Hari nak hapdet pasal Denai Tropika.
Again!
Tadi ada exam JIF 212 (Optics).
Serius merapu jawapan aku.
Alaaa.. Soalan objektif, ape ada hal?
Soalan diberi, jawapan pun diberi jugak.
Siap ada 4 jawapan untuk 1 soalan.
Tapi cuma 1 je la yang betul pun.
Lagi 3 tu adalah perangkap samar.
So agak-agak tak tahu jawapan, aku lambung dadu je.
Kalau dadu tak ada, aku main nyanyi One Two Jus.
Sambil nyanyi sambil kira kat jawapan A or B or C or D.
Kat mana pen aku benti bila lagu dah stop, itu la jawapannya.
Mudah kan?
Hahaha...
Lepas Maghrib, aku keluar dengan Adah dan Kak Lin.
Mulanya nak ke Restoran Pak Husin.
Tapi tutup, so kami melencong ke Denai Tropika.
Denai Tropika ni bertentangan dengan kedai Pak Husin.
Aku nak ajak Nadia ikut join sekali.
Tapi dia ada exam differential equation pukul 8pm, so dia tak ikut la.
Jangan sedih-sedih ye dear..
I bawak balik gambar lauk pauk untuk u..
Itu je la yang ada pun.
Nak bungkus makanan, semuanya dah selesai masuk perut :)
Tadi masa nak keluar dari bilik Nadia, dia buat muka sedih.
Sejibikkkk macam muka Puss in boots.
Muka serot-berot, air mata bergenang-genang...
Yanggg oiiiii...
Itu bukan muka Puss in boots, tapi tu muka mintak penampar!
Pangggggg~
Hahahahahaaaaa...
Takpe..Takpe...
I dah belikan u jus carrot susu.
Jangan sedih-sedih ye...
So entri kali ni khas untuk dirimu, wahai sayangku..
Nor Nadia Binti Mohd Khairi..
A.k.a --> ASPALELA
Hikhikhikkk...
Layan saja gambar ini sampai meleleh-leleh air liurmu.
Kalau bantal dah lencun, sila lap sendiri ye.
Pintu masuk ke Denai Tropika. Ada pokok krismas dan air terjun lagi. Feeling-feeling korea pulakkk~ |
Tu dia mak buyung dah mulakan operasi 'mencandak' sotong. Hasilnya cuma 3 ekor. Hehehe.. Tapi berbaloi-baloiiiii! |
Sotong yang besarrrr. My faveret ni.. Sotong kami order goreng tepung je. Tapi hasilnya macam 'tepung goreng sotong'. Sebab banyak tepung dari sotong. Hahaha.. |
Hasil kerang-kerangan. |
Pilihan ikan tak banyak Setakat siakap, pari, kembung. Itu je. Udang besar-besar gak, tapi kuantiti tak banyak. |
Suasana kedai makan |
Menu ala-ala sijil penghargaan. Kreatif! |
Ni dia hasil candakkan sotong Adah dan Kak Lin. Hanya 3 ekor sotong, mendatangkan hasil yang membuak-buak. Sumpah memang banyak. Sampai buntang mata kami melihatnya. |
Kailan ikan masin |
Daging masak 1000rasa. Segala macam bahan diorang ni campak dalam lauk ni. Serai, halia, lengkuas, bunga kantan, daun limau purut. |
Ayam goreng kunyit |
Tomyam campur. Berapi-api stove dia. Hehee... |
Tadaaaa~~ Menu kami malam ni. Total bil : RM69.70 (beverages included) |
Puan Nadia, penJELESan dari pihak Puan amat kami alu-alukan.
Sekian.
Servis restoren ni lembab sgt sgt sgttttt...and pelayan dia OUT...x profesional..org pggil pun leh bg jeling je?..fuhh..letih layan org x adamakai gitu..
ReplyDeletePak hussin la the best..
Fresh & sedap..hehe
Hari tu kitorang byk kali nak makan kat kedai pak hussin. tapi kedai pak hussin tu asyik tutup je memanjang. dengar kabar Pak hussin tu ada masalah dgn imegresen (dia guna khidmat pekerja warga asing). Wallahualam..
ReplyDelete