Pukul 2pm kitorang sampai rumah Azmi (ofismate En Zul) kat Nilai.
Sebab dia orang klate, so menu dia memang base klate la.
Ada nasi kerabu, nasi putih lauk ikan tongkol masak gulai lemak dan laksam.
Lepas selesai kat rumah Azmi, kitorang gerak ke Bangi Seksyen 3.
Ofismate aku, Kak Sal buat makan-makan.
Ada nasi tomato, nasi hujan panas, nasi putih, lauk pauk, desert.
Terima kasih atas undangan.
Lepas makan aku hantar En Zul ke ofis.
Dia nak siapkan keje dia dulu.
Aleeya duduk kat ofis En Zul layan Running Man.
Aku & Ika gerak balik Gombak sebab nak amik surat aku dari USM.
Dalam pukul 7pm aku balik amik En Zul kat PPUKM.
Lepas maghrib kitorang ke Billion beli barang dapur.
Sampai rumah aku nak masak lauk paprik untuk budak-budak ni buat bekal makan tengahari esok.
Tengah aku sibuk potong-potong sayur & En Zul tolong aku cuci ayam yang baru beli tu, datang si Ika ngadu pasal adik dia buat perangai.
Well, Aleeya ni sekarang memang tengah melalui fasa kemanjaan nak datang bulan kot.
Pantang ada yang tak kena, asyik nak merajuk, nak menangis.
Letih dah aku & ayahnya nak melayan. Minggu ni je dah 2 kali dia buat hal.
Aleeya ni dari pagi semalam dia dah buat hal.
Asyik cari gaduh dengan kakak dia.
Aku malas nak layan dia, aku diamkan je.
Dalam hati aku memang dah nak meletup je.
Aku tunggu ayah dia balik keje, nak suruh ayah dia je yang setel down budak sorang ni.
Nasib baik masa kat open house dia tak buat onar.
Kiranya masa aku tengah potong-potong sayur, dia bentak dengan Ika.
Lepas Ika datang mengadu kat aku, aku naik hangin sebab Aleeya tak nak guna pencil case & botol air yang aku beli untuk dia. Amboi-amboiiiii... Jual mahal pulak.
Aku beli sebab nak pujuk kau. Dari pagi buat perangai bawak ke malam!
Lepas tu terus dia kurung diri dalam bilik dia. Dengar dia nangis.
Dia buat hal dah. Aku kalau dia tak menangis, mungkin aku boleh sabar lagi.
Ni dia dah mula meraung, ibarat nak mencabar kesabaran aku je gayanya!
Aku tengok En Zul geleng kepala terus sambung cuci ayam.
Aku dah tak tahan sebak, terus aku tinggalkan semua sayur atas table top.
Terus aku masuk bilik dan mandi.
Lepas siap mandi aku sarung je mana-mana baju & tudung, keluar rumah, start kereta dan drive away!
*kakak-kakak, adik-adik, mokcik-mokcik... jangan tiru aksi saya. Berdosa tauuuu!*
Aku drive ke Semenyih Central & parked kat depan kedai mamak.
Maklum la, kedai mamak doploh pat jam. Tak de la aku takut sangat.
Malu kot nak nangis kat rumah. Malu kat anak-anak.
So better aku bawak diri keluar rumah. Nangis la kau puas-puas.
Lepas tu En Zul dah mula call & sms aku.
Mummy pegi mana? Kakak nangis tengok mummy keluar rumah.
Mummy kat mana sekarang? Balik la mummy...
Mummy ada mana ni.. Balik laa..
Lebih kurang 20min aku duduk situ, tetiba Maklang sms aku.
Mak skrg tgh bukak Quran. Nak mengaji tiba2 air mata mak berderai. Apakah maknanya ni? Anak ku... Aku sayang kau.. Aku nak kau bahagia.
Ok, samada En Zul call Maklang tanya mana aku, or instinct Maklang memang kuat.
Macam tau-tau je aku tengah nangis. Aku tak balas sms tu.
Then Maklang wasap pulak, tanya aku masak apa malam ni? Dah makan ke belum?
Punnn aku diamkan jugak.
En Zul masih gigih call & text aku tanya bila nak balik.
Agak-agak dah pukul 12tgh malam aku dah start lapar.
Penat nangis wehh!
Nampak pulak abang beger jual beger otai. Terus order beger daging spesial.
Pastu aku singgah 7E beli air ice lemon tea & mineral water.
Melayang RM10 aku malam tadi. Kah kah kahhh..
Padan muka.
Lepas aku melantak beger daging spesial kat depan 7E, aku start mengantuk so sila balik ke rumah.
Suami kau tengah tunggu tu. Pi mintak ampun kat dia.
Aleeya tak de apa-apa, aku yang lebih-lebih nangis sampai bawak diri.
(elehhhh.. Kalau budak Aleeya tu pandai naik beskal ke, ada lesen nak drive ke.. kompem dia pun lari macam aku jugakkk.. Hehehee)
Sampai rumah aku tengok anak-anak & laki aku terbongkang kat ruang tamu.
Kesian diorang. Tido kat living room je diorang menunggu aku balik.
Aku ke dapur tengok makanan untuk esok dah siap masak!
Wahhhhh... Laki aku masak uolls!!
Tak sia-sia aku merajuk bawak diri. Terus pandai laki aku masak paprik!
Walaupun kurang menyerlah warna paprik En Zul ni, tapi rasanya sedappppp...
*ni kes sos tiram dah habis ni.. Haha*
Laki aku ni dari dulu lagi memang sembang kencang.
Abang pandai masak itu... Abang terror masak ni.. Ni kalau masak nak sedap kena taruk blaa..blaa..blaaaa...
Huh, semua benda kau reti buat. Tapi bila aku suruh, sekali punnnnn tak pernah masak!
Habis teror pun dia masak megi je untuk aku.
So malam tadi En Zul dah buktikan kat aku yang dia memang pandai masak.
Tapi kena ada syarat.
Syaratnya : AKU KENA MERAJUK BAWAK DIRI
Kalau setakat merengek-rengek, "abang... tolong masak... Mummy penat..."
Mintak mahap laaaa.. Memang dia takkan layan rengekkan aku tu.
So lain kali kalau nak suruh En Zul masak, aku kena siapkan bahan-bahan & terus lari bawak diri.
Sebab semalam aku dah siap potong semua bahan termasuk bawang-bawang semua.
Tinggal nak basuh & masak je lagi.
Kalau tahu dia nak masak, baik aku siapkan bahan-bahan nasi ambeng.
Teringin woooo nak makan nasi ambeng.
Balik dari merajuk tengok nasi ambeng dah siap terhidang.
Kah kah kahhh!
Bukak tutup kuali, tengok lauk paprik dah siap.
Cuit & makan 2-3 sudu..
Hmmm.. Sedap!!
Terus niat hati nak makan nasi pulak (padahal dah makan beger daging spesial tu).
Bukak periuk nasi nak kaut sesenduk dua......
Boifren aku lupa nak tekan button COOK!
Sekadar tekan suis kat dinding je.
So nasi pun sekadar kembang je tapi tak masak.
Memang gini la kalau orang lelaki yang tak pernah masak.
Ikut dan kau je la.. Janji beras dah masuk periuk!
.....terpaksa la aku tekan button cook & tunggu nasi masak.
Lepas siap, aku terus masuk tidur. Tak kosser aku nak makan nasi pukul 1am!
Penat.
No comments:
Post a Comment