Tuesday, October 30, 2012

From My Kitchen : Blueberry Muffin


Hari tu aku ada buat Rainbow Muffin.
Belum sempat nak amik gambar, anak-anak aku dah ngappp!
So kali ni tukar selera, buat blueberry muffin plak.
Malam tadi aku buat pukul 9.10pm, siap bancuh adunan dalam pukul 9.30.
15 min je buat adunan ni. Pukul adunan pun ala kadar je.
Tak de sampai kembang macam rambut Hafiz Awan Nano tu.
Aku kan pemalas. Muahahaa...



Bahan-bahan :

- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1/2 buku butter
- 1/2 sk garam (aku tak masuk)
- 3 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 3/4 gula castor
- 3/4 cawan fresh milk (aku guna full cream milk)
- Blueberry jam (nak guna strawberry @ pineapple pun boleh)


Cara-cara :

- Pukul butter dengan gula sampai kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, then masukkan esen vanila.
Pukul sampai sebati.
- Tutup mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan susu.
Gaul guna spatula je. Mulakan dengan tepung, akhir pun dengan tepung jugak.
- Masukkan 2 sudu adunan ke dalam cup (3/4 penuh).
- Masukkan blueberry jam ke dalam adunan.
- Bakar selama 25 min (atau sehingga muffin masak), guna kepanasan 180 darjah celcius.
(ikut kepanasan oven masing-masing)




Sesi membakar




Tadaaa~ Dah siap! Sejukkan sebentar




Dah boleh makan.
The filling is melting! Yummy~





Monday, October 29, 2012

From My Kitchen : Sambal Sotong Sumbat



Jeng... Jeng.... Jengggggg!!!

Kali ni aku buat resepi sotong.
Rasa macam dah lama tak masak lauk sotong.
Aku ni dah lama teringin nak masak sotong sumbat yang taruk pulut kat dalam tu.
Pastu masak dengan santan dan gula merah.
Itu makanan orang Kelantan. Jenuh la aku cari resepi, minta merata-rata.
Tapi sampai sekarang aku tak buat-buat.
Sebabnya aku masih kurang berkeyakinan nak masak lauk tu.

So untuk menambah keyakinan memasak lauk sotong sumbat, apa kata aku mula kan dengan resepi ni?
Kekdahnya sama, tapi rasanya berbeza.



Bahan-bahan :
6 ekor sotong saiz besar
6 batang lidi pencucuk

Cara : Bersihkan sotong dan toskan air basuhan.



Bahan inti :
3 biji telur saiz A
1/3 carrot (dipotong dadu kecil) - boleh guna sayur campur
1 biji bawang merah
Daun ketumbar
Garam
Lada hitam (optional - aku tak masuk)
Cili merah (optional - aku tak masuk)

Cara : Pukul telur dengan garam dan lada hitam. Tumis bawang dan ketumbar sampai naik bau. Masukkan carrot, lepas 2 minit, masukkan telur dan buat scramble egg. Biarkan sejuk. Sumbat inti ke dalam sotong dan kepilkan dengan lidi pencucuk. Macam gambar kat bawah ni haaa...







Bahan sambal :
*15 cili kering (ikut la nak pedas mana)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
2 sudu sos cili
1/2 sk garam
1 sudu gula merah
1 sudu air asam jawa (optional)
Bawang besar (potong bulat - hiasan)

Cara : Blend semua bahan bertanda * dan tumis sehingga pecah minyak (sedikit kering). Masukkan sos cili, air asam, garam dan gula merah. Masukkan sotong dan biar masak. Kalau kuah kering sangat, boleh tambahkan 3-4 sudu air. Last sekali masukkan bawang besar yang dihiris bulat.






Siap! Dah sedia untuk di makan =)







Sunday, October 28, 2012

From My Kitchen : Ayam Tumis Kunyit


Haaa.. Ni pulak second lauk aku arini.
Tadi masak lauk Ikan Siakap Kukus. Pastu masak lauk ayam pulak.
Sayur tak de. Malas nak masak sayur. Hehe..

Selalunya aku masak lauk ni kuah pekat. Ntah kenapa harini berkuah banyak pulak.
Lantak la, sebab aku malas nak fikir-fikir, aku biarkan je la lauk ni berkuah.
Setel.


