mr Babyboo.
Tak ada plan apa-apa pun.
Memandangkan semalam anak aku ada tusyen, so En Zul balik lambat.
Pastu kat rumah dah seminggu tak ada air.
Katanya kandungan mangan dan ammonia kat empangan Semenyih terlalu tinggi.
Jadi selama seminggu ni kitorang bergantung pada air tangki dan air dalam bekas tadahan air.
Gila!

So aku memang tak ada mood nak celebrate anniversary semalam.
Lagipun hari bekerja kan, malas nak masak beriya, masa berlalu pun macam singkat sangat.
Baru nak tiup lilin kek anniversary kekdahnya, tengok jam dah pukul 10 malam!
Itu dah masuk zon tido time.
So tak payah la celebrate dulu. Simpan-simpan je esok lusa boleh sambut.

Hari ni aku hampir-hampir nak EL.
Malas aku nak gi keje kalau air tak ada.
Nampak tak apa kaitan antara tak ada air dengan keje?
Tak de kan?
Kaitan nya hanya time pagi masa nak mandi dan wudhu'.
Selebihnya adalah malas pegi kerja semata-mata.
Jadi kalau nak isi borang EL tu, apakah alasan yang aku boleh letak di bahagian"sebab bercuti" tu?

Minggu ni busy sikit kat ofis.
Sebab pendaftaran pelajar sem 2 dah start.
Mana nak melayan adik-adik kat kaunter nak tanya macam-macam.
Mana nak menjual buku teks nya.
Mana nak menyiapkan kertas kerja dan minit mesy aktiviti pelajar.
Mana nak melayan budak-budak minta no tel nak jadikan aku kakak angkat. Eh?

Haihhhh.. Letih makkkk..

Eh, sebenarnya ada benda nak cite.
Lebih pada royanan jugak la.
Tapi kena tunggu masa yang betul-betul relaks.
Rasanya lepas selesai minggu pendaftaran pelajar baru boleh cerita.
Buat masa ni aku kena pendam dulu la dalam hati diam-diam.
Huhuuu...

Ok, nak gi sambung tengok cerita hantu.
Sambil-sambil blogwalking cari resepi yang best-best.
Kesian kat Mr Babyboo sebab asyik makan menu yang sama je. Hikhikhikk..

Ok, happy anniversary to me! ^_^

Daaa...




Monday, March 2, 2015

Semak Harga Barang Anda!

Semalam aku ke NSK. Cadang nak ke NSK Selayang, tapi sampai Cheras Batu 9 hujan turun lebat.
So kitorang lencong ke NSK Kuchai Lama.
Memang dah beberapa hari plan nak beli barang untuk stock dapur.

Sampai NSK terus serang bahagian basah.
Dah setel membeli, terus beratur ke cashier.
Tetiba teringat nak ambil serbuk teh, susu krimer dan clorox.
Masa nak ambil susu krimer, aku ambil je brand Dairy Champ.
Aku perasan harga susu RM2.10, antara yang termurah dalam banyak-banyak brand.

Terus ke kaunter, dan aku letak barang-barang atas rak kaunter.
Dan kebetulan cashier scan susu krimer dulu.
So mata aku tertancap pada harga yang di scan (wah, tertancap! Bahasa melayu klasik betul. Hehe)

Harga susu krimer pada scan ada RM2.15, which is mahal RM0.05 dengan harga pada tag.
Well, walaupun aku rugi RM0.10, tu tetap duit aku.
Tu aku beli 2 tin je. Kalau aku beli 10 tin?

Ok, meh kita main kira-kira ilmu hisab.

Untuk harga tipu NSK untung RM0.05 bagi setiap tin.
Aku beli 2 tin = NSK untung RM0.10
Makcik bedah beli 5 tin untuk stock dapur dia = NSK untung RM0.25
Kak Markonah beli 8 tin untuk buat kek batik nak jual kat tadika anak dia = NSK untung RM0.40
Pakcik Gurmit beli 20 tin untuk buat kenduri anak dia menang pertandingan gores & menang = NSK untung RM1.00
Abdullah beli 150 tin untuk jualan teh tarik di restoren mamak Line Clear = NSK untung RM7.50

Agak-agak kau, kalau hasil jualan susu krimer yang murahhhhhh ni habis dijual dengan kuantiti 10,000 tin, berapa untung NSK dengan harga tipu RM0.05 tu?

Sila kira sendiri.




Saya berada di pihak yang benar.
- mokcik pakai tudung bawal rege RM5 beli kat Jln TAR-


Lepas bayar, aku masuk balik ke market dan terus ke rack susu krimer.
Sumpah aku jadi tak puas hati sebab aku yakin sangat harga kat rack tu adalah RM2.10.
Sampai je kat rack tu, zasss...zasssss...!!
Terus aku snap pic. Siap kau!!
Akan aku viral kan harga ni. Kahkahkah..

Aku jumpa bangla yang scan barang-barang aku kat cashier, dan tunjuk gambar tu kat dia.
Ntah dia faham ke tidak bahasa aku, terus dia panggil supervisor dia (malay guy).
Mamat tu minta aku tunggu kat satu sudut. 
Lebih kurang 5 min dia datang dan pulangkan baki RM0.10 dan resit aku.



Walaupun hanya sepuluh sen, duit aku tetap duit aku!
Kalau boleh, sila berjaga-jaga dengan market macam ni.
Kadang-kadang staff diorang malas/lupa update harga barang.
Kalau jadi macam ni, jangan teragak-agak untuk tuntut hak anda!

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiii...