Thursday, April 25, 2013
Penjara Pudu
Lately aku tengok kat FB ramai yang duk share cerita pasal Penjara Pudu.
Kononnya berhantu la, seram la...
Rupanya hujung-hujung cerita ada lawak. Mengong.
Aku teringat masa aku darjah 5 masa tahun 1997.
Masa tu Badan Pengawas buat lawatan sambil belajar di sekitar KL.
Dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti KL?
Antara tempat lawatan yang Badan Pengawas anjurkan adalah Penjara Pudu.
Temanya nak relate kan hukuman bagi pesalah dengan denda yang dikenakan untuk pelajar.
Nak buka mata pengawas tentang disiplin.
Poyo je kan???
Aku pun pegi la ikut rombongan tu.
Masa tu Penjara Pudu baru dibuka kepada umum.
Aku tak ingat samada dikenakan bayaran atau tak?
Sebab aku dah bayar siap-siap yuran kat cikgu, so aku tak pasti pulak pasal bayaran tiket masuk penjara ni.
Dalam cerita yang orang duk share kat FB tu, ada diceritakan pasal Bilik Terakhir.
Orang cakap bilik tu adalah bilik yang menempatkan pesalah untuk menanti hari hukuman gantung.
Kiranya macam esok nak hadapi hukuman gantung, pesalah akan ditempatkan di bilik tu hari ini.
Kat situ akan dengar pesalah tu menangis, meraung dan ada yang berdoa tak putus-putus.
Gila tak meraung? Esok kau dah tau nak ke tali gantung. Mesti la takut kan?
Kalau aku, mesti rasa nak pitam. Kalau boleh biar la gantung aku masa aku tengah pitam tu.
Sedor-sedor je dah 'selamat' ke alam lain.
Huhuhuuuuu....
Masa lawatan tu, aku berjalan-jalan ke bilik-bilik pesalah.
Kira macam sel-sel penjara la.
Bila masuk dalam bilik tu memang rasa seram.
Sebelum masuk ke dalam penjara, staff yang bertugas kat situ memberi amaran keras pada kitorang.
Jangan sesekali main pintu pagar sel penjara. Maksud nya jangan tutup pintu tu.
Sebab penjara ni dah beratus tahun umur nya. Takut-takut pintu yang berkarat tu kalau tertutup terus tak boleh nak bukak. Kang ada yang meraung sorang-sorang dalam sel penjara tu.
So aku pun berjalan-jalan melawat sel-sel tu.
Apa yang aku nampak banyak sel-sel yang mempunyai lukisan di dinding.
Ada lukisan masjid, muka perempuan, gambar muka anak.. Even gambar perempuan bogel pun ada.
Hish...hish..hishhhhhhh.... Tak sesuai untuk tontonan anak kecil macam aku. Ceewah!
Banyak gambar-gambar yang dipamerkan kat situ.
Gambar hukuman sebat sampai terkeluar isi-isi punggung pun ada.
Jenis-jenis kategori penjenayah pun ada.
Untuk mudah dikenalpasti, kategori ni di klasifikasi kan mengikut warna kolar baju.
Ada warna biru dan putih.
Kat situ pun ada cerita-cerita tentang penjenyah terkenal. Antaranya Botak Chin.
Tengok kat gambar dia, tak la botak pun orang nya.
Botak tu adalah singkatan bagi "Bantu Orang Tak Ada Kerja". Dan Chin tu memang nama asal dia.
Dia juga dikenali sebagai Robin Hood Malaysia. Dia ni kategori penjenayah kolar biru kot.
Sori, tak berapa ingat..
Kitorang juga dibawa ke kawasan mandi untuk banduan.
Kat situ diorang akan mandi beramai-ramai secara terbuka.
Kat tengah-tengah tu ada kolam. Banduan akan mandi di tepi kolam tu beramai-ramai.
Bukan berendam kat dalam kolam ye.
Sebelum kitorang balik, kitorang di bawa ke Bilik Terakhir.
Ye, Bilik Terakhir.
