Lama gila gambar ni diperam dalam folder.
Macam biasa alasan aku adalah malas, bizi dan seangkatan dengannya.
Lagi pun masa balik KL aritu aku memang busy nak siapkan keje yang tertangguh seminggu tu.
Balik dari Langkawi, bukak je email tengok aku dapat offer kursus kewangan (again!) kat Hotel Puri Pujangga pulak.
Dah satu hal nak kena gagahkan diri pegi berkursus lagi.
Walhal kemalasan aku ni dah tahap nak membunuh diri rasanya.
Aku dapat offer ke Langkawi atas anugerah Pencapaian Kualiti Pengurusan Aset.
Jadi Bahagian Kewangan plan nak bawa semua Pegawai Aset ke Langkawi untuk kursus Kewangan.
Haaa.. Nampak pelik kan? Anugerah Pengurusan Aset, tapi kursus Kewangan.
Well.. Kat UKM ni Pengurusan Aset di bawah Jabatan Bendahari.
So Kewangan dan Pengurusan Aset tu kira adik-beradik la.
Dan kebanyakan pengawai aset buat tugas kewangan, salah sorang nya aku la.
Alhamdulillah rezeki aku kat UKM ni selepas 5 bulan berkhidmat dapat anugerah ni.
Terima kasih pada kawan-kawan yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang aku membuat tugas-tugas kewangan dan pengurusan Aset.
Ok, enough with those ucapan ye...
Kitorang gerak Rabu malam pukul 10.30pm.
Tunggu kat Fakulti Pengajian Islam. Patutnya tunggu kat Panggung Seni, tapi sebab musim convo, so kitorang tukar tempat menunggu.
Janji pukul 10pm, kalau lambat bas tinggal.
Tapi sampai pukul 10.30pm baru bas muncul!
Janji munafik sungguh! Huhuuu..
Perjalanan ke Kuala Perlis amik masa sehingga 7 jam!
Gila lama laa.. Dah la banyak kali berhenti kat R&R.
Jenuh nak adjust bontot duduk dalam bas.
Letih satu badan. Pastu tak boleh nak tidur sangat.
Hari hujan, driver bas pulak mengantuk. Bawak bas mengelong-ngelong.
Woiiii.. Scary hokeh!
Sampai di Changlunn, kitorang berhenti solat subuh.
Lega dalam gosok gigi dan cuci muka.
Sejuk je air kat masjid tu.
Lepas subuh kitorang teruskan perjalanan ke jeti Kuala Perlis.
Dalam pukul 7am sampai jeti terus pergi breakfast.
Lapar oiiiii...
Anak-anak UKM baru sampai di jeti.
Masing-masing tengah kebulur lapar. Huhuuu..
Me & Kak Saniah.
Ada jugak wakil UMBI. Alhamdulillah...
*abaikan muka mengantuk tu ye.. Kalau ternampak tahi mata or air liur basi tu, buat-buat je la tak nampak. Hahahaa..*
Pukul 8.20am kitorang naik ferry & berlayar ke Langkawi.
Plan pagi tu nak buat survey ke 4 buah kampung di Langkawi.
Memandangkan soalan survey tak siap, so kitorang terpaksa tukar plan.
Kitorang buat survey ke 4 buah shopping mall di Langkawi.
Kompleks Haji Ismail Group, Idaman Suri, Billion dan Pekan Kuah.
Alhamdulillah selesai survey mall dengan 'hasil-hasil' surveynya sekali.
Batu ni ada kat kedai gamat di kampung Mat Sirat.
Aku lupa apa nama kedai tu.
Kedai besar tepi jalan je. Kalau lalu kat kampung Mat Sirat tu memang akan nampak kedai ni tepi jalan.
Biskut Gamat.
Errr.. Apa rasanya ek? Tak berani nak beli.
Kalau tak sedap rugi je duit aku membayarnya.
Proses memasak minyak gamat.
Malam bermula kursus kewangan kitorang.
Sesi soal jawab, sesi brain storming, sesi suai kenal.
Siap ada consultant dari Langkawi.
Tapi consultant nya serius tak best!
Tak payah la sebut nama consultant tu. Buat sakit hati je!
Kursus selama 3 hari tu dipenuhi dengan aktiviti dalam kumpulan, aktiviti forum, soal jawab, jalan-jalan, makan-makan, shoping-shoping.
Opsss...
Well, aku anggap ni sebagai reward untuk aku dah bertungkus-lumus buat kerja pengurusan aset.
Walaupun kerja tak susah, tapi kadang-kadang pening jugak kepala nak handle aset ni.
Tambah pulak aset tu bukan ada kat depan mata. Merata-rata ada kat orang lain.
Orang ni pinjam, tapi aset ada kat orang lain.
Orang ni buat pembelian, tapi aset tu didaftar atas nama orang lain.
Tu belum kira aset yang rosak. Kira setel buat pelupusan je.
Tapi kalau aset hilang lagi jenuh nak fikir.
Kalau orang rasa kerja Pegawai Aset ni mudah, so sila lucutkan jawatan aku dan lantik orang yang lebih layak.
Gitewww..
Ok, meh nak story pasal PPL ni.
PPL ni adalah salah satu pusat penyelidikan hak milik UKM.
Ehem..ehem... Hak milik tu baca kasi teran sikit. Haha..
UKM ni banyak harta, banyak tanah, banyak ladang... Boleh sangat-sangat la kalau nak dibanggakan.
Pusat penyelidikan ada di Tanjung Karang, Bukit Fraser, Tasek Chini, Langkawi dan tempat lain yang aku tak ingat lokasinya.
Untuk PPL, hanya 3 orang staff sahaja yang bertugas di sana.
