Dan seingat aku, aku belum pernah masak benda-benda ni pada En Zul. Kalau setakat mee segera, banyak kali la. Tapi itu out of list ok!
Hari ni dan esok aku off. Konon-konon nak siapkan lab report dan assignment yang berlonggok tu.
Pffffff....
Bangun pagi tadi pun lewat. Baru siap satu report dah mula guling-guling, set reminder astro, main game, pastu layan FB. So bila nak siap semua kerja aku? Nampak benauuuuu suka mengelat.
Hari ni malas nak masak nasi. So aku nak masak mee bandung. Hmm. Dah lama tak makan mee bandung. Dulu masa kecik-kecik suka beli mee bandung kat gerai Cik Zan belakang rumah. Sedap mee bandung dia. Maklang punya mee bandung pun sodap gak! Tapi Maklang jarang masak mee. Ye la, Paklang tak suka makan mee. Kalau masak tapi suami tak makan, kan dah kecik hati.
Resepi kali ni aku ilhamkan dari resepi Maklang. Ceh, ayat 'ilham' kononnnnn! Padahal kat internet tu berlambak-lambak resepi ni. Macam-macam adooooo~~~~
Meh kita mula memasak!
Sayur-sayuran. Kali ni aku taruk sawi, capsicum, carrot, cauliflower dan cabbage. Kalau nak taruk babycorn ke, broccoli ke.. Pun boleh. Aku masukkan tomato, tapi lupa nak snap pic. |
Bahan-bahan penyedap tekak. Udang, ayam dan sotong. Nak masukkan daging pun sedap jugak. Tapi aku malas nak rebus kasi lembut daging tu. |
Ok, mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Tapi aku guna periuk. Senang nak campak semua bahan-bahan. Kuali aku kecik je. |
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia tadi sehingga naik bau. |
Masukkan garam. Pecahkan telur ayam ke dalam kuah yang tengah mendidih. Kalau kuah masih cair, boleh tambahkan sos cili lagi. Last sekali masukkan tomato. |
Ok, ni untuk hidangan. Masukkan mee ke dalam mangkuk. |
Curahkan kuah ke dalam mangkuk. Perghhh!! Berasap kuah mee bandung aku. |
Petua :
- Kalau rebus daging, masukkan air rebusan daging kedalam kuah. Lagi manis kuah tu... Kalau ada air rebusan tulang lagi sodappp!!! Lagiiiii manis kuah tu berbanding air rebusan daging. Tak caya? Cubalah!
- Telur ayam tu masuk sebelum tutup api. Lepas masukkan telur ayam, biar ia masak dalam masa seminit or 2 minit. Telur tu akan jadi separuh masak. Mee bandung ni sedap kalau telur ayam tu separuh masak.
- Untuk daging ayam tu, boleh gantikan dengan ayam bahagian tulang. Be it mee bandung or apa-apa mee pun, memang tulang yang akan jadi penyedap kuah. Tapi sebab aku malas nak potong tulang ayam, aku rembat je ayam bahagian daging. Senang aku nak potong. Hehehe..
Selamat Menjamu Selera!
No comments:
Post a Comment