Alhamdulillah, syukur aku dan Nadia dah selamat sampai ke Penang.
Tahun ni tahun ke tiga datang Kursus Intensif.
Dalam portal & program pengajian aku tahun 3.
Tapi dalam penempatan dan daftar kursus intensif nama aku kat tahun 2.
Sebab tak cukup mata kredit hour (alaaa... tak cukup 3 mata kredit je....)
Macam tahun lepas, kitorang stay rumah Kak Lin.
Thanks Kak Lin, atas budi baik menumpangkan kami tidur dan kemudahan untuk kami.
Pagi Isnin bertolak pukul 8.30am dari rumah Kak Lin.
Alaaaa.. Jalan jammed meh!
Sampai USM lewat, kereta dah penuh masuk ke kampus.
Tahun ni aku stay kat Saujana.
Sape-sape yang pernah belajar kat sini, diorang tahu la betapa BEST nya duduk Saujana!!!
Rasa nak mati!!!!!!!!!!!!!!!!
Huhuhuuu.. Sangat penat memanjat bukit kat kolej ni.
Sangat tinggi hokeh!!
Aku sampai kolej dalam pukul 9 lebih.
Terus daftar amik kunci. Nasib baik ada parking.
So menyiput la aku memanjat bukit kat situ.
Lepas ambil kunci, terus masuk bilik untuk berehat.
Dapat tingkat 5. Bagus jugak sebab angin masuk bilik.
Sejuk la jugak compared bilik kat Aman Damai tu.
Tapi aku rasa nak carut je kat makcik yang uruskan pendaftaran bilik kat Saujana ni.
Pompuan tu bukannya tua pun, tapi kalut dia mengalahkan makcik.
Dalam surat dah terang-terang cakap boleh ambilkan kunci untuk rakan sebilik.
So Adah dah beratur elok-elok untuk ambil kunci aku sekali, tapi makcik tu tak bagi.
Katanya kawan sebilik tu kena ada kat SEBELAH SISI baru boleh ambil.
Kepala hotak waklu!!
Kalau kawan tu ada kat sebelah, tu bukan nama tolong ambilkan sekali.
Tu namanya beratur sama-sama ambil sekali.
Bang nganggg!!!!
Padahal dalam surat dah nyatakan boleh ambilkan sekali untuk kawan asalkan bawa salinan kad matrik kawan tu.
Takpun juz MMS je gambar kad matrik.
Tahun lepas lagi senang. Asalkan nama kawan ada dalam senarai, juz tick nama dan ambil kunci.
Tak payah nak check kad matrik bagai.
Jahat la makcik tu.
Aku rasa nak bagi tapak kaki je kat muka dia tu!
Dah la tapak kaki aku ni panas sebab memanjat bukit, agaknya dia memang teringin kot nak rasa sauna tapak kaki aku ni.
Kesian Adah, tak pasal-pasal je kena keluar baris ambil kunci tu sebab aku tak ada kat sebelah dia masa nak collect kunci.
Eeeee... Aku rasa makcik tu memang otak bodoh tahap jenis otak burung.
Sampai bangang tahap macam tu.
Nasib baik ada sorang untie India ni (bahagian pengurusan) ni boleh consider dengan kitorang.
Bagi cadangan untuk tukar kolej.
Cakap pun berhemah. Tak macam makcik yang berotak burung tu.
Dia sorang je yang bangang, pengurusan kolej lain ok je.
Macam kolej Restu ok je masa Nadia nak amik kunci.
Tak payah nak tunjuk kad matrik or kawan kena beratur sebelah.
Tick nama, amik kunci dan sila blah!
Tak payah duduk situ lama-lama buat sesak je, sambil bercampur baur bau peluh kepam tu.
So aku naik la bukit Saujana M04 tu.
Sangat tinggi... Macam naik tangga Batu Caves.
Thaipusam tahun ni aku daki tangga Kolej Saujana je laaa...
Pastu beli kelapa sebiji, campak dari tingkat 5 ke bawah terus kena kepala makcik otak burung tu.
Biar kasi bijak sikit.
Agak-agak aku beli kelapa busuk, terus jadi bijaksana-sini makcik tu sebab minum santan masam!
Can see the view nicely =)
From my room. Hehee... Gayat mak!
From this site we can see the precious Bridge.
Tapi dalam gambar tak nampak pulak. Kabus kot... Sebab ni gambar lepas Subuh hari Selasa.
Lepas rehat dalam bilik, kitorang ke Dewan Peperiksaan untuk daftar kursus pulak.
Nasib baik tak kena beratur panjang.
Mungkin sebab aku dah lambat so line pun kosong....kosong...kosonggggg (nyanyi lagu Najwa Latif)
Jumpa la Su & Fakhrul.
Then lepak kejap dalam bilik ekon tu teman Adah siapkan assignment dia.
Terjumpa pulak Shila budak ofis aku.
Selamat datang dan menjadi warga USM ye... Sila tabahkan diri anda selama 3 minggu di sini.
Hehehee....
Cuma Mimi & Kak Ros je yang aku tak nampak bayang nya. Lantak la korang.
Janji masing-masing bahagia...
Sori ye, aku tak bahagia duduk sini melainkan ada Alex O'Loughlin jadi rumet aku. Wallaaaa!!!!!
Alex : Hye MJ, are u ready to be my rumet??
Mak Jemah (MJ): Ya..ya..yaaaa!!! I'm ready!! Hahaha....
(buat mata buntang)
Tetibe teringat kat En Zul kat KL...
Opsss.. Ampun bangggg!!!!
Then jumpa Zulfadli.