Dan ketiga-tiga staff tu memang orang local - maksudnya berasal dari Langkawi sendiri.
Ada kemudahan macam-macam kat sana.
Antaranya bilik penginapan untuk para researcher.
Kalau untuk staff UKM, boleh dapat harga staff - semurah RM100/bilik utk 2 orang.
So kira cincai-cincai dalam RM50 seorang laa.. (math mudah macam ni pun nak kira cincai ker?)
Kat sini ada rate untuk staff, student, badan kerajaan & orang luar.
Ikut la kau rate yang mana 1 ye...
Tapiiiii.. (ada tapinya)
Penginapan tu khas untuk urusan rasmi sahaja.
Kalau kau nak datang jalan-jalan dengan family, pastu nak stay kat PPL, diorang takkan layan.
Kau pergi la bermalam kat Pantai Chenang ke, kat Pekan Kuah ke.. Lantak kau la.
Janji bukan kat PPL.
Penginapan di PPL hanya untuk urusan rasmi sahaja (saje nak ulang banyak-banyak kali).
Kalau kau ada meeting, then nak menginap di PPL, sila lampirkan sekali surat jemputan meeting tersebut.
Kalau kau datang meeting, siap angkut satu family (kira pakej meeting sambil holiday), kau boleh tidur kat PPL.
api kau sorang je la.. Sebatalion family kau tu sila cari hotel lain.
Faham?
Sila angguk 3 kali.
Ok, kenapa dia buat macam tu?
Reasonnya, penginapan di PPL tak banyak...
Diorang memang ada rancang nak buka untuk urusan tak rasmi.
Tapi sebab harga murah, diorang takut penginapan tak cukup untuk researcher kalau orang lain datang dengan urusan tak formal.
Jadi, urusan penyelidikan dan rasmi sahaja dibenarkan.
Tunggu la diorang upgrade tempat ni kasi banyak bilik, then insya Allah urusan tak rasmi boleh datang book bilik kat sana.
Kat sini insya Allah tenang tidur malam kau.
Cuaca sejuk, nyaman dan segar. Maklum la, betul-betul belakang bukit.
Kau hirup la oksigen banyak-banyak. Tenang la otak kau sepanjang duduk kat sana.
Selain tu, faktor-faktor tiada talian komunikasi juga membantu ketenteraman hidup kau kat sana.
Yes, serius. Memang takde line langsung!
Dalam bilik ada line setakat 1-2 bars. Tapi nak tarik line tu hazab sikit.
Kalau dalam dewan dia lagi takde line.
Nak harap Wifi, hurmmm.. Wifi pun tak kuat!
Bunyi nafas aku lagi kuat dari wifi itewww..
Tu belum masuk bunyi dengkur aku.
Satu pulau boleh dengar. Kahkahkahhhh...
Antara fosil di Langkawi.
Semua ni angkut dari Langkawi ye.. Dari lautan, gunung ganang, tasik, sungai..
Original dari Langkawi gitu...
Hidupan yang diawet.
Aku geli sikit benda-benda awet ni.
Ntah laa.. Ada perasaan seolah-olah benda tu masih hidup.
Yarkkk!
Kalau macam ni ok lagi.
Sebab butterfly tu dok kat dalam album kaca.
Kalau dia masih hidup pun, album kaca tu ibarat pelindungan 2x layers untuk aku.
Imagine mengarut-ngarut betul!
Haishhhhh...
Nampak ikan pari tu?
Nampak penyu tu?
Aku terbayang benda tu duk merangkak-rangkak dalam ruang kaca tu.
Huhuuuu...
Hok ni lagi aku seriau..
Ni pun aku snap gambar dari jauh. Tak kosser aku nak datang dekat-dekat.
Ai maluuuu~~
Tu fossil ye, bukan frozen.
Maklum laa.. Demam movie Frozen tengah melanda kan...
Ni En Dahalan.
Ketua kumpulan aku - Kump. Cha-cha.
Ntah mana datang cha-cha ni aku pun tak tahu.
Yang pasti orang panggil aku kakak cha-cha..
Bukan kakak cacat ye.
Ketua aku yang lupa diri.
Dari jauh senyum-senyum, sengih-sengih, rupanya ada maksud tersirat.
Nak join bergambar kumpulan lain rupanya..
Layankan je laa...
PPL dari depan.
Asrama perempuan.
Asrama A - bilik lelaki.
Sebelah dengan main block PPL.
Surau.
Selipar sakti putus pulak kat PPL.
Nasib baik ada kasut cinderella.
Boleh buat alas kaki sementara nak tunggu selipar baru.
En urusetia... Boleh tak bawak saya pegi pekan kuah...??
Saya nak beli selipar baru...
Dah alang-alang beli selipar, saya nak beli choc, pinggan, mangkuk, set cawan...
Opsss..
Ruang rehat di PPL.
Kalau nak tengok gambar bilik or gambar persekitaran, boleh rujuk :
Menunggu ferry pulang ke Kuala Perlis.
Semua dah rindu UKM.
Padahal rindu ketiak laki masing-masing....
Tu troli aku kat watermark tu.
Nasib la sewa troli RM1 je.
Duit mak dah kering nak.. Gaji lambat pulak tu.
Bukti kepada Leen yang KPM juga buat kursus di Langkawi.
Sekolah kau je yang buat kursus di sekolah.
Paling jauh pun buat kursus kat FRIM.
Hish..hish..hishhhh... Kesiannnn...
Singgah sat di Pekan Rabu.
Shopping lagiiiiii...
Baik cepat-cepat keluar dari Pekan Rabu & tunggu bas kat luar.
Kang lagi banyak duit habis.
No comments:
Post a Comment