Monday, September 10, 2012

Jamuan Raya UMBI-COHORT 2012

Setelah berhempas-pulas selama 2 minggu (hempas la sangatttt), kitorang berjaya mengadakan open house kat ofis.
Macam biasa, open house harus lah combine dengan UMBI, sebab kitorang kan share satu boss. Hehehe...
Setiap minggu akan ada meeting sekretariat untuk update bahagian masing-masing.
Ada bahagian jemputan, makanan, dekorasi, teknikal dan lain-lain.
Macam tahun-tahun lepas jugak, aku menang tanpa bertanding untuk menyandang jawatan AJK Aktiviti dan Program.

Huh, kalau kat retreat pun aku dapat bahagian tu.
Untuk jamuan raya pun aku jugak.
Takpe, start hari ni aku kena jadi sugul. Biar orang lain pulak sandang jawatan tu. Har..har..harrrr...

Selalunya, sehari sebelum open house kitorang akan jadi super dupper busy.
Ye la, nak tunggu habis rekrutmen dulu, baru boleh buat hiasan dan susun atur meja.
Masa ni jugak la semua orang akan merewang ramai-ramai untuk hias ofis (ceh, macam kenduri kawin pulak!).




AJK bahagian deko bersama awang-awang nya.
Kali ni hiasan nampak sedikit berbeza. Mungkin berkat pemilihan AJK kot...
Tahun ni Maya & Farah Fatin yang jadi ketua.




Yang lelaki pulak busy dengan susun atur meja dan kerusi.
Diketuai oleh Adi dan Ariff.
Si Syawal ni pantang nampak kamera, kompem dia sengih..
Padahal bukan nak amik gambar dia pun. Hahaha...




Gaduh la korang. Nak susun ke kiri, ke kanan... Lantak!
Janji semua setel, hokeh?




Haaaa.. Ni la Buk Maya, ketua operasi menghias ofis.
Sebab raya tahun ni dekat-dekat dengan National Day, maka bendera dan unsur-unsur kemerdekaan itu harus adaaaa....





Dalam kesibukkan menghias ofis, bahagian temujanji tidak lekang dari telefon untuk membuat temu janji kepada peserta Cohort.




Alhamdulillah, tahun ni kitorang dapat banyak hamper. More than 40 hampers. Syukur...
Sampai berlebih-lebih dari target sebenar. Last minutes pun still dapat hampers. Thanks pada AJK Bahagian Tajaan dan juga dari pihak pembekal. Tahun depan bagi lagi eh? :)




Pandangan luar ofis. Ada hiasan yang menghubungkan UMBI dan Cohort.




Yang memanjat macam Spiderman tu adalah En Adlan.




Yang ni kaum-kaum yang menghias kat dalam bilik meeting untuk VIPs.
Hias molek-molek deh!




Maka, tiba la di hari kejadian.......





Dalam pantri, untuk menyediakan ruang untuk kambing golek.
Fizah sebagai orang kuat bahagian Makanan, memang tak menang tangan nak pastikan caterer sampai pada waktu yang ditetapkan. Tapi tetappppp lewat jugak. Huhu..
Takpe la Fizah, bukan salah kamu... Kamu dah buat yang terbaik..




Last touch up. Bukan main hepi lagi Kak Ifah... Isi duit dalam angpau ke tu??




Hiasan




Makcik-makcik ni menghias di luar ofis. Siap ada kartun hasil tangan Kak Lynn.
Masa ni, kitorang asyik nampak Datuk Sheikh Muszaphar Shukor (angkasawan negara) tu duk ulang-alik kat depan ofis kitorang. Ofis kitorang ni berhadapan dengan Wad Warga, rupanya ayah beliau admit dalam Wad Warga. Masa tu muka adik-beradik Datuk semua nampak sugul. Lepas 30 min, ada staff usung keranda masuk ke dalam Wad Warga. Kitorang semua tercangak-cangak, "Eh, ada orang meninggal ke? Ayah Datuk Muszaphar ke??" Semua berteka-teki (jahat kan kitorang? selamber je cakap macam tu. huhuuu...) Tapi kitorang teruskan kerja kitorang....


Lepas 30mins, kitorang mendapat berita bahawa ayah Datuk Sheikh Muszaphar telah meninggal dunia.
Al-Fatihah buat arwahyarham...




