Thursday, January 29, 2015

Sakit dan penawarmya

Masuk hari ke dua di USM, aku sakit tekak.
Lepas minum air bandung & jus mangga sekali gus, (yes, aku pelahap orangnya)
terus tekak jadi perit.
Petang tu aku bangun dari tidur, suara dah tak ada!

Ohemji!

Suara rock, yaw!

Malam tu temankan Wazli dinner kat Sungai Dua, sambil-sambil beli ubat sakit tekak.



Sampai 2 jenis aku beli.
Ubat hisap yang kaler pink tu RM10.
Sedapppp.. Hahahah..


Pastu, batuk mula serang tekak aku.
Wazli sarankan beli minyak habatussawda.
Sebab area USM ni banyak kedai Arab, so senang sikit nak cari.
Wazli ajak aku pegi ke belakang Restu, kat situ ada banyak kedai Arab.



Minum ni macam minum ubat batuk.
Tapi rasa dia macam minum gas. Huhu..
Pertama kali minum aku rasa macam nak muntah.
Lepas 2-3kali minum, boleh adapt la. Tapi tak konsisten minum ni, jadi tiada hasil!

Harga = RM25.00


Lepas tu Wazli bagi ubat batuk.
Ubat batuk ni Wazli memang dah beli masa sampai USM aritu.
Sebab dia tak minum, so dia bagi kat aku.
Masa ni aku dah start selsema pulak.

Sakit tekak + batuk + selsema.
Pakej lengkap.



Thanks Wazli, for your kindness...


Kelmarin, sakit tekak dah kurang.
Liza called aku cakap nak datang lepak kat bilik aku.
Then nak sampaikan hadiah dari BFF.



My bucuk Nadia belanja Dequadin & jeruk kulit limau.
Oh myyyyyy...

*touched!*

Thank you my dear... Buat susah je.
Thanks again for your kindness, loves & caring...
Walaupun tak jumpa kat sini, masih sudi 'jaga' yati dari kejauhan..


Cukup 5 hari, aku masih demam tak kebah-kebah.
So pergi lepak-lepak kat QueensBay Mall, singgah farmasi beli ubat selsema paling kuat.
Kononnya laaa...



Ubat selsema kaler kuning.
Yang merah tu vitamin tambahan.
Memang kuat ubat ni. Besar gabak saiznya.
Sekali telan terus laloq!

RM10.00 untuk satu set packing ni.


Sampai sekarang batuk & selsema masih ada.
Cuma dah berkurang sikit.
Jadi aku try pulak 'rawatan' yang lain.

Rawatan apa eh?

Jalan-jalan cari makan lah!




Acara pembuka untuk intensif tahun ni.

Makan pasembor dengan CikPah & BNuji.
Masa ni batuk tahap nak terkeluar anak tekak.
Tapi masih mentekedarah makanan bergoreng.


Esoknya pulak.......

From Paris With Love, gituuuu!



Owner stall - Mr Ibrahim from Paris.




Menu crepe yang dijual


Sementara tunggu crepe siap, harus la makan main dish dulu kan.

Tahun ni makan kat tempat tahun lepas - Blue Orchid.
Ambil set of 2-3 pax.
Tapi banyak gila portion dia.
Puas hati dengan harga.




CikPahhhhhh... Hang kerling apa kat Wazli tu??
Jaga-jaga CikPah... Malam karang tido termimpi Wazli. Kahkahkah!!



Nah, crepe crispy aku dah siap.
Dalam ada Nutella & kacang tumbuk. Harga RM14.00




Ni aku tak ingat sapa punya.
CikPah ke Wazli ntah?

CikPah & BNuji ordered Banana Crepe, harga RM13.00
Wazli ordered Lime Crepe.

Ok, not bad crepe dia.


Aktiviti wajib tahunan - spend the whole day berjalan dan lepak sakan!
Tahun ni sama macam tahun-tahun yang lepas.
Keluar bertiga.
Tapi tanpa Nadia! Uwaaaa....

Nadia busy tahun ni. So Kak Bibi join kitorang.
By the way, Kak Bibi dah start join kitorang dari tahun lepas.

So tahun ni macam biasa la, kitorang ke Chowrasta cari jeruk.
Bukan beli kat Chowrasta, tapi beli kat kedai-kedai yang berhampiran.
Bukan juga beli kat Jeruk Pak Ali.
Hehehe...




Aku tenung je dalam-dalam diorang berdua ni sembang.

..................

*blurr*



Amboiiiii tangan kau Wazli... Kemain lentok lagi bila mengata aku eh?
Aku lepokkk kanggg!!




Haipppp!!


Dari Chowrasta, kitorang terus ke QB Mall.
Memang dah plan dari tahun lepas nak karok kat QB Mall sebab nak try kat Neway Karaoke tu.

Balik singgah USM ambil Jessica (room mate Bibi).



Waiting for Jess..
Hurry up Jess, aku dah fed up duduk sini lama-lama.


Kali ni masing-masing bawa student card.
Dapat harga RM26 + 3 hours karaoke + 1 set makan + 1 drink

Tapi music & mic hancurrrr...

