Thursday, September 11, 2014

From My Kitchen : Rendang Nangka Sardin


Sabtu lepas En Zul bawak balik 2 biji nangka muda. Laki aku ni memang suka makan gulai nangka. Tapi bila fikir balik takkan aku nak masak gulai nangka sampai 2 biji nangka nya? Nak buat kenduri ke hape? Lepas En Zul kupas kulit nangka tu (ofkos la En Zul yang kena kupas, aku kan manja) aku tanya En Zul dia nak makan lauk apa selain gulai nangka? Dia suruh masak rendang nangka sardin.

Huh? Rendang? Pernah ke orang masak rendang nangka? Taruk sardin pulak tu.

Resepi ni kawan En Zul yang cadangkan kat dia. So En Zul suruh aku try-and-error menu ni. Alahaiii... Aku kalau bab-bab merekacipta dan merekahancur menu memang aku teror. Tapi sedap ke tak sedap toksah tanya. Kompem kelaut rasa nya. Jadi orang yang tough macam En Zul je yang berani nak try masakan aku. (berani En Zul tak nak makan masakan aku?!!!)

Mari belek resepi nya :

  • Nangka muda (potong kecik)
  • *bawang merah - 4 ulas
  • *bawang putih - 4 ulas
  • *cili kering - 15 keping
  • *cili api - 10 biji (optional - aku tak guna)
  • *lengkuas - 2 inci
  • *halia - 2 inci
  • *serai - 3 batang
  • *kunyit hidup - 1 inci
  • santan - 3 cawan
  • daun limau purut
  • daun kunyit - hiris
  • kerisik
  • garam & serbuk perasa
  • sardin dalam tin (ambil sekali sos sardin)

Cara membuat :
  • Blend bahan bertanda *
  • Campurkan nangka, bahan kisar dan semua bahan ke dalam kuali (KECUALI SARDIN)
  • Biar nangka masak dan santan menjadi kering sedikit
  • Bila rasa garam dah ok, masukkan sardin.
*kalau suka berkuah, tak payah tunggu sampai santan kering*




Rendang Nangka Sardin
1st trial, dan hasilnya menakjubkan! Sungguh ajaibbbb!!
*poyo giler!*





Makan dengan nasi panas.
Nasi-sayur-ikan

Sudah cukup lengkap bagi aku =)


Love,

Wednesday, September 10, 2014

Jualan tudung

Kali ni aku bukan nak promote tudung ye. Sekadar nak cerita aktiviti makcik-makcik yang keje gomen ni. Hahaha.. Jangan marah. Ni hakikat ye.. Jangan tipu la kalau tak da kawan-kawan yang kat ofis tu tak berniaga. Hehehe.. Aku bukan nak kondem. Aku ok je kalau ada orang yang berniaga kat ofis. Sekurang-kurangnya aku tak perlu nak susah payah drive pergi shopping kat luar sana. Nak shopping online, tapi macam kurang nikmat sebab barang tak ada depan mata.

Maka, peniaga-peniaga jualan langsung ni la yang kita harapkan. Ngehngehngehhh...

Kat ofis ni seller yang glamer adalah Kak Shiqin. Dia jual perfumes, tudung, lampu aroma terapi dan macam-macam lah. Kerlasss kau kak Shiqin~!! Kemain lagi terror yer kau mengikis duit gaji hakak-hakak kat ofis ni. Asal gajian je, kompem ada barang yang kak Shiqin bawak untuk jadi rebutan hakak-hakak ni. Penuh tangan kiri kanan Kak Shiqin mengangkut barang jualan. Takpe la kak.. Sila kikis duit diorang sampai kering. Bior masing-masing sampai cukur bulu nak membayor duit akak. Hahaha.. Yang hakak-hakak ni pulak bila tumbuh tanduk, pantang ada jualan terus berdesup-desap rembat sebarang dua item. (Bukan orang lain la, aku la tu...)


Hari tu Kak Shiqin bawak selendang half moon. Ntah la, half moon ke, full moon ke, come moon ke (datang bulan), aku pun tak tau. Tapi cantik-cantik tudung tu. Harga aku lupa nak tanya. Dari parking je, dia nampak aku & Kak Pah tengah seiring sejalan, terus dia pancing! Pantang nampak awek jelita terus nak ngapppp! Notty betul Kak Shiqin ni tauuuuu...