Bahan-bahan :

Ayam (aku beli 2 ketul, pastu kerat jadi kecik-kecik dapat 6 ketul)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Daun ketumbar (hiris)
Halia (hiris)
Cili merah (hiris)
Serai (hiris)
2 sudu air asam jawa (boleh ganti dengan asam keping)
Garam
Serbuk kunyit
Tomato (belah 4)


Cara-cara :

Bersihkan ayam, gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
Tumis semua bahan (yang dah di hiris) sampai naik bau (sumpah, bau daun ketumbar memang best!)
Masukkan ayam. Biarkan ayam masak.
Kalau kering boleh tambah air sikit.
Masukkan asam jawa dan garam (kalau still tawar la).
Masukkan tomato dan tutup api.





From My Kitchen : Ikan Siakap Kukus




Alhamdulillah, menjadi jugak masak lauk ni hari ni.
Asyik memanjang je postponed.
Ada je benda nak buat, sampai terlupa nak try masak lauk ni.

Pagi tadi terus ke kedai Pak Aji, cari ikan siakap yang saiz kecik.
Lepas timbang, terus mintak brader tu siangkan.
Malas nak bawak balik mengerjakan ikan tu kat rumah.
Dah alang-alang ada service siang ikan, guna kan je la service tu.
Jimat masa =)


Bahan-bahan :

Ikan siakap (any fish should be ok)
2 batang serai (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
6 biji cili api (hiris. Kalau nak pedas lagi boleh tambah)
1 biji cili merah (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji carrot (hiris panjang) - boleh guna sayur apa-apa pun
1 biji limau nipis (perah jus sahaja)
1 sudu gula
1 sudu sos tiram
1 sk garam
1/2 cawan air
Daun ketumbar untuk hiasan



Cara-cara :

Bersihkan ikan, cuci dengan air asam. Toskan air basuhan.
Lumur ikan dengan garam. Letakkan ikan atas pinggan tahan panas.
Campurkan semua bahan (kecuali daun ketumbar) ke dalam mangkuk.
Gaul sebati semua bahan (season to taste) dan curah ke atas ikan.
Kukus ikan selama 15 - 20 minit.
Dah siap masak, taburkan daun ketumbar.



Alhamdulillah, bau ikan tak hanyir dan kuahnya tak terlalu masam.
Dan yang paling penting, En Zul suka lauk ni.
Siap bertambah-tambah nasi dia.

Sedap ye bang?
Yeayyyy =)


P/s : Resepi ni tak ada halia. Bukan sebab tak ada, tapi aku lupa masuk. Haha!

Thursday, October 25, 2012

From My Kitchen : Kek Buah Kukus




Rasanya kali ni terpaksa menderhaka pada tajuk blog, sebab menu ni di buat di dapur Maklang, bukan dapur aku. Pastu menderhaka pada resepi asal Cheq Mat Gebu (amik resepi ni kat myResipi, jenuh aku track balik menu ni kat web tu tapi haram tak jumpa. Main copy je, tapi lupa amik link. Apa-apa pun resepi ni memang ada kat myResipi tu. Thanks pada Cheq Mat Gebu sudi share resepi.)

Kononnya aku nak masak dulu kek ni kat rumah, dah siap baru nak balik rumah Maklang. Tapi memandangkan aku malas nak menempuh jammed, maka aku membawa diri aku balik sorang-sorang. En Zul pulak kena balik kerja pukul 7pm, so dia balik Gombak sendiri la.

Lepas habis kerja pukul 3pm, aku terus beli barang-barang kek. Sampai rumah aku timbang siap-siap semua bahan, packing periuk kukus aku (kat rumah Maklang ada pengukus, tapi saiz kecik. So kena la angkut barang-barang aku sendiri. Penatttt.. Huhu!)

Sampai je Gombak, terus mengerjakan fruit cake ni. Nasib baik senang je kekdahnya. Kalau tak, jenuh la kau menghempas pulas kat dapur Maklang tu. Maklang sibuk menyiapkan juadah hari raya (oh, lupa... esok hari raya korban. Selamat hari raya ye!). Meh la aku nak share resepi ni. Tapi ada yang aku derhaka, terpaksa la mengaku kan? Nasib baik menjadi jugak kek tu walau ada ramaiiiii orang yang jeles kat kek aku ni. Muahahaaaa!!!