Errr.. Sebenarnya suara kitorang pun hancur gakkk. Semua sakit tekak kan.
Kalau tak sakit tekak pun suara macam langsuir masing-masing.

Ekekekeke...












Khas untuk My dear, Nadia

Y_Y

*lagu fav Nadia. Wajib nyanyi time karok*




Wazli menYUMBANGkan suara
Silau kononnnnn!!



Malu-malu pulak Afgan kita ni.
Kahkahkahhh!


Semalam setel satu paper - Thermodynamics.
So hari ni Fiza (bff masa sekolah menengah) bawak aku pegi makan kat Seoul Garden kat QB Mall.
Aku ajak Wazli sekali.

Nasib ada kawan keje kat USM.
Tak ada la aku bosan sangat asyik makan kat kafe sini.
Sekali sekala tukar selera luar campus pulak kan.


Sebab aku bawak student card, so aku dapat rate student - with drink.
Fiza & Wazli rate Dinner adult - without drink.
Tambah air RM3.99/pax

Total RM100++ (lupa bape plus)



This time aku sendiri request nak Kimchi Soup.
Sebab chicken & tomyam soup dah biasa sangat.
Serius cakap Kimchi Soup dia sedap!!
Tak masin sangat kimchi dia.

(untuk tambah soup kena extra charge RM5.70 kot... Tapi untuk chicken soup free. So bila soup dah reduced, kitorang tambah chicken soup. Kalau tak tambah kuah, gile masin oiii!)


Pilihan tak banyak macam kat KL.
Tak ada sushi.. Uwaaa...
Tapi Fiza cakap kalau kat Gurney ada sushi.
Alahaiiii.. Patut kita ke sana je!!




Set for grilled. Banyak gak pilihan dia.




Set of steamboat.
Wazli dah senyum-senyum kambing tu....
Apa lagi Wazli, jom kita serangggg!!!




Milik siapakah tangan ituuuu???
Siap berinner, putih gebu.... Mesti cantik orangnya ni..




Ehem...ehem...
Berdua bergambar dengan Wazli.
Kasi tunjuk sipi-sipi dulu. Hihihiii...



Let me introduce....

Noor Afiza Mat Rani
BFF since secondary school.
Sponsor untuk dinner hari ni.
Thanks banyak-banyak my dear Fiza.
Tahun depan sponsor lagi. Eh?


Yang sebelahnya tu, yang rentung-rentung sikit muka sebab berjemur masa memancing tu...
Nama dia Princess Elsa.


Okbai.


(pas makan macam-macam tapi batuk & selsema masih tak ok... uhukkk...uhukk!!)







Tuesday, January 20, 2015

Kali Pertama

Alhamdulillah, selamat check in bilik pukul 5.30pm di Desasiswa Fajar Harapan.
Ya Allah, betapa syukur nya aku tahun ni merasa jugak duduk kat dalam kampus sekali lagi.
Aku sampai jadi redha kalau nama aku tercampak kat kolej Restu-Saujana-Tekun.
Lagi bertambah redha (mungkin lebih tepat dah tahap pasrah) kalau nama aku tercampak kat Saujana!

Aku keluar rumah pukul 6am.
Kejadah betul keluar rumah sebelum Subuh.
Sampai PPUKM dalam 6.30am. Motif nya aku nak singgah Cohort.
Rinduuuuu gile kat member-member Cohort.
Lagipun ofis dah renovate sikit. Gile cantikk!!!

Aku gerak dari PPUKM pukul 10am.
Sebab nak ambil Wazli kat LRT Bandar Tun Razak.
Tahun ni aku gerak dengan Wazli - yes, kali pertama kami gerak berdua.
Tiap-tiap tahun aku offer Wazli join dengan aku & Nadia.
Tapi sebab dia suka gerak lagi awal dari kitorang, so aku gerak dengan Nadia berdua.
Tahun ni aku offer dia lagi, dan dia setuju nak join kitorang.
Malangnya Nadia tak dapat cuti hari ni so aku gerak berdua dengan Wazli.

Serius sepanjang perjalanan kereta aku kecoh macam naik berlima!
Wazli memang kecoh makcik-makcik!! Hahaha...

Ikutkan few years back aku gerak pukul 10am, dalam pukul 1pm aku sampai Penang.
Tapi tahun ni aku gerak pukul 10.30am, tapi pukul 1pm baru sampai kat RTC Perak.
So berhenti lunch & solat kat situ. Yes, again! Kali pertama aku jejak kaki kat RTC Perak.
Tempat dia selesa, parking banyak. Cuma kat Agro Park & tempat jual buah macam tak berapa meriah.
Mungkin sebab hari bekerja. Kalau hari cuti mungkin meriah.

Gerak dari RTC Perak pukul 3pm.
Gila lama kitorang lepak kat RTC. Siap shopping macam-macam kat Mydin dalam tu.
Thanks Wazli belanja makan, belikan jajan, belanja kasut & macam-macam lagi (mode = terharuuu!!)