Adakah aku orang yang bertuah sebab dapat melihat bilik tu?
Oh, tidak.. Tak bertuah pun. Ngeri hokeh kat bilik tu.
Sejukkkk je rasa kat situ. Gelap...
Kat situ ada beberapa bilik di sebelah kiri dan kanan.
Bilik-bilik tu yang menjadi tempat menunggu hukuman gantung.
Di hujung bilik-bilik tu ada satu bilik untuk menjalankan hukuman gantung.
Bilik tu boleh di lihat dari luar sebab ada cermin kaca.
Dalam bilik tu ada tali gantung kat tengah-tengah. Besar sangat saiz tali tu.
Kalau leher terjerut kompem mati la jawabnya.
Sumpah seram tengok bilik tu. Meremang bulu roma.
Kitorang semua duduk kat tangga depan bilik-bilik kecik tu.
Kemudian lampu ditutup.
Gelap. Sunyi. Sejuk.
Gelap sangat-sangat sampaikan tak boleh nak nampak kawan yang duduk kat sebelah.
Tiba-tiba dengar satu audio yang kuat (guna microphone).
Terdengar bunyi besi pagar sel kat belakang kitorang tu di buka.
Then dengar pulak tapak kaki yang perlahan, dan semakin lama semakin kuat.
Bunyi tapak kaki tu seolah-olah orang tu lalu di depan kitorang.
Masa tu kawan aku dah mula pegang tangan aku kuat-kuat.
Then bunyi tapak kaki tu berhenti.
Terdengar pulak suara lelaki yang membaca satu teks.
Teks tu mengandungi nama banduan, kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang dijatuhkan keatasmya.
Seingat aku banduan tu lelaki (nama dia tak ingat).
Dan dia dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh tanpa niat.
Terdengar bunyi suara banduan tu mengucap.
Masa tu aku rasa nak menangis dah.
Memang rasa nak keluar dari bilik tu.
Lepas banduan tu mengucap 2 kalimah syahadah, suasana sunyi je.
Then terdengar bunyi nafas seseorang.
Perlahan-lahan... Dan semakin kuat.
Bunyi nafas banduan tu di tali gantung!
Tiba-tiba...
*bunyi sesuatu*
Banduan telah meninggal di tali gantung pada jam ****.
Dan tiba-tiba suasana menjadi terang.
Kitorang semua pandang ke hujung bilik, iaitu bilik yang ada cermin kaca - bilik penggantungan!
Kosong.
Tiada siapa-siapa.
Fuhhhhhh.. Berpeluh-peluh kitorang.
Sekali pandang kat kawan-kawan, ramai gila yang menangis!
Mahu tak menangis kitorang?? Ye la, memang seram duduk kat situ dengar rakaman audio tu.
Macam real weh!!!
Pastu semua bangun terus jadi senyap je.
Terus keluar, naik bas dan masing-masing jadi patung dalam bas.
Terkejut dengan audio tu kot.
Terus jadi insaf dan baikkkkkk je.
Hahahahha!! Bagus jugak lawatan tu. Kalau tak semua asyik nak jadi setan je.
Pengawas pun jahat jugak. Hahahaha...
Sunday, April 21, 2013
Happy 60th Birthday Mak! *kiss..kiss..kiss..*
Sabtu, 20.04.2013 - Penamaan Calon untuk Pilihan Raya Umum 13.
But the most important thing adalah hari kelahiran bonda tersayang!!!!
HAPPY BIRTHDAY MAK!
Pom!!! Pom!!! Pom!!!!!!
(insert fire crackers here)
Tak sangka mak dah memasuki umur 60tahun.
Rasa macam baru semalam celebrate besday mak ke 45tahun.
Masa tu mak cergas sangat. Kalau kat tempat kerja tu memang bergerak je memanjang.
Siap berlari-lari anak kat work station tu.
Ceeewahhh! Gila cergas!!
Sekarang mak dah tak berapa larat.
Selalu sakit lutut.. Kesian mak......
Tak apa mak. Sempena hari lahir mak, kami beli kerusi urut Gintell untuk mak.
