Wednesday, November 14, 2012

Keranamu kereta...

Last two weeks, sepupu En Zul datang dari Kuching. Nama dia Narul *** (nama yang belakang aku tak ingat), tapi kitorang panggil Tan. Ntah mana datang nama Tan ni, aku pun tak sure. Tan orang Sg Petani. Dulu masa En Zul kecik, mak Tan la yang jaga En Zul sampai ke besar. So diorang berdua ni memang rapat la.

Tan kerja dengan tentera, tapi sebagai juruterbang. Lepas dia bekerja di Kuching, dia kawin dengan Kak Victoria. Kak Vic orang Bidayuh (Kristian), dan convert to Muslim sebelum diorang kawin. Kak Vic pulak kerja kat airport (KIA). So senang la diorang nak pergi kerja, since tempat kerja sama dan rumah diorang pun dekat je dengan airport.

Dua minggu lepas diorang datang KL selama 3 hari. Diorang stay kat Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Diorang mintak carikan kereta sewa, tapi memandangkan masa kitorang holiday kat Kuching tahun lepas, Tan bagi sponsor kereta dia, so kali ni kitorang bagi diorang kereta kitorang.

Yang bestnya percutian diorang kali ni, diorang bawak baby diorang! Yeayyyy.. Dapat jugak jumpa baby Kak Vic.. Nama dia Nazif Amir. Baru 5 bulan je umurnya. Serius comel!!! Mata dia bulattttt sangat! Dan dia tak banyak songeh. Diammmm je.. Best gila main dengan baby Nazif.



Ni dia si mata bulat, Nazif Amir =)




Kak Vic dan baby Nazif.. Geram sangat dengan Nazif ni.




Malam tu kami keluar makan kat Red Wok di Bandar Baru Bangi. Kalau ikutkan Tan nak makan ikan bakar, tapi dah malam-malam macam ni, mana nak cari restoran ikan bakar? Kalau aku nak bawak je makan kat Melaka atau PD, tapi sebab diorang ada baby kecik, malas nak jalan-jalan jauh. Dah la malam tu hujan. So makan kat RW je laaa..



Yang kanan sekali ni adik Kak Vic. Nama dia Rossita (panggil Rossi).
Yang tengah tu anak Rossi, umur 6tahun. Nama Christine Anne. Kelakar budak tu, peramah pulak tu :)
Yang kiri sekali tu Tan. Kitorang tengok badan dia dah susut. Perut pun dah tak nampak.
Mungkin sakit diabetic menyebabkan dia lost weight.




Malam tu kitorang makan siakap steam, keladi masak Kung fuo, tomyam campur, sotong goreng telur masin dan sayur campur. Aku nak recommend kan lauk keladi kung fuo dan sotong goreng telur masin tu. Memang mabelesss! Serius weh! Tapi ikan siakap steam tu En Zul cakap aku masak lagi sedap. So aku tak nak recommend kan laa.. Total harga aku tak tahu. Thanks Kak Vic sudi bayarkan =)




Ini adalah first time aku jumpa diorang. Tapi diorang peramah.. Tak sombong pun.
Anyway, Merry Christmas in advanced untuk Anne & Rossi =)



Ok, sebenarnya nak membebel pasal kereta.

Masa En Zul pinjamkan kereta kitorang kat Tan, cermin depan tetiba je retak.
Serius tak tahu apa puncanya? Petang tu (Jumaat) En Zul nak hantar kereta ke Palace of The Golden Horses, tengok dah ada crack. Hadoiiii.. Kenapa la jadi macam tu? Sedangkan En Zul dah parked kereta elok kat tempat parkir depan ofis dia. Nak kata ada construction, tak pulak. Ntah sapa yang khianat baling batu tak tahu la kannnn...



Retak di cermin, retak jua di hatiku.. Huwaaargghh!!




Sebab dah suntuk masa, tak sempat nak cari kereta sewa untuk Tan, kitorang bagi jugak la kereta kitorang. Kesian la kat Tan nak berjalan-jalan dengan cermin retak. Tapi Tan cakap tak kesah nak pakai kereta kitorang, so kitorang bagi la... Doa-doa jangan la jadi apa-apa kat diorang. Dah la datang dari jauh, dapat pulak kereta yang cermin nya pecah, kan ke haru?

Ok, setel makan malam tu, kitorang balik rumah. Diorang balik ke hotel. Esok petang (Sabtu) Tan call cakap kereta kitorang kena langgar dari belakang kat Shah Alam! Hah? Biar betul..... Katanya student yang langgar kat simpang. Dia langgar belakang kereta kitorang. Belum sempat Tan keluar dari kereta nak tengok belakang, student tu dah teriak! Sebab takut punya pasal. Tan mintak budak tu repair jugak bumper belakang tu. So budak tu bawak la diorang ke bengkel kawan dia. Nasib baik just kena ketuk je bumper tu. Student tu pulak pinjam kereta Viva kakak dia. Tan cakap kereta Viva tu lagi teruk hancurnya. Lantak la, janji kereta aku tak problem. Walaupun just ketuk je, tapi effect pada bonet kereta. Susah sikit nak tutup bonet tu. Kena hentak kuat-kuat baru dia clamp. Hm, nasib laaa...