Kenapa kartun ni nama En Nazeri? Ini kan open house Datuk ARAJ... Hahahaha...




Ni partner En Nazeri, iaitu Puan Ain =)




Dalam duk berteka-teki siapa yang meninggal kat Wad Warga tu, makcik-makcik ni masih gigih bekerja sambil bergosip.. Itu kan aktiviti wajib diorang.. Ahakssss!




Yang melepak pun ada.... Takpe, sila kan melepak. Sebab Adi ni bahagian Teknikal.
Susun meja semua dah siap. Tapi lepas selesai majlis, kau siap!
Jangan mimpi la nak melepak-lepak macam ni...




Sementara menunggu makanan siap dihidang, princess pun buat hal diorang sendiri.
Main conteng-conteng whiteboard aku, main game... Lantak kamu la, janji kamu tak kacau mummy.
(baju raya tahun ni purple dan kuning)




Sampai bersepah meja aku dikerjakan budak-budak ni. Kerusi asisstant aku pun dah nak patah jadinya dikerjakan dek Aleeya yang debab tu!




Teh Maria bergambar dengan Princess. Bukan main suka lagi budak-budak ni bila dapat bergambar dengan Makcik ni. Huargggghhhh!!!




Untie Letchumy ni paling busy mengemas. Best la ada untie ni. Rajin....
Lepas siap mengemas 1st round, untie ni tukar baju blouse cream dan join majlis kitorang.
Very supportive!




Sesi bergambar. Ni staff UMBI, staff Cohort dah selesai amik gambar.
Masa ni aku tengah ushar pakaian UMBI paling cantik. Cohort yang nilai untuk UMBI. UMBI pulak nilai untuk Cohort. Baru la adil dan saksama kan? =)
Gambar staff Cohort tak sempat amik. Ramai sangat, kelam kabut nak bagi handfon kat juru gambar.
Aku pakai henfon je nokkk... Masa tengah kelam-kabut ni, sekali anak aku jatuhkan batang lemang kat belakang tu. Hadoiiiiii bikin malu seh!




Lepas amik gambar. Tengah tunggu makanan siap settup kat ofis ni.
Sila perhatikan mamat yang berbaju peach tu....
Nama dia, Faridzul. Ehem-ehem... Zul jugakkkkk!



Sebab lambat sangat makanan siap set up, aku ajak kawan-kawan lain pi serang UMBI dulu.
Pergh, lapar siotttt!





Budak-budak ni dah takut nak bergambar, sebab tadi diorang dah jatuhkan batang lemang tu.
Kahhhh~


Selesai melantak makanan kat UMBI, balik ke Cohort dan melantak kat sana pulak.
Wahhh, makin menggajah la aku kannnn...




IT Team. Comel-comel belaka...
Dari kanan : Massita, Afzan, Rosnalina, Yashota.
Eh, Yash bukan IT Team, dia Biospesimen. Hahahha...

Sesape yang berkenan kat diorang, sorry guys.. They aren't available. Taken oredy. Haha!!




Makwe-makwe Cohort terhangat di pasaran.
Yang dah jadi mak buyung pun masih hangat kauuuu!












Couple ni bila lagi nak langsung? Cepat-cepat sikit ye...




Tahun ni ramai yang pakai purple kan? Termasuk la aku.
Tapi pic aku tadakkkk...
Masa kat kampung En Zul, boleh dikatakan hampir satu kampung pakai kaler purple.

Bila En Zul tanya, "Eh, kenapa tahun ni ramai yang pakai purple?"
Aku jawab, "oh, masa bulan pose lepas mummy dah tweet satu malaysia kena pakai baju kaler purple. Biar sedondon satu malaysia..."
En Zul " Owhhhhh..."
Kahhhh!! Dia percaya seh!!!!
Bila aku cakap benda yang sama kat Cik Junaida, dia punya reaksi " Owhhhhh..." Hahahaha!!!
Sama macam En Zul....


Ok, gambar suasana dan staff aku dah amik.
Now turn gambar makanan pulak.




Secret Recipe cake. Aku berjaya dapat sponsorship 6 biji kek.
Lagi sebiji taruk dalam bilik meeting untuk VIPs.
Then dalam pukul 12 tghari, Nazihah dapat lagi kek SR 2 biji. 
Kalau tak silap Ain ada tambah kek SR dalam 4 biji kot. So total 12 biji tahun ni.