Bahan-bahan :

  • 300g tepung gandum
  • 350g buah campur
  • 250g butter
  • 150g badam hiris
  • 150g gula perang
  • 150g gula pasir (masak jadi gula hangus)
  • 3 biji telur
  • 1 sk soda bikarbonat

Cara-cara :

  • Gaulkan tepung gandum dengan badam, buah campur dan soda bikarbonat. Tujuannya adalah untuk memastikan buah campur tu tak mendap dalam kek. Biar dia serata je dalam kek tu. Sambil tu boleh panaskan kukusan ye.
  • Pukul butter dengan gula perang sampai kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sampai kembang.
  • Masukkan adunan tepung dan bahan kering tadi ke dalam butter. masukkan sikit demi sedikit guna kelajuan sederhana.
  • Pastu, cairkan gula pasir dan jadikan ia gula hangus. Bab hangus menghanguskan benda ni aku serahkan pada Maklang. Aku tak pandai nak buat gula hangus. Kalau boleh gula hangus tu biar pekat sikit.. Baru la cantik warna kek tu. Aku pulak lupa nak minta Maklang pekatkan. So agak pucat warna kek aku tu. Nevermind, asalkan rasa sedap jadik la! (Kompem ada yang bengkekkk je dengan statement aku ni. Hahaa!)
  • Lepas gula hangus siap, masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  • Griskan loyang, alas dengan parchment paper, pastu curahkan adunan ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil, pastikan tutup sempurna, jangan biar ada ruang udara yang boleh masuk ke dalam kek.
  • Kukus selama 4jam. Tapi sebab Maklang dah bising-bising nak pakai dapur untuk rebus ketupas palas dan masak kuah laksa, maka aku terpaksa off dapur tu. Aku kukus 2 jam je... Ape la Maklang ni. Dapur gas sampai 2, tu belum campur dengan dapur bawah, still nak berebut dengan aku. Huh!
  • Dah masak, sejukkan dulu. Then boleh hias dengan gula icing kat atas kek.



Walaupun aku banyak menderhaka pada resepi asal (resepi asal kena masuk cream tartar dan kukus 4jam) tapi kek ni tetap best! Wahhhh kemain puji kek sendiri. Aku bukan apa, saje nak bakar Leen yang dengki kan pada kek aku ni. Elok-elok aku buat kek buah, dia sibuk mintak aku buat carrot slice. Dengki dengan aku la tuuuuu... Haha!


Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha =)


Iklan : Alphabet Brooch

Ni aku nak tolong promote bisnes kawan-kawan.
Kalau ada yang minta tolong, aku tolong la.
Tu pun bergantung pada kelonggaran / keterluangan masa yang aku ada la.

Kali ni aku nak tolong promote kawan FB aku.
Nama dia Salbiah Naz Mansor (klik nama untuk ke link FB kak Sal).

Kak Sal ada jual Alphabet Brooch.
Murah je dia jual. Cantik-cantik brooch tu.
Ni aku amik gambar yang dia tagged kat aku.



Kalau brooch sahaja = RM1
Kalau nak sambung-sambung = 1 huruf RM2

Contoh : LIZA
Brooch RM1 + 4 Huruf (RM8) = RM9.

Murah kan?
Haaaa.. Ape lagi, sila la pilih nama yang korang berkenan.




Kalau nak kerongsang berwarna, harga nya masih sama.
Kerongsang yang berwarna je sama harga tau... Hurufnya masih putih berlian ye...
Kalau huruf yang berwarna, harga nya adalah harga lain.




Ok, yang ni pulak kerongsang dan huruf berwarna.
Harga kerongsang = RM1 (harga still sama)
Harga huruf = 1 huruf RM3

Still murah kan? =)





Haaa.. Kalau pakai, macam ni la kekdah nya.
Jadi bergantung-gantung kat bawah dagu.
Comel kan?




Kalau tempah panjang, kena guna 2 kerongsang.
Tujuan nya adalah, satu untuk pasang pada bawah dagu, dan satu lagi di gantung pada bahu.
Dapat bayangkan tak?


