Saturday, January 19, 2013

Semua masuk dalam satu entry. Jimat.

Salam Kemenangan Jozan!!

Yes, aura kemenangan Jozan masih membara. Mak suka sangat bila Jozan menang.
Walaupun Mak tak minat Zizan, takpe.. Diorang kan satu team.
Zizan pun banyak membantu Jozan untuk kekal di no 1 semasa Johan admit ward.
Khennnnn??

Ok, stop cerita pasal MLM.
Nak sembang-sembang pasal aktiviti aku sepanjang minggu ni.
Sebenarnya aku malas nak update satu aktiviti untuk satu entry.
Penat la nak taip banyak-banyak.
Karang bengkok jugak jari runcing Mak ni.
Eh?

Ahad lepas aku, En Zul, Maklang & Princess pergi Nilai 3.
Nak beli langsir untuk rumah baru.
Hm, hampir setahun renovate rumah tu. Baru boleh pindah.
Agak bengang la dengan kontraktor rumah kitorang tu. Lembab!

So insya Allah bulan 2 or bulan 3 kitorang move in.
Sebab tu kena buat langsir dari sekarang.
Aku mintak Maklang je buatkan untuk aku. Murah sikit bayar upah jahit.
Kira dalam bil harga jahit langsir & baju kurung aku 4 pasang.
Hahaha!

Lepas kitorang ukur tingkap rumah baru, kitorang ke Nilai.
Belum beli apa-apa barang kereta dah penuh.
Dengan anak-anak aku yang duk terlompat-lompat.
Haisshhh.... Maafkan kami, Maklang.
Agaknya terkejut orang tua tu nengok cucu dia perangai macam ni.

Sampai je Nilai, kitorang tak pergi survey dah.
Nampak je kedai, terus masuk.
Then kira jumlah kain yang diperlukan dan terus pilih material.
Haaa... Apa motif pergi Nilai yang banyak kedai dan banyak pilihan, tapi tak buat survey pun?
Baik aku pergi Nagoya je.
Dekat je, pastu tak payah pening-pening nak masuk banyak kedai.
Huhuuuuuu...


*gambar kat bawah ni Aleeya yang snap. Gila buruk!*


Pink is a must!




Ni bukan contoh langsir yang aku beli.
Contoh kain langsir yang aku beli si Aleeya langsung tak snap pic.
Bertuah punya budak. Hm, tunggu la langsir siap baru aku tunjuk ok.




Aku tak sure apa nama kedai ni.
Tapi kedai ni betul-betul depan surau.
Ok jugak la harga yang dia bagi
(eh, kalau dah tak buat survey, mana aci nak cakap ok kan??)

Contoh :
Harga asal RM15.90 semeter, dia bagi RM9.00 semeter.
Kain yang kitorang beli 7.5m, dia bagi harga diskaun.
Lepas dia bagi diskaun, dia potong kain 7.5m tapi masuk bil dengan harga 7m je.
Untung la 0.5m kat situ....


Total harga kain sahaja RM800.00++
Pengsan!!!!!

Tu belum harga harga pad langsir, reel 2 panels (sebab kitorang buat night curtain & day curtain, so kena pakai 2 reels la), belum masuk harga kayu penyangkut, harga hook, harga manik juntai-juntai, harga clamp/cekak langsir. Dan tak lupa, harga upah jahit! Nasib baik mak kesayangan sendiri yang tolong jahit. Jimatttttttt duit aku. Tenkiu, mommy!!!! Luv yu so muchhhhh... 
*cium pipi kiri & kanan*

Ok la, ni pendapat aku pasal Nilai 3.

Terus terang aku rasa aku tak sesuai datang sini.
Sebab TERLALU BANYAK sangat kedai.
Dan kebanyakkan barang jualan pun lebih kurang sama je dengan kedai lain.
Sebab aku ni jenis tak suka nak menapak dari satu kedai ke kedai lain, better tak payah pegi la Nilai 3 ni.
Cuma apa yang aku rasa, kat sini kalau kau pandai cakap dan pandai convince orang,
mungkin kau boleh dapat beli dengan harga yang murahhhhh sangat!

Bila terlalu banyak kedai, kalau aku survey pun, belum tentu aku puas hati beli barang tu.
Contoh la masa sebelum aku kawin dulu, aku datang dengan En Zul nak beli set cadar pengantin.
Mula-mula masuk kedai ni, harga satu set RM650. Macam mahal je? Pergi kedai lain.
Kedai kedua harga satu set RM450, tapi plain. Tak de corak. Pergi kedai lain.
Kedai ketiga harga RM380, tapi kaler yang aku nak tu tak ada. Pergi kedai lain.
Kedai keempat, kaler yang aku nak ada, harga RM500 lebih boleh nego. Tapi saiz King tak de.