Steambot, dari Steambot Antarabangsa..
Muka Ain harus enterpremmmm... Dalam polistrin tu, ada 3 cucuk je. Pas aku snap gambar dia, dia tambah lagi 5 cucuk. Nak cover la tu!




Eskrem Nestle.
Sila cedok sendiri. Pada sesapa yang tak reti guna sudip tu, meh aku ajar.




Topping untuk eskrem.




Lemang, kopok lekor, rojak buah, otak-otak Kemaman (balut dengan aluminium foil), pulut kuning.
Caterer dari Jariah (err... hape tah nama caterer ni?)




Wajik, roti jala, kuah kari, serunding dan rendang.
Laki ni adalah supplier dari Semarak Dagang.





Rojak Pasembor
(timun, sengkuang, cekodok, tauhu goreng, kuah pasembor)




Set Sup
(Kuew teow, mee kuning, telur rebus, daging rebus carik, cekodok, perut rebus, taugeh)




Aneka mee




Ni antara set nasi hujan panas.
(buah orange, butterprawn, sambal sotong)
Butterprawn tak berapa menjadi, tapi sedappppp...
Sambal sotong dia ada sedikit berbau (i mean sotong tu laaa..) tapi rasa sambal dia memang mabelessss...
Ke, sebab bau tu yang buat dia jadi mabeles.
Hurmmm?





Set Hujan Panas - requested by ME!
(Besar kan pangkat aku? Main request je nak makan apa. Kawan-kawan lain pun sokong je laaaa...) Hahaha...
Ada nasi, kuah dalca, ayam masak merah, dalca..


Ni yang paling dinantikan oleh pengunjung dan staff.
KAMBING GOLEK.
Tahun ni buat macam tahun lepas - 4 ekor kambimg selamat tumbang.
(kambing golek, coleslaw, mashed potato with cheese - sumpah ni memang sedap, kuah BBQ, kuah mint dan blackpepper)




Set air minuman.
(ribena longan, sarsi, teh panas dan kopi panas)




Selain cake SR, kita juga ada cheese tart dan puding roti.


Amacam? Best tak makanan kat Cohort?
Best kannnnn???

Jom intai makanan kat UMBI plak.
(ni first time aku buat keje gila - pergi snap satu per satu gambar makanan kat UMBI).
Aku berani, kau hado?




Set sate dan ayam golek.
Ayam golek ni dari Kerinchi. Aku selalu makan kat situ.
Ayam golek dia memang sedap. Kalau aku bawak kawan-kawan makan kat situ, belum pernah ada yang kata TAK SEDAP. Semua cakap SEDAP.. Siap bawak tapau lagi!
Sekor RM20.00 ye... Tapi kat UMBI, free je. Hehehe.. Dah nama pun open house, mestila free...




Air sirap bandung soda. Tapi soda nya tak terasa sangat. Lebih rasa bandung je kot.
Kat sebelah pulak, eskrem Baskin Robin. Tapi eskrem dah habis.
Aku tak tahu la kenapa bandung ni serius sedap. Tak penah aku rasa bandung sesedap ni.
Sirap dia ke yang buat sedap? Ke susu? Ke cawan foam cup tu puncanya??
Tapi aku memang suka bandung ni.. Sampai sekarang masih terasa lagiiiiiii... Hukhukkkk...




Cer teka ni apa?
Mushroom soup? Chicken soup?
Salah.

Ni adalah cendol. Hahaha.. Cantik kan dia taruk dalam mangkuk soup ni..
Tu santan, bila ada yang nak makan cendol, baru kaut cendol dalam periuk tu, then taruk pulak gula merah.
Pun mabelessss!




Set Nasi Beriyani
(Nasi, ayam masak merah, rendang daging, rendang kambing - gila punya besar dia potong kambing. Nak amik pun segannnnn... Ada dalca, acar, papadom)




Papdom, acar buah




Set laksa




Air panas. Yang sebelah kiri air lemonade. Pun sedapppp!




Dessert.




Dessert




Set pasta.
(pelbagai kuah. Aleeya makan spegetti carbonara. Sedappp!)




Tempat VIP's




Kak Shila amik alih tugas cook sementara tunggu cook sebenar balik dari solat jumaat.