Cepat, sape berminat boleh klik pada nama Kak Sal kat atas tu.
Sila PM pada tuan tanah, kalau beli banyak mungkin boleh buat rundingan harga.
Kan, Kak Sal kan?




Wednesday, October 24, 2012

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Aku bukan 'sesiapa' untuk create entry yang berunsurkan Islamik. Masih cetek ilmu aku. Kalau ada info, akan aku share dengan semua. Thanks  =)

This entry has been copied from UstazLove.com



Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Nisa berkenaan puasa sunat Arafah :
Saya nak puasa Sunat Arafah..ustaz bgtau niat nya boleh? tq

Walaupun pertanyaannya cuma nak tahu niat je, tapi Ustaz Love nak panjangkan sket entry ni supaya dapat cerita sket kelebihan puasa sunat Arafah ni.. juga Ustaz Love skip dulu entry2 bagi soalan yg lain.. memandangkan esok dah waktunya puasa sunat Arafah.. Kalau Ustaz Love buat entry ni lusa, dah tak menepati peristiwa plak.. sbb lusa dah raya haji.. InsyaAllah, esok Ustaz Love sambung rally entry pasal soal jawab..

Berkenaan niat puasa hari Arafah ini, cukup sekadar berniat puasa sunat secara mutlak iaitu “sahaja aku puasa sunat” tanpa menentukan (ta’yin) jenis2 puasa itu (spt puasa sunat Arafah).. tetapi menurut Imam Nawawi rahimahullah, sewajarnya kena menentukan jenis2 puasa sunat itu, sama juga mcm solat sunat, kena tentukan solat sunat ba’diyyah (selepas solat fardhu) berbanding solat sunat lain (spt solat sunat hajat dsb).

Jadi, takde masalah nak niat “puasa sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”.. nak lafaz niat pun takpe, tak nak lafaz niat pun takde masalah.. yg penting, ada lintasan niat di hati (nak puasa sunat) sbb niat itu adalah perbuatan hati.. tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati (kira mcm niat solat jugak la.. sebut usolli2 tu belum kira niat lagi.. bila dah angkat takbir dan ada lintasan hati nak solat fardhu sekian2, maka itu baru dikatakan niat)

Waktu berniat adalah sebelum Subuh sehingga sebelum Zohor hari ke 9 Zulhijjah.. kiranya, kalau dah bangun solat Subuh, lepak2 tengok TV, tiba2 teringat nak puasa.. maka boleh berniat puasa. Dengan syarat, selepas Subuh tu, tak melakukan sebarang perkara yg membatalkan puasa (spt jimak ke, onani ke, makan sarapan ke dsb).

Dan tahanlah diri daripada makan dan minum dan perkara2 yg membatalkan puasa sampai la masuk Maghrib.. begitulah kira2nya kaedah nak puasa sunat Arafah.

Puasa sunat Arafah ini adalah bersempena dengan Hari Wuquf di Arafah (berkumpul di Arafah yg merupakan rukun haji).. tapi cuma disunatkan berpuasa bagi mereka2 yg tak melakukan Haji. Bagi mereka2 yg melakukan Haji, maka tak disunatkan untuk berpuasa pada hari itu.. Malah ada dinyatakan dalam hadis yg Nabi s.a.w. menegah jemaah haji ini melakukan puasa sunat pada hari itu.

Jadi, sama2 la kita berpuasa esok ye.. Ganjarannya sangat hebat.. puasa sehari, diampunkan dosa 2 tahun.. mana nak dapat? Tapi dosa2 kecil je la.. dosa2 besar takkan terampun kecuali melalui taubat.

Tak lama mana pun.. lepak2 dengan facebook, tau2 dah azan Maghrib (itu kalau gaya orang tak solat la).. maksudnya, nak dibandingkan ganjaran yg besar itu, apa la sangat puasa nan sehari.. lusanya kita dah bleh makan2 sampai kembung (sbb dah raya Haji). Jadi, jangan lepaskan peluang sehari dalam setahun ni. ;)


More info :

Niat Puasa Hari Arafah : Sahaja aku berpuasa sunat Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala.

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

Sabda Rasulullah s.a.w :
Puasa Hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat.
Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud Dari Abi Qotadah.