Pergi kedai lain!

(untuk makluman, kat Nilai memang SUSAH nak cari cadar saiz KING! Tak tipu ni.)

Jumpa kedai ke lima, saiz ada, kaler ada, corak pun cantik, tapi harga RM799!
So nak cari balik kedai first tadi yang harga RM650 dah tak jumpa dah!
Lupa nama dan lokasi kedai. Takkan nak buat survey balik setiap kedai???

Kan buang masa? Pastu kasi bikin hati panas.
Sebelum balik kitorang beli set cadar harga RM480. So aku mintak 2 bantal & bolster free. Lantak!
Nak mintak bantal pun siap rayu-rayu. Sebab tak nak rasa rugi punya pasal.
Beli mahal-mahal, tapi guna cadar tu sekadar 1-2malam je!
Ye la, tak nak la aku pakai cadar pengantin untuk malam-malam biasa.
Rugi je beli mahal-mahal, tapi hujung-hujung simpan dalam lemari.

Eeeee... Geram! Last-last balik KL singgah SOGO sebab ada SOGO CARD Sale.
Harga set cadar yang harga RM700 lebih dapat diskaun 70% jadi harga RM150 je!
Terus aku sambar 2 set, saiz king untuk aku, saiz queen untuk Maklang.
Siap dapat free bantal 4 biji. Dapat, ok! Bukan mintak.
Masa tu aku angkut set cadar sambil jalan mendongak ala-ala model.
Sangat puas hati!!

So next time, kalau benda yang mudah dapat kat KL, baik beli je kat KL.
Walaupun terpaksa beli secara online. Janji kau tak penat, tak buang masa dan tak sakit hati.

Agaknya sebab tu la aku tak suka bersesak-sesak shopping kat downton/uptown.
Sakit hati bergesel-gesel bahu dan bontot dengan orang ramai, last-last balik tak membeli apa-apa pun!


Setel cerita pasal langsir. Phewww.. Penat!

Now nak sembang pasal lauk kemalasan.
Tahu apa maksud lauk kemalasan? Lauk yang dimasak masa malas.
Ok la kan? Malas pun still masak. Kira tahap bagus la.
Kalau tahap dah malas nak mampus tu, jangankan nak masak, tapi nak MAKAN je pun aku malas!
Haaa.. Itu betul-betul malas!

Minggu ni En Zul demam.
Kesian my Babyboop.. Keje malam, so siang terlantar je kat rumah.
So hari Selasa Isnin lepas aku masak lauk kemalasan.

Ikan bilis goreng!

Mudah je, tak payah update dalam From My Kitchen la..
Sebab simple sangat, so agak segan nak tepek dalam ruangan FMK tu.
Aku story kat sini je eh?


Mula-mula ikan bili di bersihkan dan dicuci. Toskan air basuhan.
Panaskan minyak dalam kuali (guna api kuat)
Then slowkan sedikit api, dan masukkan ikan bilis. Pastikan tak hangus.
Masak sampai garing. Toskan ikan dan kurangkan sedikit minyak.
Tumis bawang merah/besar, bawang putih, cili api dan tomato belah.
Dah naik bau, masukkan ikan bilis. Nak masukkan asam jawa sikit pun takpe.
Tak payah masuk garam sebab ikan bilis dah ada rasa masin.


Tadaaaa!!
Ni la ikan bilis goreng versi Malas.
Ngehhh.. Ngehhh.. Ngehhhhh....
Sesuai dimakan dengan nasi panas. Sodappp!!





Semalam aku naik hangin dengan anak-anak.
Aku belikan hadiah pensel khat mekanikal (jenis tekan) kat diorang, boleh pulak diorang hilangkan.
Kot la nak rasa bersalah & mintak maaf. Bertuahhhhh!!!
Bila aku tanya, "mana pensel khat tu??"
Boleh diorang jawab, "ntah, hilang. Hahahahah!!"

Boleh dia gelak?
Berani dia gelak?
Pas gelak-gelak, dia sambung main dengan kakak dia.

Pffffttttt!
Sia-sia je aku membebel tadi.
Dah aku pulak meroyan nak merajuk.
Bila aku merajuk, anak-anak pun turut merajuk.Alahahiiiiiii....
Hujung-hujung En Zul yang kena pujuk permaisuri & princess.
En Zul belanja kitorang makanTutti Fruitty. Kahhh!

Next time kalau teringin nak makan TF, boleh guna idea yang sama. Hehe....!!






No comments:

Post a Comment