Suka tak? Suka tak???
Tak sampai 5 minit kitorang on kerusi urut tu...
Maklang : Benda ni kalau jual balik laku tak??
Hamboiiiiiiii mak!
Baru 5 minit je dah pasang angan-angan nak jual kerusi urut ni?
Agak la!!
Lepas siap-siap, kitorang ke Jeram untuk celebrate besday girl ni.
Paklang tak ikut. Dia ni memang susah sikit nak ajak berjalan.
En Zul pulak kursus 4x4 (4wheel drive), kena masuk hutan bagai. Lantak kau la bang...
Asal bukan kursus kahwin 4 sudah.
Otw ke Jeram, singgah minum Cendol Bakar kat Ijok.
Ramai orang, tapi tak seramai seperti selalu.
Selalunya sampai jalan jammed. Hari ni ok sikit.
Ini dia besday girl.
Muka sedih je sebab tak tercalon dalam penamaan yang bertanding dalam PRU13.
Hahahahahaha... Tak pe Mak, lagi 5 tahun akan datang kita masuk bertanding lagi ye.
(jenuh aku panggil suruh dia pandang camera. Elok dia toleh, tak tunggu terus pandang tempat lain. Jual mahal... Tu belum suruh senyum, macam nak kena bayar!)
Cendol dah sampai. Leen & Maklang minum cendol pulut durian.
Aku minum cendol biasa. Tak reti nak minum cendol ada pulut bagai.
(Maklang buat muka sedih lagi. Adoyaiiii Maklang!)
Lepas selesai minum cendol, teruskan perjalanan ke Jeram.
Sampai sana, restoran dah bukak. So pilih tempat dan order makan.
This year kitorang pilih Secret Recipe - Strawberry Vanilla.
Last year celebrate kat Terengganu aku pilih Creme Brule.
Harga whole cake RM120. Sedap... Kalau 1 slice RM10.
Memandangkan Maklang tak suka chocolate, so kitorang ambil cake ni.
Sebelum potong cake, harus la baca doa dulu.
Panjang gila doa Maklang. Sampai hilang konsentrasi aku.
Apa pun amin tetap amin... Hahahaa...
Apesal kecik sangat video Samsung S3 hah??
Baik hp Nokia aku dulu tu. Besar sikit video nya.
Muka Maklang tak nak senyum pun.. Aku rasa Maklang ni tak suka ambil gambar dengan Leen la.
Mungkin dia tak suka kat Leen kot.
Tak percaya?
Tengok bawah.
Muka macam kena paksa kan??
Muka takut-takut je nak pegang pisau tu.
Cuba kalau Maklang bergambar dengan aku??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Seeeeeee??
Ceria aje muka Maklang.
Sah!!! Kompem!!!
Aku memang anak kesayangan Maklang!!
Semua harta Maklang, tanah beribu ekar, barang kemas beratus-ratus berkilo-kilo, rumah-rumah sewa, kereta-kereta sewa, pelantar-pelantar minyak, simpanan beratus juta RM semua akan diwarisi oleh aku!
Hahahahhaa!!!!!
Leen, kau sila pergi jauh-jauh!
Ni menu makanan kitorang. Kitorang amik set untuk 5 orang makan.
Menu : Nasi, butterprawn, sotong goreng tepung, ketam pedas, tomyam campur, ikan siakap sweet sour, kerang bakar, ikan pari bakar, kailan ikan masin, air oren 1 jag & buah-buahan.
Harga RM160.00 sahaja.
Murah kan??
(aku makan kat PD sampai RM300. Padahal lauk sikit je...)
Butter prawn. Kerak-kerak telur ni kurang garing. Kalau garing akan jadi lebih sedap.
Sotong goreng tepung. Rasa macam guna tepung serbaguna KFC. Hahahaha...
Tapi sotong dia banyakkkkk sangat! Penuh satu tray.
Ni paling heaven.
Ketam masak pedas. Gila besar ketam ni! Memang puas hati!
