Masuk hari ke dua di USM, aku sakit tekak.
Lepas minum air bandung & jus mangga sekali gus, (yes, aku pelahap orangnya)
terus tekak jadi perit.
Petang tu aku bangun dari tidur, suara dah tak ada!
Ohemji!
Suara rock, yaw!
Malam tu temankan Wazli dinner kat Sungai Dua, sambil-sambil beli ubat sakit tekak.
Sampai 2 jenis aku beli.
Ubat hisap yang kaler pink tu RM10.
Sedapppp.. Hahahah..
Pastu, batuk mula serang tekak aku.
Wazli sarankan beli minyak habatussawda.
Sebab area USM ni banyak kedai Arab, so senang sikit nak cari.
Wazli ajak aku pegi ke belakang Restu, kat situ ada banyak kedai Arab.
Minum ni macam minum ubat batuk.
Tapi rasa dia macam minum gas. Huhu..
Pertama kali minum aku rasa macam nak muntah.
Lepas 2-3kali minum, boleh adapt la. Tapi tak konsisten minum ni, jadi tiada hasil!
Harga = RM25.00
Lepas tu Wazli bagi ubat batuk.
Ubat batuk ni Wazli memang dah beli masa sampai USM aritu.
Sebab dia tak minum, so dia bagi kat aku.
Masa ni aku dah start selsema pulak.
Sakit tekak + batuk + selsema.
Pakej lengkap.
Thanks Wazli, for your kindness...
Kelmarin, sakit tekak dah kurang.
Liza called aku cakap nak datang lepak kat bilik aku.
Then nak sampaikan hadiah dari BFF.
My bucuk Nadia belanja Dequadin & jeruk kulit limau.
Oh myyyyyy...
*touched!*
Thank you my dear... Buat susah je.
Thanks again for your kindness, loves & caring...
Walaupun tak jumpa kat sini, masih sudi 'jaga' yati dari kejauhan..
Cukup 5 hari, aku masih demam tak kebah-kebah.
So pergi lepak-lepak kat QueensBay Mall, singgah farmasi beli ubat selsema paling kuat.
Kononnya laaa...
Ubat selsema kaler kuning.
Yang merah tu vitamin tambahan.
Memang kuat ubat ni. Besar gabak saiznya.
Sekali telan terus laloq!
RM10.00 untuk satu set packing ni.
Sampai sekarang batuk & selsema masih ada.
Cuma dah berkurang sikit.
Jadi aku try pulak 'rawatan' yang lain.
Rawatan apa eh?
Jalan-jalan cari makan lah!
Acara pembuka untuk intensif tahun ni.
Makan pasembor dengan CikPah & BNuji.
Masa ni batuk tahap nak terkeluar anak tekak.
Tapi masih mentekedarah makanan bergoreng.
Esoknya pulak.......
From Paris With Love, gituuuu!
Owner stall - Mr Ibrahim from Paris.
Menu crepe yang dijual
Sementara tunggu crepe siap, harus la makan main dish dulu kan.
Tahun ni makan kat tempat tahun lepas - Blue Orchid.
Ambil set of 2-3 pax.
Tapi banyak gila portion dia.
Puas hati dengan harga.
CikPahhhhhh... Hang kerling apa kat Wazli tu??
Jaga-jaga CikPah... Malam karang tido termimpi Wazli. Kahkahkah!!
Nah, crepe crispy aku dah siap.
Dalam ada Nutella & kacang tumbuk. Harga RM14.00
Ni aku tak ingat sapa punya.
CikPah ke Wazli ntah?
CikPah & BNuji ordered Banana Crepe, harga RM13.00
Wazli ordered Lime Crepe.
Ok, not bad crepe dia.
Aktiviti wajib tahunan - spend the whole day berjalan dan lepak sakan!
Tahun ni sama macam tahun-tahun yang lepas.
Keluar bertiga.
Tapi tanpa Nadia! Uwaaaa....
Nadia busy tahun ni. So Kak Bibi join kitorang.