Ececehhhhh... Kak Shila sempat request second snap. Nak posing la katakan.
Ni kitorang tengah prepare makanan untuk game.
Haaa, game ape? Nantikan!



Ok, itu je makanan kat UMBI. Sumpah sedap weh!



Ok, let's intai apa game yang aku dan kawan-kawan lain buat untuk staff tahun ni.
Seperti biasa, game diadakan di Cohort.





First, harus la teka Nunc Tube.
Siap berbalut kau.. Dalam tu aku taruk bekas lain, dalam bekas tu aku taruk tube lagi.
Pastu siap taruk dengan pallet dia lagi. Memang aku sengaja bagi yang susah-susah.
Tengok je la si Farah dengan Ain ni. Ntah apa yang dia kira aku pun tak tahu.




Farah ni tak habis-habis lagi ke??
Macam ada potensi boleh menang je...
Hahahaha...




Staff UMBI pun dialu-alukan untuk meneka.
Teka cuma sekali je... Kalau tekaan tu tepat, tapi teka banyak kali, kira batal ek!


Ok, untuk teka Nunc Tube, pemenangnya adalah ---> drum rolling!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nurul Shuadah!!!!

Tahniahhhhhh!!!!
(dengan tekaan 1152 tube!)
Pandai Ude... Ala, bukan susah pun sebenarnya.
1 pallet ada 96 tube. Darab je dengan 12 pallet... Senang kan?
Aku pun bukan suka nak buat kerja renyah.
Nak keluarkan satu-satu tube, pastu kira. Hujung-hujung aku lupa!


Ok, next!
(semua game ni diinspirasikan dari rancangan TV. Kaki tengok TV aku ni. Hahaha)





Felo Vs Masterchef.
Para felo diberi masa 5 minit untuk mendekorasi apa sahaja makanan, bertemakan apa-apa sahaja, asalkan menarik. Comel kan muka Dr Zul yang berbaju krim tu. Sama tema kaler pulak dengan Puan Farliza.

Pemenang Felo Vs Masterchef : Dr Zul dan En Saiful Effendi dengan tema ---> Gangnam Style!




Puan Farliza dan Dr Nor Adzimah sedang memilih makanan.




Dr Zul pun boleh tahan kelam kabut tu... =)




Hias-hias....





Orang lelaki pandai menghias ke?




Dr Azian dan Dr Neoh Hui-min.
Siap import makanan dari UMBI.




Ni menu dari Kumpulan Dr Azian & Dr Hui-Min
Tema : 1 UMBI




Menu dari Dr Nor Adzimah dan Puan Farliza.
Tema : Rojak Fruit




Menu dari Dr Zul dan Saiful Effendi
Tema : Gangnam Style!!!!







Dah hias, harus la explain pasal menu kan?
Pastu bersiap sedia la kena soal dek juru acara (Zulhakim) dan dari penonton.
Kalau tak boleh jawab, besar risiko nya!




Dr Zul mula gelabah bila Zulhakim mula menyoal.. Ngeh..ngeh...ngehhhh!!!




Punya la lama diorang kat UMBI, tapi banyak ni je menu yang ada?
Huhuhu.....




Semua orang tengah memberi perhatian pada game yang dijalankan.
Tak pernah tak dapat perhatian weiiii! Sentiasa fullhouse!




Kena la bagi sokongan pada peserta game!
Tengok En Khirman tu, siap panjat kerusi lagi. Hahahaha




Ni semua tukang sorak.
Weh, tunggu apa lagi???? Sorak la weiiiiiii...




Whoaaaaaaaaaaa!!!!

Tu dia!!!!




Ok, ni food testing.
Bukan rasa, tapi bau.
Kitorang saje nak pedajal kan diorang. Taruk macam-macam menu dalam 1 pinggan. Biar dia blend semua bau. Pastu bagi diorang hidu menu yang tak ada bau. Macam kuew teow dan steambot. 
Mula la diorang teka lemang la, kuah kacang la, nasi impit la... Kahhh!





Nah, amikkkk! Tadi kau gelakkan orang sangat kan??
Berpeluk tubuh nak teka... Hihihi...





