Tuesday, June 4, 2013

Holiday - Langkawi Island Day 3

29.05.2013

Hari ketiga berada di Langkawi. Kalau tak nak kena cukai atas barangan yang kita beli, kena la bermalam kat sana. Kalau tak bermalam, nanti kat kastam akan dikenakan cukai. So sila la simpan tiket feri masa datang ke Langkawi tu ye.

Hari terakhir ni tiada aktiviti yang best pun. Kitorang just shopping coklat je. Masa hari pertama kitorang beli coklat sikit je. Tu pun sebab kat bilik tak ada fridge. Nak mengharapkan aircond kasi coklat keras memang tak la kan? So terima kasih kepada bilik yang tiada fridge sebab aku tak gila membabi buta membeli coklat banyak-banyak.

Sepanjang aku jalan-jalan, aku rasa Coco Valley Sdn Bhd & Warisan adalah tempat yang murah untuk membeli coklat. Kedua-dua kedai ni terletak di sebelah Underwater World di Pantai Chenang. Kat situ ada sikit perbezaan harga dengan kat HIG. Walaupun beza tu tak banyak, tapi kalau dah datang Langkawi mesti la pulun beli coklat banyak-banyak kan? So kalau dah beli banyak, maka banyak la juga penjimatannya. Iye dak?

Sebagai contoh, kalau coklat Daim kat HIG jual 3 paket dengan harga RM45. Harga standard kan? Tapi kalau kat Coco Valley (CV) & Warisan harga dia cuma RM43. Beza cuma RM3, tapi kalau kau borong banyak-banyak, berapa RM kau boleh jimat kan?

Selain tu, coklat Ferrero Roche yang ada 16 biji tu, harga kat CV & Warisan pun ada beza jugak. So memang berbaloi la kalau beli kat situ. Aku suka makan Ferrero Rocher Rond Noir. Kat situ tak ada jual la pulak. Nak tak nak kena beli kat HIG jugak dengan harga RM26.90. Tapi kalau kat jeti harga dia RM34.90. Beza kan? Sangat-sangat! So far coklat tu je yang aku tengok. Coklat lain aku tak sempat nak survey, sebab bukan fav aku. Hehehee...




Coco Valley cuma bersebelahan dengan UW.
Aku promote kedai ni bukan sebab aku dapat komisyen, tapi sebab nak share dengan kawan-kawan.




Warisan ni pulak sebelah dengan Coco Valley.
Masa aku datang, kedai pun belum bukak lagi.




Coklat kegemaran terbaru - PEPERO.
Ada 3 jenis.
Biasa (salut coklat - kotak merah), Almond & Choc (salut coklat & badam - kotak hijau)
dan Filled with Soft Choc (coklat dalam biskut - kotak kuning).

So far fav aku kotak kaler hijau. Seyes sedap!!!

Murah je.. Kalau kat HIG jual kotak kecik dengan harga RM2.90.
Kat HIG cuma jual kotak besar kaler merah dengan harga RM15.90.
Kalau kaler hijau cuma ada kotak kecik.

So kita shopping di Coco Valley.
Kotak besar cuma harga RM15.50 (jimat RM0.40). Kat dalam ada 8 kotak kecik.
So dah jimat RM5 untuk satu kotak!
(RM2.50 x 8 = RM20)

Maka aku shopping coklat ni 10 kotak! Harga nya baru RM150.50.
Dapat 80 kotak kecik. Dapat makan la puas-puas!
Hahahaha!!



So tiba la masa untuk balik KL. Huhuuu.. Sedihnya nak tinggalkan Langkawi. Tapi sedih-sedih aku pun, tetapppppp dapat sambar satu set pinggan mangkuk. Macam biasa la, kalau aku beli pinggan mangkuk mesti bentuk square. Hahaha.. En Zul pun dah paham dah.. Senyap-senyap je aku melilau kat bahagian pinggan mangkuk lepas beli coklat kat HIG masa hari pertama. Selagi tak dapat satu set, selagi tu la aku duk tawaf kawasan pinggan tu. Nasib baik En Zul paham kehendak isteri nya. Harharharrrr...


Balik KL kena la singgah De Pauh Garden. Sedap makan kat situ. Suasana pun best. Kali ni kitorang order western. Dah jemu makan laksa katanya... Hehehe...




Jus honey lemon. Very refreshing!
Sedappppp!!!! Even aku tengok gambar ni pun aku terasa kecur liur dah!




Order kami :)





Ni Foot Long 12'. Ala-ala kebab.
Boleh tahan jugak la rasanya. En Zul mintak FL special, so ada jumbo sosej kat dalam tu.
Harga RM7.90



Chicken Chop - 2 set.
BBQ sause untuk Ika, Mushroom sause untuk Aleeya.
Aku tak minat Chic Chop yang luar dia ada kerak-kerak macam ni.
Aku suka yang biasa punya.
Tapi anak aku suka makan, so kira ok la kan?
Harga RM14.90




Sirloin Steak
Ni aku punya order. Rasa not bad. Cuma kurang moist.
Harga RM16.90




Burger Burung Unta. Ni tapau untuk makan dalam kereta.
Siap letak ikan bilis goreng kauuuuu.. Sedap jugak la.
Harga RM6.90




Tengah makan nampak PELANGI penuh :)




My PELANGI ^_^



Love,

6 comments:

  1. wah.. bleh buat travelog dah nie.. capture gambar pun cantik.. :)

    ReplyDelete
  2. gambar tu tak cantik la zam. pakai camera henfon je. teringin nak pakai DSLR.. huhu..

    ReplyDelete
  3. Hu.. phone Pn Yati 30x lagi canggih dari phone sy.. Nak DSLR, pow je En zul tu.. :P

    ReplyDelete
  4. pow En Zul? Klu awk nak tau, dia mintak DSLR sbg hadiah besday dia. So skrg sape yg pow sape? Hahahaa.... pakai apa pun x kesah, janji pandai amik gambar kan??? Kan??

    *teringat gambar ramai2 yg En Zul ambik kat Puteri Resort aritu. Guna DSLR tapi gmbr senget benget. Hancurrr.. Hahaha!!!

    ReplyDelete
  5. haha.. sbb tu dia mintak hadiahkan.. supaya dia bleh praktik guna dslr.. :P

    ReplyDelete
  6. haha.. bertuah la sgt nak mintak hadiah DSLR. sblum dpt dslr, prektik dulu guna kamera henfon. agak2 dah pndai pegang kamera br boleh psg angan2 nak guna dslr plak. hehe..

    ReplyDelete