Monday, September 9, 2013

Tips untuk memanfaatkan 20sen :)

Wah, tajuk entri kemain lagi ilmiah! Padahelllll....!!!

Hahaha... Dah seminggu aku ulang-alik pergi kerja dari rumah baru. Sebelum ni pukul 7.40am keluar rumah, pukul 7.50am dah sampai. 10minit je perjalanan ke ofis. Tapi kali ni pukul 6.30am aku wajib keluar dari rumah. Kalau lewat 5min, alamatnya log in aku merah la hari tu. Kalau gerak pukul 6.30am, aku akan sampai dalam pukul 7.10am. Kira-kira ikut ilmu hisab lebih kurang 40min perjalanan. So aku ada lebih kurang 50min untuk aku berehat di ofis sementara nak menunggu waktu ofis hour. Walaupun aku sampai awal, tapi aku tak berani nak take risks untuk keluar rumah lebih lewat, sebab 5 min lewat keluar rumah akan drag masa aku sebanyak 1 jam! Takut kalau-kalau aku sampai HUKM lepas pukul 8am. Nanti buruk la rekod masuk kerja mak...

Selama 6 hari aku bekerja (Ahad lepas-semalam aku kerja hokeh. So kira 6 hari la aku bekerja minggu lepas), aku boleh share la tips untuk menjimatkan minyak kereta. Amboiiii mak tonnnn.. Mentang-mentang la minyak dah naik harga, terus keluar entri pasal tips jimat minyak. Hahaha... Pada yang tak kisah subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20sen, pi main jauh-jauh. Tak payah baca entri ni. Ni untuk orang yang poket kering macam aku je. Muahahaa...

Meh kita sembang pasal tips jimat minyak. Mungkin ada yang betul dari pengalaman aku. Tapi kalau point aku salah atau menyimpang dari fakta, mohon ampunnnnn!!


1. Share kereta.
Ok, point ni mungkin tak praktikal untuk semua orang. Tapi kalau ada kawan-kawan yang duduk dekat area rumah kita, apa salahnya kita share kereta kan? Tapi kat sini kena jelas ye. Kalau kau ada kereta, aku ada kereta, kena gilir-gilir bawa kereta masing-masing. Memang la minyak kita share sama-sama, tapi kena la consider roadtax kereta, service dan maintenance kereta kan? Kalau tiap-tiap hari kau lanyak naik kereta member je, kompem la cepat botak tayar kereta member tu. Tu belum cerita pasal service kereta tetiap bulan. Every month kereta member je yang masuk workshop sebab nak service. Kereta kau? Tersadai bawah porch! Pastu duit tol pun kena share jugak ye. Jangan bila dah sampai depan tol kau buat-buat tido pulak. Dah la naik kereta orang, pastu turunkan seat siap membuta sampai ke ofis. Member yang kena drive ni kompem boleh dapat kanser hati sebab sakit hati dengan kau lama sangat dah. Errr... Ada sesapa yang duduk dekat-dekat area rumah aku? Nak tumpang boleyyyy??

2. Guna kereta kecil
Besar kereta, besar jugak tank nya. Kereta besar ni lebih berat, jadi ia akan makan minyak lebih banyak. Selalunya kalau orang yang berkemampuan, tak de hal la nak pakai kereta besar. Kalau bulan-bulan nak bayar duit kereta tak sangkut, takkan nak bayar duit fuel pun nak mintak kat boss kan? Kalau kereta kecil, nak isi full tank pun tak ada la mahal sangat kan? Sebelum ni kereta aku kalau isi minyak penuh dalam RM80 (plus minus). Dapat dalam 8 bar termasuk reserved tank. Sejak minyak dikurangkan subsidi ni, aku isi RM50 cuma dapat 4 bar je. Satu bar lebih kurang RM13 dan digunakan untuk sehari sahaja. Ulang suara. Satu bar untuk perjalanan pergi balik sehari. Huhuhuuu... Rasa macam nak suruh En Zul belikan aku kereta kancil untuk kegunaan ke pejabat. Kereta aku manual, so boleh jadi sawan jugak la kalau dah sangkut kat jammed tu. Orang cakap kalau duduk area KL yang hazab dengan jammed ni, better pakai kereta auto sebab boleh jimat minyak. Tapi kalau untuk long distant direcommendkan pakai kereta manual. Bab ni aku tak berani nak komen apa-apa ye :p

3. Buka tingkap
Haaaa... Ini aku baru try dua hari. So far aku memang tak buka tingkap semasa drive. Sebab aku tak berani dengar bunyi angin whooo whoooo kat luar tingkap tu. Aku bukak ekon je sepanjang waktu. Bila nak buat try n error untuk penjimatan minyak ni, aku saja try bukak tingkap. Mula-mula memang ngeri sikit. Rasa macam nak tercabut telinga aku dengar bunyi angin tu. Siap turunkan tingkap sikittttt je lebih kurang seinci. Sakai. Hahaha.. Lagipun aku tak berani nak bukak luas-luas, takut En Perompak datang menjengah kat tingkap bagi salam, mana aku nak lari?! Aku keluar awal pagi, dan balik lewat petang. So far tak ada la panas sangat. Sejuk jugak la. Cuma bila drive buka tingkap ni, banyak la pulak aku makan asap! Hahaha :) Alhamdulillah, untuk satu bar aku boleh guna untuk sehari, tapi siap boleh jalan-jalan sikit singgah kedai. Sebelum ni 1 bar semata-mata straight pergi & balik kerja. Lagi satu kelemahan buka tingkap ni pada aku adalah dia boleh menyebabkan kita menjadi pekak secara perlahan-lahan. Sebab aku terpaksa buka radio kuat-kuat. Ye la, suara angin whooooo whooooo lebih kuat dari bunyi radio. Terpaksa la kuatkan volume. Kalau tak, memang sia-sia je buka radio tapi tak dengar bunyi sepatah haram pun!