Esoknya pulak (Ahad), pagi dalam pukul 7am lebih Tan call cakap kereta kitorang tak boleh hidup! Pulak??? Hadoiiiii.. Kenapa pulak dah kereta tuuuuu? Bikin malu je dengan Tan sekeluarga! Lepas Tan called En Zul bagitau pasal kereta tak boleh on, tetiba Toyota pulak hantar sms reminder cakap mintak tukar bateri kereta.

Boleh?

Kereta dah problem baru kau nak hantar reminder? Wadefak.

Kesian Tan, kena call kakak dia mintak jumper kan kereta kitorang. Pas kereta boleh hidup, diorang cari bateri kering kat Petronas. Melayang pulak la RM220 beli bateri jenama Century. Alahaiiiiiii... Kesian nya diorang, datang nak holiday, macam-macam hal pulak jadinya. Semalam kena langgar, hari ni bateri pulak buat hal. Eiiii.. Pasni agaknya diorang mesti serik nak pinjam kereta kitorang lagi. Huhuuuuu...

Petang Ahad tu aku ikut diorang nak hantar ke KLIA. Dalam perjalanan kitorang sembang-sembang pasal kereta tu. Oh, malunya kereta aku asyik buat hal. Apa la malang nasib diorang dapat kereta aku ni.

Ok, dah 2 minggu berlalu.

Sabtu lepas En Zul letak baju kemeja dia kat seat belakang. Baju tu kaler cream. Bila dia keluarkan baju tu tengok ada kotor (macam tompokan air coklat) kat belakang baju dia. En Zul cakap aku letak barang-barang shopping atas seat, sebab tu kotor. Padahal aku letak semua barang kat bawah seat. Pastu En Zul biarkan baju tu kat seat belakang tu. Semalam En Zul tengok tompokkan air tu makin banyak kat baju tu. Makin besar kotorannya.

Malam tadi En Zul tanya aku kenapa baju tu makin kotor? Aku syak mungkin seat tu kotor, ada air tumpah kat seat tu masa Tan pinjam. Pagi tadi En Zul bukak semua seat, sekali tengok ada air bertakung kat bawah seat. Now air tu dah bertakung satu kereta! Even seat depan pun dah basah jugak!

Sejak Tan pinjam, kereta tu tak ada sapa-sapa naik kecuali aku & En Zul. Sebab tu tak ada sesiapa perasan seat belakang tu dah basah. Rupanya kes kena langgar hari tu yang buat air bertakung bawah seat. Kat bumper yang kena ketuk tu ada lubang. So bila hari-hari hujan, air tu masuk dalam kereta. Hadoiiiiiii.. Dah boleh jadi akuarium la kereta aku tu!


Cover bawah seat. 
Dikerja oleh laki aku yang ganas seperti Beast. Haha!




Terpaksa alas dengan sokabar. Kesian WSL.. Huhuuuu!!




En Zul buat sorang-sorang. Gila hebat boleh bukak kereta macam ni.
Kalau aku, lampu signal tak menyala pun dah gelabah separuh mati!




Hari ni sehari suntuk En Zul mengerjakan seat tu. Aku rasa En Zul dah mula fed up dengan kereta tu. Asyik buat hal aje. Kalau buat hal yang tak melibatkan duit satu hal la jugak. Ni habis melayang semua duit nak repair kereta saje. Cermin hari tu kalau nak tukar kat Toyota harga hampir RM1300. Insurans cuma cover RM600. Dulu En Zul beli insurans murah je. Tak sangka nak jadi macam ni kan? Alaa.. Benda ni tak mustahil pun. Kalau dah nak jadi, jadi jugak la kan... Lepas ni En Zul sila la beli insurans yang mahal sikit ye..

Tadi En Zul balik keje, terus bukak lappy. Bila aku tengok History yang En Zul bukak...

Jeng..jeng...jenggggg!!!




CAMRY, ESTIMA, ALPHARD



Apakah???
Tetiba terbayang.... Bila kereta-kereta diatas mengalami kerosakkan, boleh bankrap aku!!!!!

2 comments:

  1. 'wadefak'perkataan yg sangat kurang indah. cerita yg menarik tp satu benda ni yg buat huuh.. :(

    ReplyDelete
  2. 'wadefak' perkataan yg sangat kurang indah. cerita yg menarik tp satu benda ni yg buat huuh.. :(

    ReplyDelete