Memperkenalkan tokeh direct selling.
Kak Seri Melati Shiqin-nawati Kesuma Dewi Karyono.
Glamer nama kau kak.... Hihiii...




Sesi rembat merembat barang jualan.
Ni kalau import tak sempat nak lepas kastam dah kena songlap dulu.




Tudung baru beli wajib la acu dulu ke kepala. Iye dak??
Tu nasib baik jual tudung. Kalau jual bra? Spender?
Mau ada yang pengsan tengok kantung susu terlondeh-londeh sebab nak fitting punya pasal.

Kak Sal tu kenapa adjust perut tu?
Is your baby kicking inside your belly, meh?? Hahaha...




Tutorial dari puan tokeh.
Abang Fizi usha je dari jauh dengan rasa kegeraman. Aummmm!




Ok, ni mangsa pertama.
Redhooo je la Kak Nap oiiiii...

*tiak tu cover sikit ye Kak Nap.... bangla & nepal lalu pun boleh pengsannn~*




Kak Nap dikelilingi oleh tokeh and her close adviser aka BFF.
Nanti jangan lupa bayar gaji adviser ni ye.. Dah 3 bulan tak bergaji ni.
Siannnn dia...



Ni Kak Faridah.
Dia penyokong tegar tudung Fareeda.
Kau jangan berani-berani nak kutuk tudung Fareeda tu. Kang dia silambam sekor-sekor.
Dan hakak ni memegang title "Miss Fareeda Nyata Jelita" juara 5 tahun berturut-turut.
Kau mampuuu??





Tuesday, September 9, 2014

Sesaiz

Ni entry seperti membunuh semangat dan keyakinan diri aku.
Jangan main-main dengan semangat aku.
Kalau tok batin orang asli nengok semangat aku, dia pun tak percaya.
Sebab semangat aku lebih kental dari semangat puaka niyang rapik.

Konon-kononnya larrrrr.....



*put a crying emotion here*


Tapi sekarang ada satu benda yang sedang membunuh semangat waja aku.
Serangan datang bertubi-tubi. Sumpah aku memang down.
Sedeh hokeyyy...
Tambah lagi bila berlaku depan mata sendiri. Cissss...

Sejak bulan puasa lepas badan Aleeya makin berkembang dengan jayanya.
Bagai di pam-pam badan budak motek ni.
Selera makan macam orang membela hantu raya.
Sentiasa berselera budak ni.
Tak kira siang malam asyik lapar. Kadang-kadang sebelum masuk tidur pun boleh ngadu lapar.
Eh, macam la aku tak masak.
Tambah-tambah bila dia aktif, lari sini, lari sana... Lagiiiii la cepat lapar.
So aku kena standby benda kunyah-kunyah like fries, kopok ikan, nugget, roti telur or whatever lah.
Janji ada benda nak diisi dalam tembolok budak ni.

Aku suka je tengok Aleeya ni membesar dengan jaya.
Terbukti aku masak sedap. Hahahaha... (ok, sila keji aku)
Tapi yang buat aku seriau bila Aleeya asyik la mengadu baju dia ketat.

*sigh*

Nampak gaya kena beli baju baru la gamaknya.
Tapi lojik la kan. Budak nak makin membesar memang la asyik kena beli baju baru.
Dia pun dah umur 10 tahun. Takkan nak pakai baju yang umur 8-9 tahun je.
Masalahnya, yang aku jadi down sangat bila Aleeya yang umur 10 tahun ni dah muat pakai baju aku masa kurus-kurus dulu!

Whattttttttttt...?!!
(letak muka mata jegil macam pelakon indon sinetron tu)

Yes, dia memang muat pakai baju aku.
Sebelum ni dia rembat spender aku.
Haaaa, jangan main-main. Ni spender yang kasi asap-asap tu.
Kalau hidu kompem tergila-gila kat aku siang malam.
Kahkahkahkahhhhhh...

Dulu masa kurus aku memang suka beli spender banyak-banyak.
Banyak yang fancy-fancy, corak bunga-bunga, buah-buah, kotak-kotak.
Siap yang beriben-riben. Cuma gstring je aku tak beli.
Sebab aku tak suka ada benda tersepit kat alur pantat aku. Hahaha...