Haaaa, memang malang la kau sebab terjumpa aku yang tengah penat berjalan ni.
Zul, sila bawa kami pusing USM untuk setelkan semua urusan kami di sini.
Bawa kami naik kereta Zul ye. Hahahah!
Senang hidup aku kat sini. Thanks la Zul sebab melayan karenah kami wanita-wanita gojes ni.
Uweekkk muntah!
Lepas lunch kat Aman Damai (Zul check in bilik, sekali dengan Fakhrul), kitorang ke QueensBay Mall.
Yeayyyyyy!! It's shopping time!!!!
First, cari ice box ni.
Sebab kat Penang cuaca sangat panas. Sebab mak tak mampu nak beli portable ekon yang beribu harga nya tu, so mak beli ice box ni je. Harga cuma RM7.90. Nanti singgah 7E beli ice je lagi.
Wahhhh.. Bahagianya mak dapat minum air sejuk....
Pastu beli makanan (ini benda wajib dibeli), beli extension dan head fon.
Sebab semua barang ni mak tertinggal kat rumah!
Bengang gilaaaaaa!!! Masa Jiah sms aku tanya mana headfon dia, aku cakap aku bawa ke USM.
Then malam tu baru aku perasan head fon tu tertinggal kat rumah. So beli la terus yang baru.
Aku ada bawa ear fon, tapi aku tak suka pakai.
Balik dari QBM, kitorang mintak Zul pergi ke kereta aku untuk ambil barang-barang dalam kereta.
Pastu nak suruh dia hantar kitorang loading barang kat lobi kolej.
Perghhh...Penuh kot kereta Zul. Nasib baik dia bawak MPV. Hehehe...
Kiri Adah, kanan Nadia.
Masing-masing malu sebab dah macam pendatang asing tanpa izin gayanya tu.
Nampak tilam pink kat belakang tu?
Nadia siap beli tilam baru... Wooooo.. Bestnya tido kat tilam baru.
Pas gaji nak beli tilam lain yang tebal sikit katanya!
Hamboi...hamboi.. hamboiiiiiii...
Kau rasa macam dalam syurga ye duduk kat Saujana ni sampai beli tilam baru? Hahahaha...
Sebenarnya Nadia tumpang tido bilik aku & Adah.
Sebab rumet dia hilang kena telan dek hantu raya kat restu tu.
Tu yang duduk dengan kitorang. Ok jugak, boleh aku rembat makanan kau.
Hehehe..
Adah, chakkkk!!!!
Tahun ni Adah tak preggy, so dia dengan murah hati tolong angkat barang aku & barang Nadia.
Nadia pun yang sakit tulang belakang tu angkat kan sekali barang aku.
Thanks ye korang. Jasamu dikenang. Muahhhh!!!
Tahun depan I bawak troli.
So tak payah la korang susah-susah nak angkat barang. Juz tolak je troli tu.
Hape? Ingat i bawak troli ualls tak payah tolong ke?
Tolonggggg sikit ye... Ualls tetapppp kena tolong.
Tolong angkat barang naik atas troli & tolak ke bilik.
Hehehehe....
Nadia malu-malu sebab duduk menyempit dalam kereta Zul ni.
Nasib baik ada Zul yang baik hati, budiman, gentel-man, dan gagah perkosa!
Hahaha! Thanks ye Zul, nanti mak belanja kamu makan ye...
Lepas angkat barang, rehat-rehat dan get ready ke Lab pulak.
Tahun ni aku tengok nama aku sekali dengan 'PakkuPakis' tu.
Eeee... Stressnya aku!!!
Dia tu ok je, tapi nakal sangat sebab suka nyakat orang.
Salah sorang mangsanya aku la.
Kadang-kadang ada je ayat yang keluar dari mulut dia yang menyakitkan pundi kencing aku.
Rasa nak gigit-gigittttt je telinga dia kasi putus!
Bila nama dia satu kumpulan dengan aku, rasa gelap dunia aku.
Owh, tidakkkkkkkk....
Terus aku nekad nak tukar kumpulan.
Cadang nak sama kumpulan dengan Kak Lin, Su & Fakhrul.
Kitorang kan BFF..
(sebenarnya diorang tu bff aku, bukan aku bff diorang. sebab aku mulut jahat. haha!)
Tapi sebab Kak Lin lambat datang, so Kamala masuk group kitorang.
Lagi pun Kamala dah jadi supplier 'barang' untuk kitorang, maka dia di terima masuk ke group kami.
Bukan barang haram, tapi contoh lab report!
Hahahahah...
Kamala dan pasangan suami isteri yang comel --> Su & Fakhrul.
Ni kitorang buat Hall Effect Exp.
Ni kumpulan Wanita Gojes..
Haliza, Nasz & Kak Lin.
(nasz tu bukan nampak tu, sebab tu mata macam tu. bila aku dah snap gambar baru dia nak senyum)
Masing-masing nampak tough kan??
Sebab diorang selalu nyanyi lagu Tamparan Wanita sama-sama.
Hahahaha...
Lepas habis lab, kitorang lepak Subaidah.
Pukul 11.30 baru nak dinner kauuuuuu...
Sebab sebelum gi lab tak sempat nak makan.
Haishhhh... Duduk saujana konon-konon boleh kurus sebab hari-hari menonggek naik bukit.
Rupanya angan-angan je laaa...
Macamana nak kurus kalau asal makan kat Subaidah asyik melantak Nasi Lemak ayam special, mee goreng mamak campur ayam goreng & roti nan set ayam tandoori???
Semua nya ayam...ayam...ayam....
Nampaknya aku pun dah jadi spesis burung - sebab suka makan ayam!
No comments:
Post a Comment