By the way, Kak Bibi dah start join kitorang dari tahun lepas.
So tahun ni macam biasa la, kitorang ke Chowrasta cari jeruk.
Bukan beli kat Chowrasta, tapi beli kat kedai-kedai yang berhampiran.
Bukan juga beli kat Jeruk Pak Ali.
Hehehe...
Aku tenung je dalam-dalam diorang berdua ni sembang.
..................
*blurr*
Amboiiiii tangan kau Wazli... Kemain lentok lagi bila mengata aku eh?
Aku lepokkk kanggg!!
Haipppp!!
Dari Chowrasta, kitorang terus ke QB Mall.
Memang dah plan dari tahun lepas nak karok kat QB Mall sebab nak try kat Neway Karaoke tu.
Balik singgah USM ambil Jessica (room mate Bibi).
Waiting for Jess..
Hurry up Jess, aku dah fed up duduk sini lama-lama.
Kali ni masing-masing bawa student card.
Dapat harga RM26 + 3 hours karaoke + 1 set makan + 1 drink
Tapi music & mic hancurrrr...
Errr.. Sebenarnya suara kitorang pun hancur gakkk. Semua sakit tekak kan.
Kalau tak sakit tekak pun suara macam langsuir masing-masing.
Ekekekeke...
Khas untuk My dear, Nadia
Y_Y
*lagu fav Nadia. Wajib nyanyi time karok*
Wazli menYUMBANGkan suara
Silau kononnnnn!!
Malu-malu pulak Afgan kita ni.
Kahkahkahhh!
Semalam setel satu paper - Thermodynamics.
So hari ni Fiza (bff masa sekolah menengah) bawak aku pegi makan kat Seoul Garden kat QB Mall.
Aku ajak Wazli sekali.
Nasib ada kawan keje kat USM.
Tak ada la aku bosan sangat asyik makan kat kafe sini.
Sekali sekala tukar selera luar campus pulak kan.
Sekali sekala tukar selera luar campus pulak kan.
Sebab aku bawak student card, so aku dapat rate student - with drink.
Fiza & Wazli rate Dinner adult - without drink.
Tambah air RM3.99/pax
Total RM100++ (lupa bape plus)
This time aku sendiri request nak Kimchi Soup.
Sebab chicken & tomyam soup dah biasa sangat.
Serius cakap Kimchi Soup dia sedap!!
Tak masin sangat kimchi dia.
(untuk tambah soup kena extra charge RM5.70 kot... Tapi untuk chicken soup free. So bila soup dah reduced, kitorang tambah chicken soup. Kalau tak tambah kuah, gile masin oiii!)
Pilihan tak banyak macam kat KL.
Tak ada sushi.. Uwaaa...
Tapi Fiza cakap kalau kat Gurney ada sushi.
Alahaiiii.. Patut kita ke sana je!!
Set for grilled. Banyak gak pilihan dia.
Set of steamboat.
Wazli dah senyum-senyum kambing tu....
Apa lagi Wazli, jom kita serangggg!!!
Milik siapakah tangan ituuuu???
Siap berinner, putih gebu.... Mesti cantik orangnya ni..
Ehem...ehem...
Berdua bergambar dengan Wazli.
Kasi tunjuk sipi-sipi dulu. Hihihiii...
Let me introduce....
Noor Afiza Mat Rani
BFF since secondary school.
Sponsor untuk dinner hari ni.
Thanks banyak-banyak my dear Fiza.
Tahun depan sponsor lagi. Eh?
Yang sebelahnya tu, yang rentung-rentung sikit muka sebab berjemur masa memancing tu...
Nama dia Princess Elsa.
Okbai.
(pas makan macam-macam tapi batuk & selsema masih tak ok... uhukkk...uhukk!!)
Bwahaha je la aku....mampoo???jadi retis x berdaftar dalam blog ko...harusla ada komisyen...
ReplyDelete#wazli
ReplyDeletealamak... retis sendu dah dtg kutip royalti. larikkk!