Nasib baik besar, banyak isi dia. Kalau tak, sia-sia je aku mengokak ketam ni depan orang ramai.
Tomyam campur. Biasa je.. Aku bagi 3/5 bintang.
Kerang bakar. Dia bakar lama sangat kot. Sampai kecut isi kerang ni.
Kulit pun dah jadi ala-ala Miss Kenya dah. Rentung.
Siakap sweet sour. Dia goreng dengan tepung. So tak berapa garing isi dia.
Tekak aku suka yang garing-garing. So dapat 3/5 bintang je la.
Ni ikan pari bakar. Baru nak snap pic, Maklang angkat suruh bungkus.
Untuk Paklang katanya... Besar jugak ikan pari tu.
Tapi bakar dengan garam kunyit je, tak ada pes ikan pun.
Tak tahu la sedap ke tak?
Lauk yang tiada dalam gambar : Kailan ikan masin.
Oh, ada sikit gambar kailan kat ikan pari bakar tu. Hehehe...
Semua lauk kena bungkus bawak balik. Cuma butter prawn je yang selesai dihabiskan.
Aku la yang habiskan. Haha!
Selamat ulang tahun kelahiran Mak.
Semoga Mak panjang umur dan diberkati oleh Allah... Semoga mak diberi kesihatan yang baik & rezeki melimpah ruah. Halalkan segala yang Mak bagi kepada kami. Terima kasih atas segalanya.
Semoga Allah menjaga Mak sebaiknya... Insya Allah.
Kami sayangggggggg Mak!
Muah.... Muah... Muahhhhhhh...
Saturday, April 20, 2013
S.H.I.Z.E.N.S
Dari mata turun ke hati.
Haaa.. Tu dia motto aku untuk entri kali ni. Sejak dua menjak aku sakit mata ni, memang berturutan la entri pasal mata. Jangan terkejut kalau lepas ni aku dilantik jadi model untuk produk mata. Hahaha.. Verangannn!!!
Semalam aku ke Wangsa Walk (WW) dengan Leen. Saja jalan-jalan cari hadiah untuk besday Maklang. Sebelum ni cadang nak beli barang kemas. Tapi memandangkan idea menghadiahkan barang kemas very old fashion, maka aku cadang nak beli mesin urut. Lepas survey kat internet, kitorang cadang nak survey barang Osim. Tapi sampai WW, terus masuk Gintel.
Ok, cerita Gintel aku simpan dulu.
Now nak story pasal produk dari Korea.
(mentang-mentang gaya Gwiyomi yang kiut miut tu tengah meletop, terus nak beli barang produk K-pop)
Hari tu aku baca gosip kat Beautifulnara pasa Jojo pelakon 29 Feb tu jadi duta produk Shizens. Tak ada yang special pun. Tapi sumpah tak sangka bila aku sampai WW, aku boleh jatuh hati dengan produk Shizens ni (habis la punah harapan aku nak beli compact powder Victoria Jackson.. Huhuu...)
Mulanya kitorang just try lipstick dia je. Lipstick tu kaler putih, tapi bila kena bibir dia bertukar kaler ikut warna darah kita. Alaaa... Product Nutrimetics pun ada. Even lipstic ikut kaler darah ni berlambak jual kat pasar malam. Tapi product Shizens ni mesti la ada specialnya kan? Lipstic yang ala-ala cream tu boleh buat blusher!
Wahhhhh.. Gila best!!!! Kaler dia pinkish-pinkish gitu. Nice je kalau sapu kat pipi. Kalau tersapu lebih sikit tak de la pelik sangat macam pipi badut. Hahahaa...

Ni tester dari product Shizens. Aku try semua ni. Memang best.
Harga pun best jugakkkkk... Beribu riban!!!
Let me introduce... From the left :
1. Scrub kaler biru
(ni macam jelly, bila gosok kat muka, kulit kering/sel mati akan tanggal macam tisu basah)
2. Toner Aqua Mist
3. Liposome (untuk menegangkan kulit)
4. Lip Tattoo (lipstick ikut kaler darah)
5. Eye liner
6. Eye Charm (untuk memanjangkan bulu mata)
7. Mascara
8. Moisturizer (extract Madu dan rose)
9. Compact powder (mengandungi alo vera)
Leen selepas make over. Muka dia kurang gelap & kurang berminyak.
