Sunday, May 19, 2013

Welcome Back!

I think it was a bit late to wish Happy Mother's Day to all mothers around the world, especially to my lovely Mum. Hahaha.. Gila lambat update blog! Nampak sangat semangat aku ni hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam je nak berblogging. Tahi ayam pun masih panas lagi, tapi semangat aku dah keras kejung dah. Hahaha...

Ada sesetengah orang cakap sambut Hari Ibu ni haram, sebab ia nya sambutan orang Kristian untuk Mother Church. Tapi sebab niat aku nak meraikan Maklang, nak menggembirakan hati Maklang, so tolak tepi dan pegi mamppp la dengan Mother Church tu. Bukannya aku meraikan orang Kristian tu. Dan kalau ikutkan, tiap-tiap hari aku ingat kat Maklang. Buktinya, sebab wallpaper henfon aku ada gambar Maklang. Haaa... Ko hadooo???

Sebab birthday Maklang dekat-dekat dengan Hari Ibu, so hadiah kira pakej la ye. Aritu belikan mesin urut Gintell untuk Maklang. Bila mesin urut dah sampai, sekali dia mintak aircond pulak! Sebab bilik bekerja Maklang tu tak ada aircond. So memang panas sikit la. Hmmm.. Kenapa tak bagitau awal-awal? Kalau bagitau memang aku tak beli mesin urut tu. Aku belikan aircond.. Yang 2HP pun tak pe. Janji bila aku balik Gombak, aku boleh lepak dalam bilik kerja Maklang tu sambil bersejuk-sejukkan kat dalam tu. Hahaha.. Nampak sangat niat nak utamakan diri sendiri je, bukan untuk Maklang.

Last week i got two lovely cards from my princess. Ohemji! It was really surprised me! Oh, dear.. U shouldn't have.. And i really-really love them.




Nah, these are the lovely cards that i mentioned just now.
It's nice, isn't it?

The left was from Ika and the right was from Aleeya.




See... Ika gave me a voucher from Bizzy Body.
Oh noooo.. Ika nak suruh Mummy kuruskan badan ke? Huaaaa!!!
Its ok dear. I'll try my best untuk kuruskan badan ok?
*verangannnn*

Aku tanya Ika, mana dapat voucher tu? Dia cakap sekolah yang bagi.
(ntah-ntah En Zul yang suruh Ika bagi voucher ni kat aku. Cissss... Dalam maksudmu itu banggg)




This one was from Aleeya. Thank you my dear. I love you too sayang :)



From now onwards, aku kena rajin-rajin update blog. Kalau tak makin montok la jari-jari temban aku ni. Dah la malas nak buat keje rumah, keje kat ofis pun bertimbun-timbun. Yang aku tahu cuma makan..makan...makan!!! Macamana nak kurus kalau makan macam bela hantu raya??? Sekarang ni pun entri dah makin berkurang. The sedih part is since last Feb, setiap bulan blog aku tak sampai sepuluh entri pun!! Huhuuuuu.. Hape la nak jadi dengan aku. Makin malassss!!!

Tak pe la. Sekarang aku cuba untuk merajinkan diri. Kalau aku masih malas jugak, sila kutuk aku ramai-ramai. Tapi jangan kutuk depan aku. Sila kutuk jauh-jauh. Hahaha!




No comments:

Post a Comment