Alhamdulillah hari ni aku lapor diri kat UKM. Pukul 6.55am aku dah keluar rumah. Saje buang tebiat nak datang awal. Sebenarnya aku nak tengok trend traffic ke Bangi. Kalau ikutkan hari ni aku sampai lebih kurang pukul 7.15am. Tu pun setiap traffic light aku kena benti sekurang-kurangnya 2 minit. Bawak kete pun tak laju, lebih kurang 60-70km/j dengan tujuan nak jimat minyak. Hahaha.. Motip sangatttt!
Sampai di parking kat Dektar, aku layan gosip dulu. Lebih kurang pukul 8.00am aku gerak ke Canselori. Makan nasi lemak lauk sambal telur dan milo ais dengan harga RM4.80. Kira ok la harga makanan kat Canselori ni. Kalau kat fakulti lain aku not sure. Harap-harap murah sebab boleh dapat harga student. Hahaha... Menyalahgunakan kelebihan status student. Agagaga!!
Lepas setel kat Pejabat Pendaftar dan Bendahari, pukul 10am aku terus ke Pusat Pengajian Umum (PPU). Alhamdulillah... Selepas sampai sana aku tengok parking banyak kosong. Legaaa.. So esok boleh la aku datang lewat sikit memandangkan parking banyak kosong untuk staff. Berdebar jugak aku nak ke pejabat am PPU. Macamana la keadaan kat situ ekkk...
Pusat Pengajian Umum (PPU)
Ni la bangunan kerja saya ^_^
Tu kete Ketua Pengarah saya.
Lepas aku sampai kat kaunter, aku perkenalkan diri. Then terus staff tu jemput aku masuk. Masa tu memang kedatangan aku disambut mesra staff kat sini. Alhamdulillah, kurang debar rasanya. Memandangkan Penolong Pendaftar tengah meeting, so aku disuruh duduk dulu di meja Pn Saodah (aku gantikan selepas dia pencen). Lepas aku berkenal-kenalan dengan hakak-hakak dan abam-abam kat situ, mula la diorang interview aku. Macam-macam diorang tanya. Standard la soalan diorang. Dulu keje mana? Duduk mana sekarang? Asal mana? Dah kawin ke belum? Dah ada anak ke belum? Bila diorang dapat tau aku dulu keje kat PPUKM, lagi syok diorang nak tanya macam-macam....
Apa yang aku nampak, bila newbie tu orang PPUKM/KKL/mana-mana jabatan yang sama pengurusan (UKM), so diorang lebih mesra untuk bertanya macam-macam. So much like a family. Kalau aku ni dari company swasta or institusi lain, diorang macam segan-segan nak beramassss mesra dengan aku. Siap ada yang cakap, "Ooooo.. HUKM ke.. Kira adik beradik la ni. Ingatkan dari company luar..."
See? Bila kita tau yang kita bersaudara tak kira la jauh ke dekat, bau-bau bacang ke, bau-bau bacing ke, kita lebih mudah mesra. Seolah-olah kita dah hapuskan satu gap antara kita. Nak sembang pun lebih mudah. Nak meramassss lebih lama pun lebih syokkk! Kah kah kahhhhhhh...
Ok, tak lawak.
Ni meja Pn Saodah a.k.a meja baru aku.
Lepas kemas-kemas atas meja, asingkan stationery yang aku nak guna, so ini la hasilnya.
Bawah meja masih berserabut. Maklumla, aku masih belum explore barang apa yang boleh usik.
Sebelum aku jumpa Penolong Pendaftar, jiran meja aku ni terus beramas mesra dengan aku...
Yati pandai kewangan tak?
Errr.. Tak jugak. Sikit-sikit tau la. Setakat PO, DO, invoice, quotation, tender tu penah la tau... Sebab dulu kat Cohort ada la buat sikit-sikit pembelian. Kenapa kak?
Rasanya nanti Yati kena buat kewangan. Sebab Kak Odah tu dulu buat kewangan.
(Gulp! Mati ler akuuu...... Huhuu Y_Y)
No comments:
Post a Comment