Tadi aku keluar dengan En Zul membeli paip sinki dan pintu bilik air. Macam biasa kitorang ke Puchong la. Kat sana memang banyak pilihan dan murah. Ok, sebenarnya tak la murah sangat. Tapi kira ok la kalau nak banding dengan tempat lain, ada la perbezaan harganya tu selain dapat memilih design yang terkini.
Lepas selesai beli barang, cadang nak singgah IOI Mall. Sebab aku dah aim Red Box kat situ. Teringin sangat nak buat paduan suara dengan En Zul. So aku gedik-gedik la ajak En Zul ke IOI Mall. Tapi orang tua ni nak ke Cheras Selatan pulak. Ok la, aku ikut je la. Asalkan dapat karok. Yihaaa!
Sampai kat Jusco, terus beratur membeli tiket wayang. Aku nak tengok Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. En Zul ajak tengok A Good Day To Die Hard. Senang cerita tengok dua-dua. Amik tiket HMJPT pukul 9.50pm, then tiket AGDTDH pukul 11.30pm. Kira midnite movie la ni... Rasa-rasa aku la kan, sejak aku kawin dengan En Zul, kitorang tak pernah tengok midnite movie. Sebab kitorang lebih suka tidur berbanding menjadi koala bear.
Kalau zaman sebelum kawin, memang kitorang akan layan movie sampai midnite, sebab nak spend masa sama-sama, nak tengok muka masing-masing. Setakat dating 5-6jam sehari memang tak puas! Padahal tiap-tiap hari kitorang jumpa! Punnnnn masih tak puas nak tatap wajah kesayangan ni. Tapi sebab dah kawin, dah halal bak kata orang, maka spend masa tu sentiasa ada untuk kami. Tak perlu nak midnite-midnite dah. Janji aku ada depan mata dia, dia ada depan mata aku.
So, back to the story. Kitorang amik tiket midnite sebab fikirkan esok kitorang dua-dua bercuti. Apa salahnya kan. Ummm, sebenarnya masa petang tu tiket kedua-dua movie tu dah clash. Sebab tu kena amik midnite movie untuk tengok dua-dua wayang. Tak kena mengena spend masa bagai tu hah!
Hahaha.. Ok, aku sengaja merepek malam-malam buta ni.
Lepas beli tiket, kitorang ke Green Box. Tak dapat Red Box, kaler hijau pun jadi. Pakej dia lebih kurang je macam Red Box. Kalau RB, harga RM22 untuk sekepala, nyanyi 3 jam dan dapat 2 gelas minuman setiap orang. Then dapat 2 cups of snacks. Tapi kalau GB, harga RM28 sekepala, nyanyi 3 jam dan free flow for drinks & snacks. Means, minuman & snacks adalah percuma untuk berapa kali top up. Haaa.. Untuk orang macam aku yang kuat makan & kuat minum air ni, memang sesuai sangat pakej GB ni!
Hari ni aku sorang je belasah 3 cawan Coke, 2 cawan ice lemon tea, 4 cup of snacks.
Dasar perut buaya kan? Haha...
(nasib la En Zul nak membela aku ni.. Bini kuat makan! Hehee...)
Lepas puas menyumbang suara, kitorang makan kat food court. Then ke kedai buku Popular. Haaa, ni la motif nak cerita kat entri ni. Tadi aku beli set buku rampaian. Ingat lagi tak apa itu buku rampaian? Ala, buku latihan tu.. Buku tulis la senang cerita! Ha, aku beli buku tu. Then aku beli buku rujukan Prinsip Perakaunan. Aku kena sedar diri. Aku selalu tuang kelas Prinsip Perakaunan, so kena la beli buku rujukan kasi paham apa yang kena belajar. Pastu aku beli 4 buah buku Word Search untuk Ika. Sebab hari tu dia mintak beli kan buku tu. Nah, mummy beli 4 buah terus. Kau cari la perkataan tu sampai lebam!
Lepas kira-kira (rounding), harga semua tu RM50. Ha, cantik lah! Cukup-cukup la nak guna 1 baucer je. 1 keping baucer kan bernilai RM50, kira ngam la tu. So aku ke kaunter.
"Akak nak guna baucer ke?"
"Ye, cukup kan semua ni untuk 1 baucer?"
"Jap ye, saya tengok dulu. Akak ada kad ahli?"
"Ada."
"Oh, kalau ada, baucer ni ada baki lagi kak. Sebab semua ni ada diskaun."
"Pulak dah? So berapa baki? Baki dapat cash tak?"
(tahun lepas baki dapat cash, so tahun ni nak cuba nasib la. Hahaha)
"Baki dalam RM5 lebih. Akak tambah la alat tulis ke, buku untuk anak akak ke..."
"Ok, jap akak pergi cari alat tulis."
After a while....... (biasa la, aku kan gajah siam, berat sikit nak berlari-lari ni. Muahah!)
"Nah, 2 highlighter ni harga RM6 lebih. Yang baki tu akak tambah cash ye..."
"Hmmm.. Kak, highlighter ni pun ada diskaun. Akak kena tambah barang lagi harga RM1 lebih untuk cukupkan baucer.."
Arghhhh!!! Diskaun memanjang! Apesal susah sangat nak cukupkan harga ni? Dah la sekarang ni ada kuota. 80% kena beli buku yang related dengan study. Lagi 20% baru boleh beli barang-barang lain like CD, stationery or whatsoever. Pastu kalau ada baki, kira burn gitu je. Tak boleh dapat cash money. Apesal la diorang buat kuota ni? Ni mesti ada student yang salah guna kan baucer tu, beli benda yang bukan-bukan. Kompem ni, kompem!!! (aik, macam cakap pasal diri sendiri je...??)
"Tak pe la dik. Burn je la singgit lebih tu. Akak malas dah nak ke bahagian stationery tu. Ramai orang."
"Takpe kak. Dalam bekas ni ada alat tulis, akak pilih je..."
(sambil tunjuk bekas kat aku, bekas tu penuh dengan pen, highlighter, pencils.)
Bengong! Kalau kau tunjuk aku bekas tu dari tadi kan senang. Tak de la aku susah-susah nak menyelit kat orang ramai tu semata-mata nak ambil highlighter untuk cukupkan harga baucer tu! Bengongggg arrrr!!!!
Now, 1 keping baucer dah setel. Ada 4 keping baucer lagi nak setelkan. Any ideas? Nak beli buku anak-anak pun tak tahu apa jenis buku dah? Buku masakan? Yang tahun lepas punya pun tak bukak lagi! Masih dalam bungkusan. Membeli je sakan, guna nya tak! Aku la tu, bukan orang lain.
Serius, aku tak tahu nak beli apa? Buku rujukan? Sedangkan buku teks yang USM bagi pun aku tak baca. Buka pun masa datang intensif. Kalau tak intensif, memang tak buka la jawabnya.
Dasar pemalas.
No comments:
Post a Comment