Patut ambik gambar sebelum make over. Baru la nampak perbezaannya.
Berpeluh-peluh aku kat kaunter Shizens. Semua kerana make over punya pasal.
Haaa.. Sila lihat ke mata saya. Nampak tak bulu mata saya sedikit lentik?
Tak nampak? Tak pe.. Nanti saya tunjukkan yang lain.
(Ni mesti ada yang nak keji gambar aku. Silakannnn.. Aku tak main sentap-sentap. Hahah!)
Lepas hati berbelah bagi nak membeli product Shizens di tengah bulan, maka aku tegarkan hati untuk menyambar sebarang dua product ni. Leen ambik 3 products (bedak, liposome fair & eyeliner) campur dengan barang aku kat atas tu, harganya RM800++. Boleh bikin sawan aku nak membayarnya. Lepas bayar baru teringat nak tengok kalender gaji bulan ni. Huhuuuuu....
Tu pun bedak & liposome fair aku ambil set kecik. Kalau ambil set besar kompem mencecah ribu raban. Duit nak membayar harga kerusi urut Gintel mak lagi. Hadoiiiiii... Kalau la bulu-bulu kat badan aku ni laku, dan-dan tu jugak aku cabut satu persatu bulu aku ni pegi jual. Untung-untung boleh dapat RM3-4 ribu sedap jugak aku yang berbelanja. Hahaha!!
Ini Liposome Fair Refining Essence 7.5ml
Mengandungi esen mutiara, Vit E & Vit A untuk menegangkan kulit.
Sapukan sedikit pada muka, dan urut ke arah atas secara perlahan. Lepas sapu je dah nampak hasil.
Kulit serius jadi tegang!!! Masa staff tu sapu sebelah kiri, compared dengan sebelah kanan, memang nampak kulit sebelah kiri tegang! Ni bukan tipu ok. Kalau tak caya, sila la ke kaunter Shizens & try this product.
Memang boleh nampak kesannya serta merta.
Can u see the bubbles? Dulu aku pernah nampak benda ni kat somewhere.
Masa tu aku terfikir, "cantiknya krim tu bentuk bulat-bulat"
Tapi masa tu tak ingat pulak product apa? Mungkin product Shizens ni la kot....
Natural Pore Nutrient Foundation 3g.
Harga RM168. Kalau ambil set besar 12g harga RM200++, lagi untung la. Tapi tak ada casing bag baldu tu.
This foundation very differ from others. So far aku belum pernah jumpa foundation macam ni.
Selalunya kalau bedak foundation, tekstur dia memang macam bedak. Bezanya cuma kasar atau halus.
But this one tak macam bedak yang lain. Tekstur dia macam cream. Bukan macam bedak.
Errr... Faham tak maksud aku?
Line putih tu adalah aloe vera extract. Bedak ni jenis macam moouse.
Lembut je. Bila pakai tak berminyak. Nampak shining macam kulit gadis Korea.
Haaa.... Tak tipu tau!
Ni la punca kegilaan aku pada product Shizens ni.
Eye Charm 1g, harganya RM128.
Benda ni sebenarnya fibre hitam yang berfungsi untuk memanjangkan bulu mata.
Dan product ini sangat-sangat berkesan!!!
Staff tu hanya memakai pada sebelah mata, dan menampakkan hasil yang sangat ketara!
Dan aku pun mencubanya.. Buat pertama kali aku sangat-sangat berpuas hati.
Boleh nampak tak fibre tu? Sangat halus dan ringan.
Product ni boleh tahan sampai 1-3 tahun, bergantung kepada kekerapan penggunaannya.
Mascara 7g, harga RM69
Lip Tattoo 8ml,
Ni la dia lipstick yang ikut kaler darah tu.
Kaler asal dia putih, bila sapu ke bibir bertukar mengikut kaler darah.
