Hari tu ada sembang-sembang dengan ofismet pasal rompakan semasa drive.
Maksudnya masa kita drive, then ada orang rompak kita dengan pecahkan tingkap kereta kita untuk ragut handbag.
Alhamdulillah buat masa ni aku tak pernah alami insiden ni.
Mintak-mintak dijauhkan laa...
Masa sembang-sembang tu, aku share cara aku simpan bag semasa drive dengan kawan aku tu.
So aku nak share jugak la dengan korang cara yang aku guna ni.
Kalau cara ni tak bagus, maaf la... So far aku memang buat gini je.
Selalu makcik-makcik (aku ler) letak handbag macam ni kan?
Kalau perompak datang naik motor usha-usha dalam kereta kita, memang dia aim dah bag ni.
Dalam hati tersimpan sedikit niat nak rompak "Eh, macam ada peluang je ni!"
Haa... Kalau pecah cermin kereta kau, sila la melopong.
Kadang-kadang tu ada jugak makik tu letak bag dia kat bawah seat ni.
Haaa... nampak stereng lock aku?
Gaya-gaya kaklong Kiki stereng lock dah ada tu.
Tunggu masa nak hayun je lagi. Hihihii..
Ok, cara macam ni pun masih tidak selamat.
Sebab perompak-perompak ni masih boleh capai bag tu.
Kes macam ni la yang berlaku kat kawan ofismet aku tu.
Siapa sangka kan? Dah letak bawah pun masih kena sapu dek perompak.
Cisssss...
Ok, ni cara yang aku guna dulu.
Dulu ye.... Sekarang no more - no more - no more.
Ni bag aku letak kat bawah seat driver. Tersangkut-sangkut tali handbag aku kat pedal minyak.
Oh yeeee.... Tu memang pedal clutch.
Kereta aku manual. Aku kan minah rempit sikit, kereta kena la retro.
Kahkahkahhh...
Masalah pada cara gini adalah semasa nak bayar tol.
Kalau TnG aku takde duit, terpaksa gagau tangan dalam handbag cari purse.
Silap haribulan bag aku pun boleh tercicir masa nak bayar duit tol sebab tertarik masa nak ambil purse. Kes ni pun pernah terjadi pada kawan aku.
Lepas bayar toll, dah sampai ke destinasi baru perasan handbag hilang!
Dah satu keje nak trace balik kat mana hilangnya bag tu.
Kalau boleh ingat senang la. Kalau jenis pelupa macam aku ni?
Haaa.. Sila la menangis mendayu-dayu...
Cara yang aku buat adalah letak di bawah dan sangkutkan tali handbag pada gear.
Nah, cara ni lebih selamat berbanding cara-cara di atas.
Jangan lupa zip kan handbag tu ye.
Aku lupa zip (kan dah bagitau tadi yang aku ni pelupa).
Kalau ada mangkuk hayun yang nak rompak, sekurang-kurangnya cara ni menyukarkan mereka nak tarik handbag tu. Cermin kereta sah-sah la dah pecah kan?
At least dokumen kita (IC, atm card dan kat NSK aku selamat laa).
Tapi kalau nak lebih selamat, ikut cara aku terbaru ni :
Sangkutkan pada sebelah kaki driver. Insya Allah bag tu tak tertarik keluar kat toll.
Cuma kurang selesa sikit la masa nak drive.
Well, bag besar, kaki aku pun besar. Memang la tak selesa kan?!
Tapi sebenarnya nak tunjuk beli bag baru. Murah je uolss..
RM9.90 je. Yeee.. RM9.90!! Murah kannn!!!
Makton beli kat Times Square. Hehee...
Love in Paris, giteww~
Ok, ni nak cerita pasal henfon pulak.
Baru-baru ni aku banyak up status kat fb pasal henfon aku dah jahanam.
Sampai aku sempat berangan-angan nak dapat henfon iPhone 6 yang baru khen!!
Punya hazab henfon aku sampai rasa nak hempok je ke lantai!
Silap hb dengan lantai-lantai aku jahanam sekali.
Puncanya henfon aku ni tak boleh nak charge bateri.
Lubang charger henfon aku ni main pilih-pilih batang charger pulak.
Mana yang dia rasa best, dia tunjuk gambar current & percent charging tu.
Mana batang charger yang tak best, dia tak nak charging!
Eh, boleh pulak gitu!
Balik dari Langkawi, masa tu memang tahap neraka jahanam dah aku rasa.
Kalau charge pun paling tinggi sampai 88% je.
Pernah sekali tu aku charge henfon dari pukul 5pm (jumaat) sampai ke 5pm (Sabtu) which is dah 24jam kan? Tapi cuma naik 26% je!
Sebelum charge 10%, lepas 24jam naik 36% je!
Haram jad!
Aku punya la bersabar (konon-konon bila bersabar pahit akan manis jua akhirnya),
bila lama bersabar kot-kot la boleh dapat henfon baru.
Harammmmm...