So, let's fasting tomorrow =)

Sunday, October 21, 2012

From My Kitchen : Pisang Goreng Cheese

Sejak dua menjak ni asyik teringatkan dessert pisang goreng cheese kat Raja Ayam Penyet kat Kuching tu.
Masa tu Syukri & Dyanna yang bawak aku & Leen makan kat sana.
Alang-alang dah berjalan kat Serikin membeli kain, diorang bawak makan yang sedap-sedap kat area Kuching.

Hm, rindunya nak ke Sarawak.
Last aku pergi sana dengan En Zul dan anak-anak masa tahun 2011.
Seminggu aku bercuti kat sana, tapi tetap tak puas berjalan.
Rasa nak ke sana lagi la.
Since semalam En Zul dah hint-hint aku nak ajak melancong.
Plan dia nak ke * (somewhere oversea), tapi aku plan nak jalan dalam Malaysia je.
Be it Langkawi, Sabah or Sarawak.
Takpe, plan tu biarkan dulu.
Malas nak fikir. Haha.

Semalam aku ke Tesco membeli barang.
Ternampak pisang, so rembat sesisir.
Tak de la mahal sangat. Dalam 7 biji baru RM2 lebih.

Then pergi ke cold storage pulak cari cheese.
Tak tahu nak amik cheese apa?
Parmesan? Cheddar? Mozarella?
Haram aku tak tahu.
Last-last aku amik parmesan cheese (grated).





Ni ha pisang yang aku ambil. Kalau boleh jangan yang terlalu masak.
Pisang ni dah delayed sehari dalam plastic bag, tak pepasal je jadi masak.
Jangan tanya aku ni pisang jenis apa.
Sumpah aku tak tahu.
Yang aku tahu pisang emas or pisang lemak manis yang kecik-kecik tu.
Selalunya pisang tu orang buat sedekah kat masjid.




Bahan-bahan :
Pisang (potong serong)
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 sudu makan mentega (cairkan, biarkan sejuk)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1/3 cawan air

Bahan sampingan : Susu pekat manis dan cheese.


Cara-cara :
Untuk penyediaan batter, bancuh semua bahan kecuali mentega cair.
Lepas semua bahan sebati, masukkan mentega. Pastikan mentega dah tak panas.
Gaul sebati semua bahan.
Celup pisang ke dalam batter, then goreng dalam minyak yang panas.
Goreng sampai keemasan.

Susun pisang dalam pinggan, curah susu pekat manis dan tabur cheese.
Siap sedia untuk di makan =)


*Kalau agak-agak malas nak goreng pisang, beli je yang dah siap.
Balik rumah tinggal curah susu dan cheese je.
Tapi sekali sekala apa salahnya masak sendiri. Jangan la jadi malas sangat.
(peringatan untuk diri sendiri)



Biarkan mentega sejuk. Mentega ni aku cairkan guna microwave je.




Pastikan batter tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
Pastikan jugak tepung tidak berketul.




Bila dah goreng, hiaskan pisang dengan susu pekat dan cheese.


Sedap! Lebih-lebih lagi makan time hujan macam petang ni.
Tapi kerinduan pada pisang goreng kat Kuching tu masih tak hilang.
Huuuu.. Nak pegi Sarawak lagi!!!






Love,

Tuesday, October 16, 2012

From My Kitchen : Bubur Nasi

Nah, entri baru untuk FMK.
Gila lama tak update FMK kat blog. Nampak sangat malas masak.
Haha!

Malam ni aku masak bubur nasi.
Bubur nasi ye, bukan bubur lambuk.
Nak tahu apa perbezaan bubur nasi dengan bubur lambuk?
Tunggu la bila aku rajin nak masak bubur lambuk pulak, masa tu aku akan bagitahu apa bezanya.

Last time aku masak bubur ni masa bulan puasa tahun lepas.
Aku bawak untuk iftar kat ofis masa nak keje proses offsite.
So sebab dah setahun lebih tak masak menu ni, maka malam ni kita makan bubur je la ye suami kesayanganku....


Menu ni mudah je.
Kau boleh masuk je apa yang kau nak.
Kalau nama bubur nasi, macam-macam kau boleh taruk.
Nak taruk ayam, daging, udang, sayur etc.
Campak la apa-apa pun, asalkan muat periuk kau.

