Bermula 29/01/2012 sampai 12/02/2012 Kursus Intensif kat USM bermula.
Masa ni mula la aku kelam kabut nak study la, buat assignment la.
Padahal 6 bulan sebelum tu tak nak pulak aku study.
Dah hujung-hujung baru nak buat kecoh.
Ni dah masuk USM pun still boleh update blog?
Pastu hapdet status cakap "What a hectic day~ Bla... Bla.. Blaaaa...."
Konon je penat, padahal setakat drive 3jam setengah dari KL ke Penang, pastu wat sikit-sikit assignment, angkat barang masuk hostel, itu kira penat?
Ptuihhh!
Semalam aku lewat bangun. Set alarm pukul 5.30am, sekali aku bangunnnnn~~~
Huh, serius lambat! Tak payah nak state pukul berapa, memang lambat!
Kelam-kabut mandi, siapkan order kek coklat Fadhila, then terus amik Nadia kat LRT Universiti.
Nasib baik aku janji dengan Nadia pukul 9am, memang aku sampai dalam 9.03am.
Legaaaa...
So bertolak dari KL pukul 9.30am. Sampai Juru dalam pukul 12 lebih, dah nak pukul 1pm.
Kitorang stop kat Juru dan terus call Kak Lin cakap dah sampai.
Gila terkejut Kak Lin sebab tak sangka kitorang sampai awal.
Dia janji nak masak, tapi sebab kitorang sampai awal so dia belum masak apa-apa lagi.
Never mind la kak Lin. Kitorang tak kesah.
Dah dapat tumpang tidur kat rumah kak Lin pun dah besar nikmat dah.
Semalam kak Lin masak ayam kicap berempah. Memang sedap.
Untuk makan malam kak Lin masak bihun tomyam.
Berselera aku makan masakan kak Lin.
(ni sejak bila yang aku tak pernah berselera ni?)
Sampai malam aku buat assignment.
Dah pukul 2am, tinggal 1 je lagi assignment yang belum siap.
Serius aku surrender!
Ngantuk sangat~~~~~
Pagi tadi pukul 5am aku dah bangun.
Memang malasssss sangat nak bersiap. Mata masih mengantuk.
Badan masih letih-letih.
Huhuhu..
Pukul 8am kitorang bertolak dari rumah kak Lin ke USM.
Alhamdulillah jalan clear.
Sampai USM terus check in hostel. Dapat kat Alam Damai.
Tahun lepas duduk kat Restu. Sumpah jauh hostel dari dewan kuliah!
Kalau nak menapak dari Restu ke USM, memang melecet celah kangkang aku yang montok ni.
Bergesel-gesel je lemak peha ni.
Tahun ni dapat Alam Damai, kira macam central dalam USM la.
Senang nak pergi ke semua tempat.
Lepas check in bilik, aku dapat bilik kat ground floor.
Wahhh.. Gila best la! Thanks kak Lin sebab berjaya pujuk pegawai warden tu.
Thanks kat Adah jugak sebab pregnant time intensif ni.
Tuah ayam nampak di kaki. Tuah aku pada perut Adah.
Eh? :)
Penat gila nak bawak masuk barang.
Pas check in, pergi daftar pengajian. Sekali ternampak "Inspira" kat Dewan Peperiksaan B.
He still good looking like usual.
Hehee.. (Ampun En Zul~)
Balik daftar pengajian, kitorang lunch.
Tapi lunch pukul 10.30am.
Tak tahu la ni kategori lunch ke, breakfast ke, brunch ke..
Janji perut aku kenyang.
Student prize Nasi putih, ayam goreng rempah super dupper best, sambal tauhu. Only RM3.50. Percaya tak? Kalau kat kedai makan lain kat KL mampus nak dapat harga macam ni. |
Campur air sunquick RM1. Total RM4.50 |
Penat nak mengharungi hari ni.
Kelas, assignment, borak-borak dengan kawan-kawan yang dah setahun lebih tak jumpa.
Eh, Nadia tak termasuk.
Dia aku jumpa tiap-tiap bulan.
Kan Nadia, kan? :p
Ok, nak tidur.
Nak 'claim' balik sleeping hour yang tertunggak sejak minggu lepas =)
No comments:
Post a Comment