Wednesday, May 22, 2013

Siapa yang despatch ni? Aku ke kau?

Tadi aku ada meeting dengan sekretariat untuk post-mortem retreat. Tengah elok-elok berdiskusi, ada orang call aku.

Hello, saya dari Py*******. Saya nak cop PO untuk servis omron.

Ok, awak dtg la ofis saya.

Saya dah sampai PPUKM ni. Ofis cik kat mana ye?
(eh, sebelum kau datang, clerk kau tak bagitau ke kat mana ofis client ko? Main sergah buta-buta je ko datang??)

Ofis saya kat tingkat 7. Naik la.

Tingkat 7? Hmmm.. Boleh tak puan turun kat lobi bawak PO tu?
(Wah... wah... wahhhhh!! Sedap burit ko mintak aku turun. Kau ingat company aku bayar gaji aku untuk berkhidmat untuk kau?)

Saya tengah ada meeting ni. Awak naik je la ofis saya.

Lama lagi ke meeting tu? Pukul berapa habis?

Saya ada 2 meeting ni. Sekarang tengah meeting yang pertama. Meeting kedua sambung selepas selesai meeting pertama. Awak naik je la ofis saya ni.

Ok, saya naik. Nanti macamana saya nak cop PO tu?

Takpe, saya bagi staff kat front desk tu pegang. Nanti awak pegi je kat kaunter mintak PO tu.



Lepas 5 minit........


Hello, puan. Ofis puan tingkat berapa? Saya tak ingat la..

Tingkat 7!!!!!!!
(Mangkuk jamban ni pekak ke hape? Berapa kali nak bagitau ni?)



Aku rasa ni kali keempat company ni buat hal dengan aku. Kali ke ompek! Ompekkk!!!

Baca sini untuk entry dolu-dolu :
Entri 1
Entri 2

Tahun lepas pun dia hantar despatch bangang jugak. Berani-berani dia minta aku turun hantar barang tu kat dia. Hello... Ni siapa despatch sekarang ni? Aku ke kau? Slumber badak je bagi arahan suruh aku turun ke lobi, alasannya susah nak cari parking. Eh, masalah aku ke kalau kau susah nak cari parking? Kalau kau kena bayar tol ke, kena bayar parking ke, kena saman polis ke, semua tu masalah aku ke????

Tahun lepas masa kali pertama aku berurusan dengan company ni, aku redha je la kena turun ke bawah untuk hantar barang kepada dia. Tapi kali kedua adalah NO MORE... NO MORE..... NO MORE!!! Tak de nya kali kedua dah untuk kau. Kali pertama tak pe la sebab aku murah hati nak berjalan ke bawah. Pastu bila bagi muka sikit, kau naik lemak kan? Tiap kali datang HUKM mesti call aku suruh aku turun. Macam la aku ni kuli batak kau!!! Kalau kau ucap terima kasih satu hal la jugak. Ni tak, lepas ambil barang tu terus kau blah macma tu je sambil buat muka mintak dipijak! Dasar orang tak ada otak!!!

Tadi aku terus hantar email buat komen kat HQ dia. Pi mampsss la kalau diorang nak kata aku poyo ke, berkira ke, or whatsoever!! Aku client, dan aku berhak bagi komen atas servis yang diberikan pada aku. Kalau kau tak suka aku komen pasal servis kau, tahun depan jangan berani-berani dah nak call aku buat reminder untuk next service!

Eeee.. Geram aku hokeh! Dah la, mak nak balik pegi makan burger daging special. Biar makin montok badan mak yang kurus kering ala-ala Nasha Aziz ni. Muahahahaha!!!




No comments:

Post a Comment