Sesetengah orang masak bubur guna rice cooker.
Tapi personally aku lebih suka masak guna dapur gas.
Memang leceh sebab nak jaga api supaya bubur tak hangus.
Tapi aku lebih puas masak guna dapur gas, biar pun rasa penat.

Menu kali ni aku just belasah je bahan yang aku suka.
Kalau ada yang tak suka dengan bahan yang aku guna, boleh tukar dengan bahan lain.
Terpulang =)







Bahan-bahan :

2 cawan beras (bersihkan)
Ayam (daging dan tulang - potong kecil)
Daging (hiris kecil - optional)
Udang (buang kulit - optional)
2 inci halia (ketuk sedikit untuk keluarkan jus)
1 biji lobak merah (potong dadu)
1 biji kentang (potong dadu)
4 biji cili api (ketuk)
Lada sulah (tumbuk)
Serbuk pati ayam (optional)
Garam secukupnya


Masukkan semua bahan, rebus sehingga masak.
Kuantiti air ikut citarasa. Nak pekat, kurangkan air.



Bahan hiasan :

2 biji telur - pukul dan buat telur gulung. Hiris nipis.
Ikan bilis - goreng garing dan tumbuk
Bawang besar - hiris dan goreng sehingga garing.
Daun bawang - hiris nipis.



*aku lebih suka guna bawang goreng buatan sendiri, daripada guna bawang goreng yang beli dikedai.
Rasanya lebih manis =)


Untuk penambah rasa : Kicap + cili api + bawang putih
Memang terangkat!







Ni portion En Zul.
Kalau bubur kosong, boleh dimakan dengan telur masin dan ikan pekasam / ikan masin.
Sebab aku malas nak sediakan benda-benda masin ni, maka En Zul makan dengan serunding daging.
Banyak gila serunding dia kan? Haha.
Sedap jugak :)






Monday, October 15, 2012

Cover untuk sebulan punya update. Haha!

Huarggghhh!! Nguapan naga yang sangat malasssss nak update blog!
Yeahhh, aku dah bersifat kejam pada blog aku sendiri.
Biarkan tak berupdate, singgah jenguk-jenguk pun tak. Alahaiii.. Rasa nak tampa-tampa je muka ni.

Sekarang ni aku kena masuk keje pukul 7am, then boleh balik pukul 3pm.
Pastu shift yang seterusnya masuk pukul 3pm, balik pukul 11pm.
Kalau masuk pukul 8am, kena balik pukul 5pm. So aku dah rugi 1 jam kat situ.
Tema nya, kena la rajin-rajin bangun lebih awal untuk masuk pukul 7am.
Now kat ofis semua orang kena buat qc soal selidik.
Bagi aku tu bukan masalah. Aku enjoy je buat qc tu.
Just dengar mp3, then check data entry betul atau salah.
Kalau salah, betulkan.
Kalau betul, biarkan.
Yang buat stress bila sistem runtime error atau invalid database.
Eeee... Rasa nak hempuk-hempuk je tablet pc tu.

Dengan life aku sekarang (working hour 7-3) aku rasa ada hikmah semua ni.
Aku tak selamanya akan berkerja dengan waktu macam ni.
Planning kitorang working hour ni hanya dalam 4 bulan ni atau sehingga awal tahun depan.
Then we'll back to normal (like previous recruitment).

Tapi yang bestnya untuk aku, next month insya Allah kitorang akan pindah ke rumah baru.
Yeayyyy!!!

Bila dah masuk rumah baru, perjalanan ke ofis makin jauh.
So kena la bangun awal, keluar awal, sampai ofis pun awal - untuk elak jammed!
Dalam masa 4 bulan ni la aku kena modify semua hormon dalaman aku.
Supaya tak terkejut nak bangun sebelum subuh. Hahah!!!
(nampak sangat Subuh aku selalu lajak~)

Last week En Zul beli motor baru.
Senyap-senyap je dia beli.
Bila motor dah keluar, mula la kelam kelibut nak story kat aku! Puiiiii!
Masa tu aku tengah buat QC, then dia called.


En Zul : Mummy busy ke?