4. Don't get over speed
Hihihi.. Point ni aku saje taruk hujung-hujung. Kalau nak jimat minyak, orang cakap jangan bawa kereta laju-laju. Yang aku pulak salah konsep. Kena bawa kereta laju-laju sebab nak elakkan jammed & sampai ofis awal. Padahellllll... Kau pecut ke, kau slow ke, traffic jammed tetapppp kena hadap! Memandangkan membawa pecut kereta laju-laju adalah sia-sia sajork, malah boleh mengundang kecelakaan kepada diri sendiri & orang lain (chewah ayat!), maka sila drop down your own speed ok? No more 140-160. Semalam & hari ni aku try bawak kereta dalam range 80-100. Well, as predicted memang kena hadap jammed la kan? But guess what? Aku sampai ofis pukul 7.10am jugak!! Sama waktu macam aku pecut gila-gila sampai berhenjut-henjut tetek aku. Esok lusa belum sempat aku jadi tua, kompem lanjut je tetek aku melayut ke bawah sebab berhenjut kereta laju sangat. Actually, ini pun ada kaitan dengan point seterusnya. Cuma kalau kita drive slow-slow, insya Allah pembakaran minyak lebih sempurna dan menjimatkan. Selain daripada kita dapat mengelakkan kecelakaan & saman speed trap. Hahaa :p

5. Kenali jalan pintas
Kalau dah hari-hari kau lalu situ, jangan la kau lalu sajork. Kau kena la alert keadaan lalu lintas & jalan raya kat situ. Selalunya kita boleh predict area mana yang boleh melambatkan perjalanan kita. Kat mana ada construction, area mana ada lubang jalan, tang mana ada pengecilan jalan. Semua tu kena ambil kira, dan sila hafal! Aku bagi contoh dekat tol Batu 9 Cheras ikut Highway Grand Saga. Dari Kajang menghala KL, kalau boleh jangan duduk di lane paling kanan apabila kita melepasi Giant Bt 9. Kenapa? Sebab orang ramai duk pancung kat depan tu untuk masuk ke laluan kontra menghala masuk KL di sebelah lane paling kanan. Jadi, kalau kau nak ke Cheras, better lepas Giant tu terus masuk lane tengah atau lane kiri. So tak ada la mengganggu laluan kontra tu. Faham tak? Ok, aku bagi contoh lagi satu. Kalau lepas Plaza Pheonix (sekarang nama baru Cheras Sentral), kita boleh ikut Leisure Mall atau boleh juga nak potong laluan ke PJ ikut Taman Connaught. Selalunya aku ikut Jalan Connaught. Kat situ pun boleh ikut laluan pintas :) Caranya kita masuk ikut jalan dalam Giant Taman Connaught. Tak perlu la beratur panjang kat jalan raya menghala PJ tu. Ikut jalan dalam cepat dan tak ada jammed. Jadi, bila aku bawa slow dan tak pecut, dengan mengenali jalan hot spot jammed mampu mempercepatkan perjalanan kita. Dan ia jugak menjimatkan minyak :) Ye laaa, tak perlu nak hadap jammed kan? Mesti la lancar je... Buktinya, hari ni aku bawa kereta dengan kelajuan maksimum 100km/j sahaja dan ikut laluan 'luar hot spot jammed', maka aku sampai tepat pukul 7.10am. Dan paling penting, aku sampai lebih awal dari En Zul yang merempit naik motor dia. Kahkahkahkahhhhh!!!!!!!


Dan yang terakhir, tips untuk menjimatkan minyak adalah dengan menaiki motor sajorkkkkk. Minyak jimat sehari RM5 je untuk full tank dan tak ada sangkut kat jammed. Siap boleh selit menyelit kat kereta lain. Tapi kalau hujan, kau duduk la berkampung kat bawah jambatan ramai-ramai.




Hello, bro. Tumpang lalu...

Kalau aku yang pakai seksi-meksi macam ni & bawa motor, kompem ramai yang eksiden sebab terkezutt tengok lemak badan aku tersentil-sentil! Agagagaa!!!




Macam ni kompem jimat minyak 200% hahaha..






3 comments:

  1. wahaha.. gambar last tu yg x leh tahan tu... kongsi ramai2...

    ReplyDelete
  2. gambar yang last kali tu yang x tahan tu... kekke...

    ReplyDelete
  3. hahaa.. nasib semua selim2.. kalau yati yg naik kompem patah 2 moto tu.

    p/s : sukanya dah boleh publish komen nad :)

    ReplyDelete