Sunday, April 21, 2013

Happy 60th Birthday Mak! *kiss..kiss..kiss..*

Sabtu, 20.04.2013 - Penamaan Calon untuk Pilihan Raya Umum 13.

But the most important thing adalah hari kelahiran bonda tersayang!!!!


HAPPY BIRTHDAY MAK!


Pom!!! Pom!!! Pom!!!!!!
(insert fire crackers here)


Tak sangka mak dah memasuki umur 60tahun.
Rasa macam baru semalam celebrate besday mak ke 45tahun.
Masa tu mak cergas sangat. Kalau kat tempat kerja tu memang bergerak je memanjang.
Siap berlari-lari anak kat work station tu.
Ceeewahhh! Gila cergas!!

Sekarang mak dah tak berapa larat.
Selalu sakit lutut.. Kesian mak......

Tak apa mak. Sempena hari lahir mak, kami beli kerusi urut Gintell untuk mak.
Suka tak? Suka tak???

Tak sampai 5 minit kitorang on kerusi urut tu... 

Maklang : Benda ni kalau jual balik laku tak??


Hamboiiiiiiii mak!
Baru 5 minit je dah pasang angan-angan nak jual kerusi urut ni?
Agak la!!

Lepas siap-siap, kitorang ke Jeram untuk celebrate besday girl ni.
Paklang tak ikut. Dia ni memang susah sikit nak ajak berjalan.
En Zul pulak kursus 4x4 (4wheel drive), kena masuk hutan bagai. Lantak kau la bang...
Asal bukan kursus kahwin 4 sudah.


Otw ke Jeram, singgah minum Cendol Bakar kat Ijok.
Ramai orang, tapi tak seramai seperti selalu.
Selalunya sampai jalan jammed. Hari ni ok sikit.





Ini dia besday girl.
Muka sedih je sebab tak tercalon dalam penamaan yang bertanding dalam PRU13.
Hahahahahaha... Tak pe Mak, lagi 5 tahun akan datang kita masuk bertanding lagi ye.

(jenuh aku panggil suruh dia pandang camera. Elok dia toleh, tak tunggu terus pandang tempat lain. Jual mahal... Tu belum suruh senyum, macam nak kena bayar!)





Cendol dah sampai. Leen & Maklang minum cendol pulut durian.
Aku minum cendol biasa. Tak reti nak minum cendol ada pulut bagai.
(Maklang buat muka sedih lagi. Adoyaiiii Maklang!)



Lepas selesai minum cendol, teruskan perjalanan ke Jeram.
Sampai sana, restoran dah bukak. So pilih tempat dan order makan.




This year kitorang pilih Secret Recipe - Strawberry Vanilla.
Last year celebrate kat Terengganu aku pilih Creme Brule.
Harga whole cake RM120. Sedap... Kalau 1 slice RM10.
Memandangkan Maklang tak suka chocolate, so kitorang ambil cake ni.




Sebelum potong cake, harus la baca doa dulu.
Panjang gila doa Maklang. Sampai hilang konsentrasi aku.
Apa pun amin tetap amin... Hahahaa...




Apesal kecik sangat video Samsung S3 hah??
Baik hp Nokia aku dulu tu. Besar sikit video nya.






Muka Maklang tak nak senyum pun.. Aku rasa Maklang ni tak suka ambil gambar dengan Leen la.
Mungkin dia tak suka kat Leen kot.

Tak percaya?
Tengok bawah.




Muka macam kena paksa kan??
Muka takut-takut je nak pegang pisau tu.

Cuba kalau Maklang bergambar dengan aku??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*







Seeeeeee??

Ceria aje muka Maklang.
Sah!!! Kompem!!!
Aku memang anak kesayangan Maklang!!
Semua harta Maklang, tanah beribu ekar, barang kemas beratus-ratus berkilo-kilo, rumah-rumah sewa, kereta-kereta sewa, pelantar-pelantar minyak, simpanan beratus juta RM semua akan diwarisi oleh aku!

Hahahahhaa!!!!!
Leen, kau sila pergi jauh-jauh!




Ni menu makanan kitorang. Kitorang amik set untuk 5 orang makan.
Menu : Nasi, butterprawn, sotong goreng tepung, ketam pedas, tomyam campur, ikan siakap sweet sour, kerang bakar, ikan pari bakar, kailan ikan masin, air oren 1 jag & buah-buahan.

Harga RM160.00 sahaja.
Murah kan??
(aku makan kat PD sampai RM300. Padahal lauk sikit je...)




Butter prawn. Kerak-kerak telur ni kurang garing. Kalau garing akan jadi lebih sedap.




Sotong goreng tepung. Rasa macam guna tepung serbaguna KFC. Hahahaha...
Tapi sotong dia banyakkkkk sangat! Penuh satu tray.




Ni paling heaven.
Ketam masak pedas. Gila besar ketam ni! Memang puas hati!
Nasib baik besar, banyak isi dia. Kalau tak, sia-sia je aku mengokak ketam ni depan orang ramai.




Tomyam campur. Biasa je.. Aku bagi 3/5 bintang.




Kerang bakar. Dia bakar lama sangat kot. Sampai kecut isi kerang ni.
Kulit pun dah jadi ala-ala Miss Kenya dah. Rentung.




Siakap sweet sour. Dia goreng dengan tepung. So tak berapa garing isi dia.
Tekak aku suka yang garing-garing. So dapat 3/5 bintang je la.




Ni ikan pari bakar. Baru nak snap pic, Maklang angkat suruh bungkus.
Untuk Paklang katanya... Besar jugak ikan pari tu.
Tapi bakar dengan garam kunyit je, tak ada pes ikan pun.
Tak tahu la sedap ke tak?



Lauk yang tiada dalam gambar : Kailan ikan masin.
Oh, ada sikit gambar kailan kat ikan pari bakar tu. Hehehe...
Semua lauk kena bungkus bawak balik. Cuma butter prawn je yang selesai dihabiskan.


Aku la yang habiskan. Haha!






Selamat ulang tahun kelahiran Mak.
Semoga Mak panjang umur dan diberkati oleh Allah... Semoga mak diberi kesihatan yang baik & rezeki melimpah ruah. Halalkan segala yang Mak bagi kepada kami. Terima kasih atas segalanya.
Semoga Allah menjaga Mak sebaiknya... Insya Allah.
Kami sayangggggggg Mak!

Muah.... Muah... Muahhhhhhh...






No comments:

Post a Comment