Aku sound-sound En Zul suruh hantar henfon aku ni ke kedai.
Aku syak mungkin pin dalam tempat charger tu patah.
Sebab tak semua charger boleh masuk, pastu kalau masuk pun percent charging tu tak naik.
Ape ke pelik sangat lubang charger aku ni???
Tapiiiiiii... (panjang sikit tapi aku tu. sebab tengah tahan marah!)
En Zul pegi beli bateri baru!
Ape jadah pulak bateri aku yang rosak?
Kalau bateri punya angkara, mesti la semua charger tak boleh masuk.
Ni sesetengah je boleh.
Lepas dia hantar henfon (bersama bateri yang baru) kat aku, masa aku nak charge henfon tu buat hal lagi.
Masih tak naik percent charging aku tu!
Terus aku report kat En Zul.
Again, En Zul pegi ke kedai tu, beli charger baru pulak!
Ya Allah!!!!!!!
Kenapa la orang tua ni taknak dengar cakap aku?
Kan awal-awal aku cakap suruh orang kedai tu check kat kaki pin lubang charge tu..
En Zul : dah check dah... Tapi tak de yang rosak.
Aku : Dia bukak tak?
En Zul : Kan dah bagitau, dia cakap tak rosak.
Aku : Soalan mummy senang je. DIA BUKAK TAK?
En Zul : Takkk.. Dia suluh pakai lampu suluh je.
Seeeee??
Orang degil. Keras kepala laki aku ni.
Aku : Kan dah cakap, check la dalam tu. Suruh orang tu bukak. Mana boleh main suluh-suluh je.
En Zul : Kalau nak bukak, kena bayar upah charge.
Aku : Habis tu, beli battery & charger baru ni tak kena bayar ke? Free?
En Zul : ...............diam............
Battery baru, charger baru. Tapi masalah tak settle!
Memang la laki aku dah tolong usaha untuk repairkan henfon aku tu (tq byk-byk atas keprihatinan mu sayang...)
Yang buat darah aku mendidih, dia tak nak dengar nasihat aku.
Memandai tukar bateri, tukar charger.
Benda yang aku suruh buat, dia tak buat. Lagi nak berkira duit charge bayar upah orang tu.
Habis yang kau beli battery & charger baru tu tak berhabis beratus ringgit bangggg??
Aku rasa kalau charge upah tu paling tinggi pun RM20 je kot..
Sampai satu tahap, kesabaran aku menipis sampai ke bottom line.
Maklum la, iPhone 6 yang diidam tak nampak bayang kan??
Hanya dapat plastic bag iPhone je.. Huhuhuu..
Maka aku sendiri pegi ke kedai bawa henfon aku tunjuk kat budak tu.
Kali ni aku, En Zul dan anak-anak pergi shopping barang dapur kat NSK Selayang.
Alang-alang nak tunggu setel shopping, aku repair henfon aku sekali.
Budak kedai tu cakap kalau kes percent charging tak naik mungkin pin charge tu yang patah.
Hah, kan sama macam yang aku cakap!
Aku jeling-jeling kat En Zul.
En Zul : Tak pe dik. U check dulu. Kitorang masuk shopping jap. Mana tau kot-kot batery or charger yang rosak ke....
Dia nak jugak mention pasal bateri & charger tu!!
Degil....!!!!!!!!!!!!!
Lepas 40 minit shopping....
Aku : Ok dik, dah siap?
Fendi : Dah siap kak. Jap, tengah charging.
En Zul : Apa yang rosak?
Fendi : Kaki pin charger patah. Sebab tu tak boleh nak charge. Ni battery dah naik 53% ni. Tadi habis langsung bateri akak ni. Ni pun baru charge 30minit. Repair tukar pin 10minit je...
Aku : Ehem..ehem.... Pin patah ye?? Charging 30minit dah naik 53% ye? Ok, terima kasih ye dik... (jeling-jeling kat laki aku)
Aku siap tunjuk bendalah ni kat En Zul.
Biar buntang bijik mata dia tengok benda yang rosak ni.
Haaaa... Kan aku dah cakap.
Degil sangat tak nak dengar cakap aku tu dah kenapa?
Henfon aku kan? Aku lebih mengenalinya.. Mihmihihhh...
Kan kau dah rugi beli battery & charger baru. Tak pe la, rezeki aku la dapat set yang baru.
Kahkahkahkah....
Sebab En Zul dah rugi, dia buat drama minta aku belanja dia cable charger untuk Note 10.1 dia.
Pastu siap beli car charger. Hoiiiiiihhh!!!
Melayang lagi duit. Hai la henfon...
Macam nak tukar ke Oppa Onni henfon pulak.
Terima kasih ye Fendi...
U are hero of the day!!
berapa baiki pin charger tu sis
ReplyDeleteberapa harga baiki pin charger tu sis
ReplyDeleteberapa baiki handphone pin tu sis
ReplyDelete@anith ayuni rm80 seingat saya.. sbb campur beli charger skali masa tu
ReplyDelete