Ada spender aku yang pakai 2-3 kali, ada yang langsung tak penah pakai.
Tagging pun tak bukak lagi. Temanya saja nak membuang duit beli spender.
So sejak Aleeya umur 8 tahun dia memang dah mula pakai spender aku yang masa kurus dulu.
Aku macam segan jugak tengok dia pakai spender aku, sebab dia aku kutuk aku kaw-kaw.
"Eeee... Spender mummy ada riben macam orang mandi kat laut tu laa.."
Kadang-kadang aku rasa nak sumbat je spender tu ke mulut dia.
Ewah-ewahhhh.. Ngata spender aku pulak.
Awak nak ngendeng spender orang, lagi nak kutuk macam-macam. Podah!


.....dan sekarang Aleeya dah mula rembat baju-baju aku pulak.


Gila seram hokey sebab budak tu muat pakai baju aku.
Aku ni dulu kurus sangat ke? Sampai budak umur 10 tahun muat pakai baju aku?
Ke, Aleeya tu yang besar sangat? Serius ke kitorang ni sama saiz??
Tapi takkan la dia muat pakai baju orang dewasa?

Nampak sangat aku ni pernah jugak melalui zaman-zaman jahiliah.
Pakai baju sendat-sendat nampak lemak tersentil-sentil, free hair, clubbing... Eh??
Hishhhh... Mana ada clubbing. Baju pulak mana ada sendat. Baju aku semua longgar-longgar.
Ala-ala muslimah sejati gituuuu.. Kahhhh!




Ni baju pertama yang berjaya Aleeya rembat sejak awal tahun 2014.





Yes, blouse aku pun dah jadik milik dia.
Walaupun fesyen macam makcik-makcik untuk Aleeya,
tapi aku pakai tetap nampak suwittt.
Hahahaha!!




Ni antara baju yang aku nampak slim gitu...
*arghhh.. It's killing me inside!!*




Baju ni masa aku dah gained weight balik. Tapi masih muat untuk Aleeya.
Pasrah la anak oiii.. Kena posing untuk mummy ni.
Hihihih...




Ehem..Ehemmm...
Ni baju hadiah dari scandal aku.
Dulu masa free hair, selalu gak pakai la baju ni.
Sekarang baju ni selayaknya jadi kain buruk je.
Tapi dah anak aku nak baju mickey ni, nah hambikk la!




Ni baju aku untuk lepak-lepak tengok abam-abam hensem main volleyball.
So kira baju untuk main sport la.
Padahal kau duduk tepuk-tepuk tangan tepi court je. Puiiii!




Aku suka kain baju ni. Tebal dan selesa pakai.
Sebab tebal jadi baju ni buat badan aku nampak fit.
Tak la nampak lemak gelebeh sana sini.
Padahal lemak aku punya la selambak tersentil-sentil.
Terima kasih la baju sebab berjaya buat badan aku nampak selimmmmm...





Baju coklat ni sama macam baju kuning New York tu.
Cuma baju ni pendek so nampak senteng sikit bila aku pakai.
Kalau angkat tangan kompem nampak tatoo & pusat bertindik. Opsss...
Ok tu aku tipu.

Aleeya pakai pun paras bontot dia je.
Dah macam jantan anak aku pakai baju ni.




Aku yang dulu bukan lah yang sekarangggg...
Dulu ku M, sekarang ku XXXXXXL.
Hoiiiii~

(nyanyi lagu Tegar sambil petik ukelele)



Meratab-ratib aku tengok baju aku telah berpindah milik ke Aleeya.
Bila la nak kurus ni oiiiii!!
Makan pulak tak henti-henti. Macam kebulur je gayanya.
Huhuuuu...


Ok, sebab tertekan tengok gambar baju sendiri,
Meh sini nak belanja gambar comel-comel & hepi-hepi.
Sejak akhir-akhir ni anak-anak aku suka mandi kat luar.
Tapi bukan mandi guna kolam plastik tu, just mandi siram-siram guna paip getah je.
Bila tengok diorang hepi-hepi mandi kat luar, terubat sikit stress aku.
Kononnya larrr...




Terpaksa mosaic kan bontot Ika.
Seksi yuuuu...




Sila fokuskan pandangan anda pada perut Aleeya.
Booolaatttt kan??
Dagu pun double triple layer.. Hahaha..