Dah hidu, kena la catatkan apa menu yang diorang hidu tadi.
Tapi AJK group ni memang dajal la. Suruh diorang tulis sambil tutup mata. Meraba-raba tangan tu.
Memang hazab laaaa... Hahahaha!!!


Pemenangnya....... Aku lupa! :p





Ni pulak, namanya Cer Teka... Cer Teka??

Ada 2 group je. Kena buat satu group dulu.
Mula-mula beratur memanjang. Then pandang depan.




Orang yang belakang sekali, akan diberitahu satu situasi oleh AJK.
Then orang belakang sekali (Redza) akan tepuk orang di depannya, dan kena buat gaya untuk beritahu apa situasi tersebut. Haaaa, dapat bayang tak??




Hambik kau!
Kau paham ke, tak paham ke, lantak!




Now, Edan kena tunjuk aksi yang sama kepada orang dihadapannya (Saberi).
Kalau salah aksi yang ditunjukkan oleh Edan, maka salah la untuk orang seterusnya.




Saberi pulak kena tunjuk kat Kak Sri.
Macam blurr je? Hihihiii...




Tak paham? Ok, tunjuk sekali lagi.




Now Kak Sri pulak nak tunjuk kat mamat berbaju merah ni.
Agak-agak ape la bendanya ye?




Errr.. Boleh tunjuk sekali lagi tak? Aku blurrrrr....




Okeyyyyy.. Ulang tayangggggg.....




Eh, macam ni ke Saberi? Tadi lain, ni lain.....
Kau biar betul.....



Hurmmmm... Kacau dodol kot??




Ok, ni kumpulan yang kedua :

AJK bagi situasi.




Sila lakonkan aksi pada rakan depan anda.






Amekkau!!! Ntah apa la yang si Masyitah ni buat.. Poning kepala En Khirman.
Hahahaha....





Si Andri ni lagi merapu. Nasib korang la dapat geng macam ni..
Ntah hape-hape yang diorang buat.

P/s : Comel kan mamat yang baju pink/peach yang masukkan tangan dalam poket tu. Nama dia Faridzul.
(kalau dia baca blog ni, mampus aku!)







Ok, ulang tayanggggggg... Nampaknya kumpulan ni kuat ke'blurr'an diorang.




Apooo la yang ekau buek ni Masyitah oiiiii???
Poning kepalo den ni haaaa....




Andri Speechless!




Ok, Andri, tengok betul-betul...




Nah, kau tengok ni!
(sumpah memang blurr muka si Faridzul ni bila Andri buat aksi)




Ok, cer teka? Cer teka??




Nak tips? Tak ada tipssss.




Faridzul : Makan lemang??


Wahhh... Comelnya mamat ni... Nasib baik aku dah kawin, kalau tak mesti dia jadi stok ayam jagoan aku.
Hahahaha... (kat ofis ni ramai yg minat mamat ni weh... Dia siap conteng buku kedatangan dia lagi.. hahaha)
Conteng buku? U know who u are! Hahahaa...




Betul!!!!!!!

Alololooooooo.. Kiut nya kamu!


Pemenang : Kumpulan mamat comel ni laaaa...





Yang ni game Betul Ke Bohong?

(memang terbukti aku ni kuat tengok tv kan? Semua game berunsurkan rancangan di TV je)




Semua group tengah berdebar nak tunggu soalan dari aku.
Teh Maria, sila bersedia dengan denda untuk diorang.




Soalan dah diberi, maka sila berbincang sesama korang. Bila dah dapat jawapan, sila hantar wakil untuk menyatakan "Betul" atau "Bohong". Kalau salah, ada denda!!!!




Yessss, kena conteng muka!!!
Nak karen, tapi tak boleh buat. Huhuhuuu...




Kasi conteng dengan lipstik.




Nasib baik Si Tuah (Qayyum) ni sporting. Walaupun rock, tapi tetap sempoi bagi orang conteng muka. Hehehe...




Tukang juru gambar pun tak boleh lari punya!!




Cik Jun siap request suruh conteng buat corak bulat-bulat!




Haaa, padan muka kamu! Tunang sendiri yang conteng muka kamu!
Hahahaha!!!



Apa-apapun korang semua memang sporting!


Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah (hampers) oleh Pengarah UMBI.
Terima kasih pada semua.
Salah silap, harap dimaafi. Harap korang semua enjoy ok!












No comments:

Post a Comment