Alhamdulillah, menjadi jugak masak lauk ni hari ni.
Asyik memanjang je postponed.
Ada je benda nak buat, sampai terlupa nak try masak lauk ni.
Pagi tadi terus ke kedai Pak Aji, cari ikan siakap yang saiz kecik.
Lepas timbang, terus mintak brader tu siangkan.
Malas nak bawak balik mengerjakan ikan tu kat rumah.
Dah alang-alang ada service siang ikan, guna kan je la service tu.
Jimat masa =)
Bahan-bahan :
Ikan siakap (any fish should be ok)
2 batang serai (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
6 biji cili api (hiris. Kalau nak pedas lagi boleh tambah)
1 biji cili merah (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji carrot (hiris panjang) - boleh guna sayur apa-apa pun
1 biji limau nipis (perah jus sahaja)
1 sudu gula
1 sudu sos tiram
1 sk garam
1/2 cawan air
Daun ketumbar untuk hiasan
Cara-cara :
Bersihkan ikan, cuci dengan air asam. Toskan air basuhan.
Lumur ikan dengan garam. Letakkan ikan atas pinggan tahan panas.
Campurkan semua bahan (kecuali daun ketumbar) ke dalam mangkuk.
Gaul sebati semua bahan (season to taste) dan curah ke atas ikan.
Kukus ikan selama 15 - 20 minit.
Dah siap masak, taburkan daun ketumbar.
Alhamdulillah, bau ikan tak hanyir dan kuahnya tak terlalu masam.
Dan yang paling penting, En Zul suka lauk ni.
Siap bertambah-tambah nasi dia.
Sedap ye bang?
Yeayyyy =)
P/s : Resepi ni tak ada halia. Bukan sebab tak ada, tapi aku lupa masuk. Haha!
No comments:
Post a Comment