Ika : Ahhhhhh.. Bahagianya mandi..
Aleeya : Kakak... Cepat, nak air!! Mata adik pedih..
(kena bersabun & bersyampu dalam longkang.. Kang mati plak rumput karpet aku)



....tapi bila tengok gambar ni, nampak Ika yang selim tu buat aku lagiiiii nak meroyan!
Arghhhh!! Nak kurus!!!



Thursday, September 4, 2014

Ayam Vs Itik

Kat ofis aku sekarang ada 2 orang pelajar praktikal dari Universiti RajaBhat, Yala. Tahu Yala kek mano? Haa.. Yala kat Thailand. Student RajaBhat yang datang UKM ada seramai 30 orang dan dipecah-pecahkan kumpulan ke Fakulti dan Pusat di UKM ni. Dan kat sini kitorang menerima 2 kuntum bunga yang comel-comel.

Nama diorang Rokiah dan Leha. Haipppp, jangan nak gelak ye. Itu memang nama betul diorang. Nampak macam country gitu, tapi unik okkkkk... Setakat nama Natasha Qaireena Salsabila Umaira binti Dol, orang dah tak pandang ye! Pada aku nama diorang unik dan klasik. Klasik dan jelita ala-ala nama perempuan macam Melur, Mawar, Chempaka... Nampak ayu gituuuu. Eh?

Rokiah dan Leha ni kena praktikal kat sini selama 3 bulan dan kena berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Jadi kitorang kena bercakap sembang-sembang dengan diorang dalam Bahasa Melayu dengan betul. Aku rasa task ni agak susah untuk orang gila macam aku ni. Ye la, sedangkan sendiri yang berbangsa Melayu ni pun cakap terabur tunggang langgang, lagi ada hati nak ajar orang yang bukan Melayu bercakap bahasa ibunda? Aku rasa mau mati kejung budak-budak ni nak memahamkan ayat aku.

Diorang ni pandai la sikit-sikit cakap melayu. Even kat kampung diorang pun diorang berkomunikasi dalam bahasa Kelantan. Haaa.. nak royak guano pun boleh. Kecek hok yang mudah-mudah je la. Tapi masih lagi menjadi masalah sebab kitorang pulak tak reti nak cakap kelantan. Jenuh aihhhh!! Bila kitorang tanya, lain yang dia jawab. Bila dia tanya kitorang, kitorang pulak yang mati kutuk tak paham apa yang dia tanya. Dah memang sejibik macam ayam dengan itik bersembang. Tapi aku comel sikit laaa. Aku swan gituuuu.. Kahkahkahhhhh..


Ni swan. Comel putih gebu.
Haa.. Aku comel macam swan la.
*sila muntah hijo*



Kat ofis ni aku jadi swan sebab aku cantik, comel dan besar macam swan.
Orang lain amik watak itik sudah la. So ibarat swan yang jelita dikelilingi itik nila.. Kahkahhkahhh!!
*ok, sila sambung muntah berjemaah*


Budak Rokiah dan Leha ni rajin. Selalu tolong kitorang tanpa perlu disuruh-suruh. Sampai aku jadi letih tak tahu nak bagi kerja apa kat budak ni. Ye la, nak suruh berkomunikasi pun macam-macam masalah pulak yang datang. So kitorang suruh dia duduk diam-diam kat kaunter. Kalau ada orang datang, masa tu korang pandai-pandai la nak praktikal komunikasi BM kat situ. Tapi kalau foreigner yang datang, jawabnya kena speaking la korang.

Selain dari rajin, diorang ni kategori anak dara berbudi bahasa jugak la. Pagi-pagi datang keje siap salam cium tangan dengan semua staf perempuan kat ofis ni. Petang masa nak balik ada satu round lagi sesi salam cium tangan. Siap nak salam sembah ratu lagi kauuu! Punya la bagus budi bahasa budak-budak ni. Abang Fizi pun ada hati nak sambut salam awek-awek Yala ni. Ye laaaa... Mana tau raya tahun depan Abang Fizi boleh balik beraya kat rumah mertua kat Thailand. Puuiiii!




Elsa & Anna



Tadi lepas kemas stor, budak-budak ni tak tahu nak buat kerja apa, so dia datang ke meja aku.

Kak, ada kerja? Kami puah (aku dengar dia sebut 'puas').

Puas? Apa yang puas?

Kami puah....

Ah sudahhhh.. Apa yang puas ni??? Sekali Kak Pah tolong translate kan kat aku.