Aku : Not really. Buat QC macam biasa. Nape?

En Zul : Hmmmm.. Nanti kan kita nak pindah umah baru. Jauuuuhhhhhhh.. (sayuppp je suara dia)

Aku : Bis tu??? (suara sedikit keras) - kompem En Zul jengkel dengan aku. Pasrah je la dapat bini macam aku ni. Hahaha!

En Zul : Hmmmmm... Ntah la.

Aku : Ape dia? (suara makin keras, macam nak bentak je)

En Zul : Tak de laaa. Kalau dah pindah, takkan abang nak bawak motor tu pegi keje? (motor lama)

Aku : Ye la! Kalau tak nak naik motor, naik la kete dengan mummy. Ape yg susah?

En Zul : Abang ingat nak beli motor baru. Yang enjin kuat sikit, baru la yakin nak jalan jauh.

Aku : Jauh ape nyeeee?? Bukannya kita keje kat Alor Star tu! Tak payah la.

En Zul : Mummy lain la, naik kete. Tak kena hujan. Siap ada ekon.. Ayah ni naik motor..

Aku : Dah tu, apa guna kete merah abang tu? Naik je la. Membazir je beli kete tu. Dah tu sekarang tersadai macam tukun!

En Zul : Tak boleh, kete tu untuk drift. (pale hotak kau drift! still tanak ngaku lagi tu)

Aku : Kalau tak nak naik kete, naik je moto tu. Bukan rosak pun. Baru bape tahun je beli motor tu kan? Tak payah la beli motor baru. Kita ni nak masuk umah baru. Banyak benda nak beli.

En Zul : Tapi motor baru dah keluar dah. Mana boleh cancel...


Whatttt??!!!!


Dah beli, tapi ayat awal-awal cakap ABANG INGAT NAK BELI MOTOR BARU!
Padahal no plat motor dah keluar. Tunggu orang kedai hantar motor je lagi!

Wahhhhh!
Kemain seronok orang tua ni perabis duit!
Janji nak beli gelang baru untuk aku. Tup-tup dia rembat motor baru senyap-senyap!
Balik dari keje, dia peluk-peluk aku, gesel-gesel bontot aku.
Konon nak goda aku la tu. Haktuihhh!

Terus aku tanya, "mana motor?"
Dia jawab, "ada kat luar... Ala, mummy.. Jangan la marah... Nanti cepat tua"

Takpe, takpe...
Aku simpan dulu bebelan puaka tu. Bagi chance kat ko bang.
Esok pagi aku tengok motor tu tak ada. Ntah mana dia sorok aku pun taktahu.
Takpe bangggg... Kau nak main sorok-sorok ye.
Siap kau.

Balik dari keje, aku tengok motor baru dia.
Tak de la lawa sangat. Kaler biru pulak tu!
Apsal dia tak amik kaler pink hah? Tak pun kaler merah ke...
Aku kan suka kaler merah.
Hape la dia ni, macam tak tahu je faveret kaler bini dia. Hampeh.

Hm, dari dulu aku mintak kete auto, haram tak dapat!
Balik-balik dia je yang dapat barang baru.

Aritu aku mintak kete baru auto, dia rasuah aku pasang ekon kat umah.
Siap bagi kad kredit ketiga dia kat aku.
Ok, dia berjaya buat aku diam.

Pastu senyap-senyap dia beli kete merah masa aku tengah berhempas-pulas kursus kat USM.
Balik dari USM tengok dah ada siput merah tu kat rumah!
Aku yang mintak kereta baru, tapi dia yang dapat.

Pastu aku mintak pulak scooter.
Haram tak dibaginya!
Pastu rasuah aku dengan Samsung SIII.
Ok, aku lupa sekejap pasal scooter.

Then aku mintak pulak kereta auto (again).
Tup-tup dia beli motor untuk dia.
Dasar batang berjuntai punya laki!
Bila aku tarik muncung itik serati, cepat-cepat dia hulur lagi kad kredit baru.
Balik-balik kad kredit!
Tu je la modal kau bang... Macam la aku ni penggemar kad kredit.
Kad yang hari tu pun aku pakai 3 kali je.
Tu pun shopping tak sampai RM100.
Ni bagi lagi yang baru. Tak nak la aku!
Tak termakan nya aku dek rasuah kau tu banggg...

