Friday, March 9, 2012

Biskut oh biskut

Kat ofis aku ada disediakan makanan untuk peserta-peserta yang join projek kami. Ada bihun goreng, mee goreng, roti, butter, milo & nescafe 3 in1, teh, buah dan biskut Lexus Munchy's. Kalau kat lapangan, biskut ni jugak yang disediakan untuk staff kat sana. Selalunya kitorang akan order biskut ni dalam pelbagai perisa like coklat, cheese, peanut butter dan vegetables.

Kalau kat ofis, kitorang tak panggil biskut ni as biskut Lexus or biskut Munchy's. Tapi kitorang panggil biskut Cohort. Haaaa.. Aku pun tak paham kenapa? Kat ofis ni, semua benda akan dipanggil dengan nama yang ada perkataan COHORT kat belakangnya. Such as PEN COHORT, PAPER BAG COHORT, FRIDGE MAGNET COHORT, VAN COHORT, and even BUDAK COHORT.




Ni la biskut Cohort.
Ehsan Mr Google


Tapi sekarang ni staff Cohort dah tak makan biskut Lexus tu. Sebab sekarang ni kitorang dah mula makan biskut baru, especially pegawai. Kalau tengok work station pegawai, berlambak-lambak tin biskut ni. Siap ada yang buat koleksi siapa yang paling banyak makan. Hehehe.. Tapi untuk peserta masih lagi disediakan biskut Lexus tu.

Aku pun beli jugak biskut baru tu, tapi aku beli tin yang besar terus. Senang tak payah nak susah-susah turun beli kat Unikeb tu. Kalau tin yang kecik, harga dia dalam RM3.80. Net weight adalah dalam 150g je. Kalau yang besar harga RM10.20 untuk net weight 400g. Kiranya kalau beli tin yang besar ada la untung RM2 lebih. Aku ni mana cukup beli yang kecik. Sedangkan saiz yang besar pun kena beli 2 tin, apatah lagi kalau beli saiz yang kecik. Mahu aku beli 1 carton terus.




Redondo. Biskut cohort yang baru.
Ada banyak perisa. Tapi aku ambil perisa ni dulu.



Sedap! Wafer dia tebal dan cream dia soft.




Kudapan semasa bekerja. Bila buat kerja, biskut ni kompem habis dulu, tapi kerja tak habis-habis pun lagi.




Tapi kat Tesco, Giant and Jusco tak ada jual la biskut ni. Maya cakap kat Jusco ada jual, tapi mahal sikit dari harga kat Unikeb. Ye ke ada jual kat Jusco? Apasal aku tak perasan pun? Oh yela... Sebab aku selalu melencong ke bahagian baju dengan area Tako Tao.. Mana la nak perasaan kat bahagian market. Huhu..




No comments:

Post a Comment