Ti... Puas tu bosanggg....... (maaf ye, ni bahasa ganu)

Lerrrrr.. Bosan ke?? Mati-mati aku ingat dia puas dikerjakan dek Abang Fizi & Abang Naje tu. Kahkahkahhhhh... (jangan marah Abang Fizi & Abang Naje....)

Then aku ajak diorang sembang-sembang kat meja aku. Ye la, praktikal komunikasi kan?? Harus la bercakap dan bersembang. Kalau berkomunikasi tapi tak bersembang, tu namanya cacat pertuturan. Pastu harus la keluar soalan-soalan general sebelum aku masuk ke soalan-soalan yang lebih spesifik seperti sudah bertunang? Lakinya orang mana? Nanti nak honeymoon kat mana? Jadi, sebelum budak-budak ni sawan dengan soalan cepu cemas aku, baik aku warm up dulu dengan soalan-soalan general.

Belajar amik ape? Diploma? Ijazah? Sarjana? Phd?
Belajar amik course apa?
Dah tahun keberapa?

Tapi masing-masing geleng kepala. Aku ulang balik soalan dengan perlahan-lahan. Ok, dah ada jawapan. Tapi jawapannya sekejap amik master, sekejap amik Phd, sekejap amik Bahasa Melayu. Jenuh aku nak paham. Diorang tak paham maksud peringkat yang aku tanya tu. Even aku sebut Bachelor, degree, master pun diorang tak paham. Aku nak guna bahasa apa lagi?? Kang aku keluar bahasa Urdu kang, nanti aku sendiri yang tak paham apa yang aku cakap.

Hujung-hujung aku suruh diorang tunjuk kad matrik diorang. Mana tau kot-kot ada info kat kad matrik tu. Boleh la selesaikan soalan kuiz aku tadi. Tapi bila dia tunjuk kad dia, aku rasa nak bunuh diri tengok kad matrik dia.........




Bahasa kat kad matrik ni, jangan kan itik & ayam. Tapi tenuk pun tak paham wehhh...
Menyesal minta diorang tunjuk kad matriks.
Menangis aku nak memahamkannya.....
*nyorok nangis bawah meja*





Tuesday, September 2, 2014

Ni kalau masuk pertandingan kompem menang

Ni saje nak citer ni. Ikut hati memang kadang-kadang boleh jadi sawan aku dibuatnya. Lebih-lebih bila anak-anak nak tidur sekali dengan mak ayah. Macam anak-anak aku, kalau diberi peluang memang diorang nak je tidur dengan kitorang. Tapi sekarang aku dah bagi pilihan. Hari sekolah korang kena tidur sendiri. Tak kisah la nak tidur kat bilik Ika ke, bilik Aleeya ke, nak tidur kat ruang tamu utama ke atau ruang tamu kedua ke.. Mana-mana pun tak kisah. Nak tidur kat dapur pun boleh. Aku tak de masalah. Janji bukan dalam bilik aku.

Nak tidur kat bilik aku masa cuti sekolah je. Kalau tak nak ikut pilihan tu, so korang sila la tidur kat mana-mana tapi jangan sekali-kali korang tidur dalam bilik aku dah! So pilih. Nak ikut cara aku yang pertama, or ikut cara aku yang kedua. Temanya dua-dua pilihan memang kena ikut cakap aku. Kahkahkahhh..

Puncanya anak-anak aku ni susah nak kena kejut bangun pegi sekolah. Masa bulan puasa senang je nak kejut bangun sahur. Aku tengah tung-tang tung-tang kat dapur, elok je diorang bangun & tegur aku "mummy masak apeeee...?" Tak ke melompat aku terkejut dengar suara budak kat belakang pagi-pagi buta tengah masak sahur? Kalau bab makan memang senanggggg je diorang bangun. Tapi kalau bab kena pegi sekolah, Ya Rabbi... Hazab betul nak kejutkan diorang! Sebab aku tak suka nak bising-bising masa pagi nak siap-siap pegi sekolah, so aku buat syarat time hari persekolahan kena tidur sendiri. Hari cuti je boleh tidur kat bilik aku sebab korang diizinkan bangun lewat. Tak payah aku nak tegang-tegang urat tekak nak kejutkan korang bangun tido.

(tapi selalunya time cuti aku yang bangun lambat.. Elok aku bangun tidur tengok diorang dah melekat depan TV tengok kartun. Hahahaha...)