Paling best, boleh sapu kat pipi jadi blusher. Pinkish tau!!
Sangat cantik kaler dia, neutral je..
Ok, sekarang nak tunjuk impak Eye Charm.
Jeng.. Jeng... Jengggggg!!!
(korang jangan gelak tau.. Aku belasah je ni..)
Ni mata aku. Bulu mata sangat nipis. Boleh kira je ada berapa kat situ.
Hahahahaha.....
Hmmm... Mata aku masih belum pulih sepenuhnya dari viral.
Tak pe la, Shizens punya pasal, belasah je la ye....
Mula-mula sapukan mascara. Sapu biar rata. Aku sapu atas je.
Sebab nak nampak bulu mata atas yang panjang.
Sapu... Sapu... Sapu....
Haaa... Nampak tak? Nampak tak??
Ni ha dah sapu mascara. Hitam kan??
Mintak maaf la. Aku tak berapa pandai pakai mascara.
Serabut je kan?? Hahahaha...
Now, sentuhkan Eye Charm pada bulu mata.
Peringatan : Cuma SENTUH kan sahaja ye... Jangan sapu pulak..
Touch sikit-sikit je...
(nampak tak fibre hitam tu jatuh kat hidung aku?)
Lepas sentuh Eye Charm, sapukan semula mascara untuk lekatkan fibre tu pada bulu mata.
Ulang sentuh Eye Charm & mascara sehingga mendapat panjang bulu mata yang dikehendaki.
*1 layer Eye Charm pun dah boleh nampak hasil
Aku buat 2x Eye Charm (2 layers) dan ini hasilnya :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Panjang & lentik kan?
Tak perlu pakai penyepit bulu mata or bulu mata palsu.
Ni kalau Rozita Che Wan nampak mata aku, kompem dia menangis!!
Hahahaha.........
(kalau muka berminyak, dia takkan comot. Nak bersihkan senang je, sila la ambil wudhu, insya Allah boleh tanggal. Hehehehee... Maksud aku basuh dengan air je)
Milik siapakah mata ini....??
Ini la rahsia kecantikkan gadis Kpop!
Hehehehe....
Apa lagi, jom la beli Eye Charm...
p/s : aku bukan duta Shizens, tapi Jojo. Dan aku tak dapat komisyen pun buat entri ni. Sekadar nak kongsi benda best je.. Kalau ada sesapa tak suka, ADA AKU KESAHHHHH??
Hahahaa.......
Sebelum aku tido, nak tunjuk satu benda pasal mata.
Aku sakit mata sejak Selasa lepas.
Aku ke Klinik Warga untuk minta ubat mata.
Sekali doktor bagi ubat ni.
Lepas aku kelebet-kelebet botol normal saline tu, aku tengok logo ubat titis tu macam familiar.
Lebih-lebih lagi masa musim PRU13 ni.
p/s : nama aku mengundi kat rumah Maklang. Tapi rasa malas nak pi buang undi. Hehee...
Wednesday, April 17, 2013
Serangan Virus Bertubi-tubi.
Minggu ni adalah minggu yang paling malapetaka pada aku.
Mana tak nya, minggu lepas aku demam, selsema & batuk. Itu pakej okeh!
Dah makan ubat pun still melarat sampai ke minggu ni.
Pastu tak pasal-pasal semalam mata kanan aku merah-merah.
Ingatkan sebab terlebih tidur (ok, bab kuat tido ni memang mak ngaku la).
Sekali sampai ke petang, sampai ke malam mata duk merah.
Siap gatal-gatal. Pagi ni tengok dah berjangkit ke mata sebelah kiri pulak.Stress mak tau....
Kalau aku tak tonyoh, kurang la sikit merahnya tu.
Tapi kalau aku tonyoh mata macam nak giling cili guna batu penggiling memang merah sesangat la.
Semalam kemain lagi merahnya. Macam jerangkung pun ada.
Eh, macam la penah jumpa jerangkung. Huhuuuu....
Pagi ni aku nak ke klinik Warga. Nak mintak ubat yang paling kuat.