Takpe, kali ni kau tak kan terlepas bang.
Aku bagi siap-siap list barang yang aku nak.
Kau tinggal sediakan je barang-barang tu.

Pastu jangan lupa baca post script kat bawah list barang tu :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

JAUHI RASUAH!



Saturday, October 13, 2012

No update

Malas nak update apa-apa.
Tunggu la minggu depan kot kerajinan tu datang tiba-tiba.

Now tengah migrain.
Nak tido.
Kbye.


Thursday, October 4, 2012

Fotographer

Aritu Kak Emy pernah tanya aku, aku amik gambar masuk dalam blog pakai DSLR ke?
Sebab gambar-gambar makanan yang aku snap tu nampak sharp.
Wahhhh.. Kaya aku nak pakai menatang tu?
Aku tak mampu la nak beli kamera mahal-mahal tu.
Selama ni aku amik gambar guna kamera henfon je beb...

Banyak jasa hp tu.
Kalau nak snap gambar anak-anak ke, gambar makanan ke, gambar apa-apa la senang cite.
HP tu ada kamera 12MegaPixel.
Memang cantik hasil gambar tu.
Tapi tak de la secantik jurugambar lain yang professional tu.
Aku kan tangan kayu. Keras tak berseni.
Huahaahaa..!!!

Tapi, seteruk-teruk seni tangan aku ni, teruk lagi hasil seni En Zul.
Kalau amik gambar, ikut sukati dia je nak snap macamana pun.
Asalkan ada warna, bukan hitam putih dan tak bergegar.
Tapi subjek dalam gambar tu tertonggek ke, terlentang ke, lantak!
Dia tak peduli pun.
Secara tak langsung aku memang tak yakin nak suruh dia jadi juru gambar untuk aku.
Kompem kelaut la gambar tu....

Tak caya?
Meh tengok....






Ni memang gaya posing si Aleeya ke, atau En Zul yang tak reti snap pic?
Aku sendiri tak paham.




Gambar ni tak fokus pada subjek.
Serabut aku tengok orang duk lalu lalang kat pic ni. Yang aku nampak cuma perkataan "SELAMAT DATANG" kat atas tu.




Sekali pandang membuatkan aku terfikir, En Zul ni nak snap gambar Aleeya or nyonya baju merah tu?
Fokus, En Zul... Fokus!





Gila keji gambar ni.
Semua orang tak ready nak bergambar.
Aleeya tak pandang kamera, aku tak sempat nak sorokkan lemak-lemak kat badan aku, Ika tak sempat nak betulkan rambut dia, Leen tak sempat nak touch up muka kasi cerah sikit.
Tang kat Maklang tu lagi sedih.... Ape kes tu???
Oh, itu cara terbaru posing ala-ala Victoria Beckham.




Try snap sekali lagi.
Pun sama jugak hasilnya! Puiiiiiiii!!!!




Dah macam pendatang asing tanpa izin duk mencangkung kat situ.
Unik kan cara posing macam ni?




Oh, yang dua ni namanya tiang masjid Kristal.




Ha, ni sape boleh explain?
Mungkin dia nak snap pic monumen je kot... Kebetulan budak-budak ni tengah jalan kat situ.
Fikir positif yati...




Errrr??





Ok, ni memang cara posing budak tembam tu.
Hahahaa...




Hasil seni En Zul.
Pasrah je la aku ni...




Sorang kat dalam, sorang kat luar.
Ni bila besar nanti, budak-budak ni mesti akan tanya balik kenapa diorang bergambar macam tu.
Mesti ni...



Eh, tu anak sapa kat sebelah kiri tu??




Yang ni kira cantik sikit la dari yang sebelum tu...




Posing sama je....
Ketandusan idea eh, En Zul?




Alahai... Kasi zoom la sikit bang oiiiiii....




Wah, besarnya monumen ni..
Sampai tenggelam gambar anak aku weh!



Tak pe la bang... Sekarang dah beli Samsung Note 10.1 kan?
Sila guna bendalah tu untuk memajukan teknik fotografi tu.
Jangan harap device je besar, tapi hasil macam ni jugak..
Ingat, practice makes perfect!