Kalau anak-anak tidur dengan aku, selalu diorang kena tidur kat bawah. Hish, tak kosser la haku nak berhimpit-himpat atas katil dengan diorang. Melainkan kalau En Zul outstation, baru la diorang merangkak naik tidur kat atas katil. Tapiiiiiii... (ada tapinya jugak) aku susah nak tidur lena kalau ada budak-budak ni. Budak Aleeya ni gaya tidurnya, nauzubillah... Punya la ganassss!!! Habis disepak-sepaknya aku sepanjang malam. Selang 20min aku pekik mintak Aleeya kalih badan dia jauh sikit. Lepas 20min aku jerit mintak nyawa. Kalau dah tiap 20min aku kena jerit, kena pekik... agak-agak kau berapa panjang anak tekak aku terjulur esok pagi tu? Ular kalau tengok anak tekak aku pun boleh menangis hokeh.. Terjulur je anak tekak aku mengalahkan lidah ular.



*silent mode*



Aleeya memang tidur ganas sangat. Aku tak paham macamana Ika boleh tidur dengan aman selama 10 tahun dia tidur dengan Aleeya ni. Agaknya tidur mati budak Ika ni. Ke sebab alah bisa tegal biasa? Kalau dah hari-hari kena sepak terajang, maka Ika pun berdoa la tiap-tiap malam sebelum tidur, mohon diampun kan dosa nya dari Allah. Mana tau kalau kena terajang sampai ajal menjemput, sekurang-kurangnya dia dah mintak ampun dari Pencipta. Huhuuu...

Penah sekali tu masa aku duduk kat Cheras, Aleeya bagi penyepak dan terajang aku kaw-kaw punya. Dia bagi aku berdas-das tanpa henti. Sampai esoknya En Zul balik keje aku nangis-nangis mengadu kat En Zul. Bukan nangis sebab sakit sangat pun. Tapi menangis sebab mengantuk tak cukup tidur. Aku bior tak cukup makan, tapi jangan tak cukup tidur. Kang sepanjang hari kena amukan azazil aku.

Ni nak tunjuk macamana dasyatnya gaya bebas Aleeya masa dia tidur.
Harap-harap tak ada yang muntah berdarah tengok gaya dia ye...



Gaya ni biasa je ni..
Aku kalau time tidur tengah datang mood kungfu aku, memang naik kaki aku ke badan En Zul.
So memang menurun la ke anak-anak.
Tapi gaya diorang lagi menakutkan.




Nah, gaya bebas 1.
Ni namanya Gerakan Atas Bawah.
Setakat kaki kat peha member sebelah ape ada hal...
Ni dia bagi terus kaki ke kepala.
Amekawww!!




Gaya Bebas 2 :
Pakej Serangkai 2 Jurus.
Kenapa 2 Jurus? Sebab dia bagi pakej kaki dan siku.
Kaki dia hempap, siku dia hayun.
Kalau pakej ni memang kena pakai full spec protection.
Takut-takut pecah muka Ika kena siku dek Aleeya.


Ok, lepas aku snap gambar atas tu,
Aleeya terus tukar gaya tidur. Yang ni paling jahanam punya gaya.
Kalau dia tidur dengan aku, dia bagi gaya ni kat aku memang nak kena sumpah jadi peti ais budak ni.




Gaya Bebas 3 :
Jurus Merong Mahawangsa "HeadLock"
Kalau Aleeya main boxing, dia headlock kepala pihak lawan kompem menang terus!




1...2...3...4...5...6...7..8..9........10!!!
The winner is Motekkk!!



Kesian bebenor aku nengok si Ika ni.
Sampai sesak nafas sebab kena hayun kaki dek Aleeya ni.
Kaki kalau comel macam kaki model takpe la jugak.
Ni kaki besar gedabak macam untut gajah.
Berkilo-kilo kakinya melokek kek muko Ika ni.

Tapi gaya Ika macam selesa je peluk kaki untut gajah tu.
Sedap peluk kot.....



Aku risau kalau besar-besar nanti Aleeya bertemu jodoh & berkahwin,
nanti mendatangkan masalah pada suami dia.
Tengah-tengah malam menantu aku datang ketuk bilik nak tumpang tidur dalam bilik aku.
Dia nak tidur kat bawah sebab tak tahan asyik kena sepak dek bini mengganas dia tu.
Bawak-bawak la merubah Aleeya oiiiii...