Sampai Penang aku naik ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Hah, jangan buat-buat pelik tanya jambatan tu kat mana?
Tu nama rasmi bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang. Ni pun kira kali pertama aku naik ke jambatan ni.
Mak aihhhhh... Jauhnya jambatan ni!!!
Aku rasa jambatan pertama dekat sikit berbanding jambatan kedua.
Tapi bayaran tol cuma RM51++ dari Duta ke Jambatan. Kira murah sikit la kalau nak dibandingkan ikut Jambatan pertama.

Sampai USM terus naik ke pejabat desasiswa nak daftar bilik.
Masa tu staff dah balik, tapi nasib baik Penggawa masih ada & sudi layan aku untuk daftar bilik. Syukur Alhamdulillah.
Kali ni dapat bilik tingkat 2. Ni kalau tak slim jari kaki & betis aku turun naik tangga ni, tak tahu la cakap apa kan?! Dah la lif tak ada. Nak harap badan yang jadi kurus, tak mungkin laaaa...

So mari berdoa supaya kaki aku yang kurus! Mihmihmihhh...

Esok dah start kena daftar Kursus Intensif.
Sebab asrama aku sebelah dengan asrama Wazli, so dia akan jadi babysitter aku sepanjang 3 minggu kitorang kat sini. Daftar sama-sama, gi makan sama-sama, gi lepak sama-sama.

Senang cite, semua ongkos aku kat sini semua ditanggung beres oleh Wazli!
Mampu?!!!

Kahkahkahkahhh..

(terima kasih banyak-banyak wahai BFF ku, Wazli...)

Nampaknya banyak benda yang aku buat untuk kali pertama sepanjang perjalanan aku ke USM tahun ni.
Cuma aku je tak grad-grad. Masih la bertukun kat USM ni.

Hah, tu bukan kali pertama ye!
Uwaaaaa...


Ok, nak tidur.

Sebelum tu, layan kan dulu lagu dari Puteri Chempaka Merah Cenderawasih Ayu Sutera Qasih.

(jangan ada yang mengigau lepas dengar lagu ni yeeee... kahkahkah!!)


Sila bermimpi-mimpi ye....





Tuesday, January 6, 2015

Khas untuk Abang Fizi

Semalam cleaner kat ofis ni tamat kontrak.
Ada dua orang cleaner.
Kitorang panggil dia dengan nama Makcik Wati & Kak Yana.
Makcik Wati ni dah berusia sikit. Dalam 50-an kot.
Kak Yana pulak mungkin pertengahan 30-an.
Kak Yana ada anak perempuan nama Alia. Umur 4 tahun.
Hari-hari Alia ni ikut mak dia kerja kat ofis ni.

Dulu Alia ni pendiam. Memang susah nak dengar butir bicara dia.
Dua tahun dia datang sini, memang tak berbunyi langsung suara dia.
Dia rapat dengan Kak Sal dan Abang Fizi.
Tu pun jenuh je nak dengar suara dia.
Kalau dengan orang lain, apa pun yang orang tanya, dia tenung dalam-dalam orang tu.
Langsung tak menjawab.

Tapi bila aku masuk sini, Alia ni cuma amik masa 2 minggu dah dengar suara dia sembang dengan aku.
Wahhh.. Hebat tak aku?
Padahal yang sebenarnya budak tu takut tengok saiz gajah aku.
"Sebelum aku kena hempok baik aku jawab je soalan makcik gajah tu..."
Alia berkata-kata dalam hati kecilnya.

Kahkahkahkahh!

Alia ni macam my little cayang, Am.
Sebab dia membesar dengan persekitaran orang dewasa, so percakapan dia pun mengikut rentak orang dewasa.
Am time ofis hour duduk dengan tok, wan & makcik pakcik nya sekali.
Memang kalau ajak dia sembang, tak serupa budak-budak sebaya dia.
Sama jugak la dengan Alia ni.
Semua makcik dan pakcik kat ofis ni rajin melayan dia, so mulut dia dah mula menceceh macam orang tua.

Semalam Alia datang sekejap ofis ni untuk hantar makanan pagi.
Hadiah untuk kitorang sebab mak dia dah pindah ke tempat lain.
Kat ofis ni dah bertukar kontraktor.
Masa dia datang semalam, Abang Fizi tak masuk ofis lagi.
So tak sempat nak jumpa budak kecik ni.

Hari ni terdengar keluhan Abang Fizi.

"Rindunya kat Alia..."

Haaaa... Jangan main-main.
Angau Abang Fizi dibuatnya.
Punya la rindu Abang Fizi kat Alia sampai menangis-nangis kat belakang aku.
Terduduk bawah meja Farizan tu. Kahkahkahh..

Ok la Abang Fizi.
Entry ni khas untuk Abang Fizi bagi mengubat kerinduan pada Alia.




Saya bukan je pandai bercakap. Tapi saya juga pandai menyanyi. - Datin Alia Ramly MS.

Hai la budak becok..
Semoga kapan kita ketemu lagi, ya!



Sunday, January 4, 2015

Bila Cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat
Hanyalah bayangmu





If someone comes into your life and become a part of you,
but for some reason she couldn't stay.
Be glad that your path crossed..

.....and somehow she made you happy even for awhile.

My dear friend,
Thank you for the happiness you brought to my life and for the love you showered.
- xoxo -