Sumpah aku merana nak tidur sebab hidung tersumbat.
Semalam aku balik kerja pukul 11.30pm.
Lepas mandi, dalam pukul 12 malam aku masuk tidur.
Tapiiiiiiiii.... Pukul 2.30am baru dapat lelap mata.
Itu pun sekejap-sekejap terjaga sebab selsema & batuk.
Eiiiiiiii.. Stress sangat tau!! Tu yang pagi ni tekad nak gi klinik walaupun aku malas.
Kalau dapat ubat selsema yang kuat tu, lepas makan seminit dua, terus tidur.
Pastu membuta tak sedar-sedar dah.
Jalan sampai terus 'jalan' sudah la.

Pagi ni mak cuba sedaya upaya untuk tidak menggaru mata mak.
Dan mak berjaya mengurangkan kadar kemerahan. Hehehe...
Pagi ni aku nak ke klinik Warga. Nak mintak ubat yang paling kuat.
Sumpah aku merana nak tidur sebab hidung tersumbat.
Semalam aku balik kerja pukul 11.30pm.
Lepas mandi, dalam pukul 12 malam aku masuk tidur.
Tapiiiiiiiii.... Pukul 2.30am baru dapat lelap mata.
Itu pun sekejap-sekejap terjaga sebab selsema & batuk.
Eiiiiiiii.. Stress sangat tau!! Tu yang pagi ni tekad nak gi klinik walaupun aku malas.
Kalau dapat ubat selsema yang kuat tu, lepas makan seminit dua, terus tidur.
Pastu membuta tak sedar-sedar dah.
Jalan sampai terus 'jalan' sudah la.
Monday, April 15, 2013
Jangan biarkan MALAS bermaharajalela dalam badan!
Yuhuuu...
Rindu kat mak tak? Lama mak tak berblog. Rasa macam nak tutup terus je blog ni. Malas nak update apa-apa dah. Tu belum bab masak-memasak. Lagiiiiii la malas! Kalau bab carut-mencarut tu memang la ada, tapi belum sampai tahap nak update ke dalam blog laaaa....
Tak tahu la, sekarang ni memang busy sangat. Kadang-kadang balik lewat malam. Biasa la, mak kan kuli je. Bukan bos besar pun. Mak tengah nak kumpul cuti untuk exam ni. Mak ada 2 assignment yang belum siap. Tak tahu la larat ke tak nak siapkan assignment tu. Ikutkan hati mak yang keras kematu tu, macam nak biarkan je assignment tu tak bersiap. Tapi bila fikir-fikir balik macam rugi plak buat macam tu. Baik mak upah orang je buatkan untuk mak.
Ada sesapa nak amik upah siapkan assignment aku tak? Hehehe...
Dah lama aku tak jumpa Nadia. Last masa amik buku aku kat rumah dia. Selalunya dalam sebulan or dua bulan sekali aku keluar hang out dengan dia. Tapi sekarang ni masing-masing macam senyap je. Mungkin dia pun busy jugak kot. Takpe la, mungkin ada masa nanti boleh keluar sama dengan dia.
Aku sebenarnya tengah lenguh tangan ni. Sabtu lepas Cohort ada buat pertandingan futsal (staff lelaki) dan badminton (staff perempuan). Aku ni beregu dengan Saly. Baru main set pertama dah kalah. Hahaha.. Dasarrrrrr tak reti main! Walaupun aku cuma main 1 set game je, tapi lenguh nya satu badan weiiii!!! Memang penat. Even sekarang ni aku tengah taip entri ni pun dah hazab sangat rasanya. Macam nak tercabut jejari montok aku ni. Sumpah penattttttttt!
Ok la ye.. Aku memang ada benda nak cerita, tapi sebab jari ni lenguh sangat sampai ke bahu, maka aku hold la dulu ye.. Cisss, macam janji-janji yang lepas. Beriya nak cerita, asyik hold je memanjang. Hujung-hujung terus lupa nak cerita. Hahaha!
Daaaa~