Aleeya : Mummy, tolong adik buat kerja sekolah.
Aku : Ok, nak buat apa?
Aleeya : Mummy tolong lukis gambar haiwan. Pastu tolong kaler. Dah kaler, tolong guntingkan pulak. Dah gunting, Mummy tampal kat kertas-kertas kaler ni. Itu je.
Perghhh.. Sajaknya mulut kamu memberi arahan kat Mummy. Dah tu kamu buat apa? Goyang kaki saja ke? Tak de.. Tak de.. Kamu kena buat jugak kerja sekolah kamu tu. Mummy tolong sikit-sikit je.
So bermula la operasi menyiapkan kerja sekolah Aleeya.
Budak comot ni dah mula buat kerja sekolah dia. |
Tampal-tampal.... |
Ini semut ye, bukan gajah. |
Ketam. Aku rasa dia lukis lagi cantik dari aku. Atleast gambar ni ada la jugak rupa ketam. Kalau aku yang lukis, tak tahu la rupa apa yang jadi. |
Ini kucing ye, bukan harimau. |
She tried to draw a dolphin, tapi ikan lampam jugak yang jadi. Hahaha... |
Dah siap lukis, kena tulis nama. Tapi perlu ke tulis kelas sampai 3 kali?
5 jenis je la yang mummy larat lukis. Maaf sayang, mummy tak pandai lukis... Jangan la lepas ni dia mintak lukis gambar orang pulakkkk~~ |
Aleeya : Mummy, adik rasa kena lukis gambar manusia laaaaa.. Dia kena lukis gambar haiwan, tumbuhan dan manusia.
Arghhh!!! Tak payah! Masuk tidur sekarang!! Mummy dah ngantuk. Besok-besok je la kau lukis kat rumah babysitter.
Esoknya lepas habis sekolah....
Aleeya : Mummy, kerja sekolah yang mummy tolong buat malam tadi tu, cikgu cakap salah. Semuanya salah.
Ok, kamu memang sengaja nak bagi aku hangin satu badan!
No comments:
Post a Comment