Sebelum balik kitorang beli KFC buat santapan kat rumah Maklang.
Aku tahu Maklang tak ada kat rumah, dia pergi kenduri kawin ntah sapa ntah. Pukul 2pm baru nak balik rumah.
Sebelum aku jadi kebuluran, adalah lebih baik aku cari makanan dulu.
So aku sambar je la kfc.
Setel.
Sepanjang perjalanan anak aku si Ika duk sebuk-sebuk nak pergi main layang-layang kat Taman Metropolitan Kepong.
Puncanya dulu aku pernah cakap kat diorang, "nanti kita balik rumah Tok Wan, boleh la kita pergi main layang-layang. Taman tu dekat je dengan rumah Tok Wan.."
Masa aku cakap tu kalau tak silap tahun lepas, dalam bulan Nov.
Tak sangka dia masih ingat. So bila En Zul ajak balik umah Maklang, menggelupur la si Ika ni nak gi main layang-layang.
Aku nak bawak diorang gi sana sebab nak cover dari kena bawak diorang gi Sunway Lagoon.
Kat sana kompem-kompem mahal kan. Tiket je dah berapa harga, belum kira masuk bab makan lagi.
Kalau aku bawak bekal sekali pun, sampai sana je mesti ada je benda yang diorang nak beli.
Nak makanan itu la, ini la. Pastu nak beli baju mandi kaler tu, kaler ni. Padahal kau dah siap-siap bawak baju mandi & bekal makanan. Lagi mau merabakkan duit aku & En Zul.
Pastu aku bukan je setakat nak temankan diorang main-main.
Sah-sah la aku kena berbasah sekali kan? Takkan nak temankan diorang mandi, aku kena duduk kat tepi-tepi kolam?
So daripada bawak diorang gi Sunway Lagoon, baik bawak diorang gi main layang-layang.
Setakat harga layang-layang baru RM5-6 je. Parking dan masuk taman pun free.
Masa kat rumah Maklang, Ika dah mula mengamuk-ngamuk nak gi main layang-layang.
Sampaikan aku nak menyembang dengan Maklang pun tak senang.
Lepas kitorang mentekedarah KFC, kitorang terus ke Taman Metropolitan Kepong.
Masa ni aku tengok En Zul macam pasrah jeeeee..
Sebab aku tahu dia malas nak ke sini.
Baru pukul 3.30pm, sah-sah la tengah panas terik kan?
Tak pe la bang.... Bukan mahal pun nak bawak diorang ke sini.
Esok lusa diorang mintak kita bawa diorang ke Disneyland, lagi haru.
So ikutkan je la kehendak suci diorang ni.
En Zul melangkah longlai menuju ke Taman Metropolitan Kepong. |
Banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Eh, nak main layang-layang ke, nak makan-makan ni? |
|
'Hasil' amukan Ika, maka dapat la ia sebuah layang-layang Angry Bird. Mana cukup satu je kan? Lalu si Aleeya tanpa disuruh terus sambar layang-layang Princess. |
Let's play! Sorang pegang, sorang tarik. Last-last cium ke tanah jugak layang-layang tu pergi. Hahahaa.... |
Last-last si bapak yang main. Dah agak dah. Dalam duk malas nak pergi kannnnnn??? |
Masih mencuba untuk menaikkan layang-layang. Serius panas. Kulit budak-budak ni memang kental la. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Eh? |
Iyahhh! Terbang la dikau ke langit biruuuuuu!!! |
Tak penat ke Ika ni? Berlari-larian macam Watson Nyambek. Aku yang nengok ni yang jadi letih. |
Anak aku ni memang la tak kira panas ke, hujan ke, tsunami ke, asal dapat main kompem lajuuuu je! |
Tinggi takat tu je la yang berjaya dia naikkan. |
Layang-layang mengejar roket! |
Kannnn??? Aku dah kata, kompem bapaknya yang lebih-lebih! |
Layang-layang orang lain naik ke atas, kau punya duk terseretttttt je kat tanah. |
Yeayyyy.. Dah naikkk!! (En Zul yang naikkan) Elok la main jauh-jauh. Kau duduk la kat tengah-tengah panas tu. Nak aku temankan? Tak koserrrrrr! |
Tak sampai 5min layang-layang terbang tinggi, terus jatuh balik. Tak ada bakat sungguh Aleeya ni main. |
Yang aku naikkan. Siap 'control' slow-slow layang ni ke tempat kitorang yang teduh. Haaa.. Ada sape-sape berani calen aku? |
Layang-layang Ika patah kat tengah. Sebab selalu sangat seret cium ke tanah. Mode : ANGRY bird!!! Hahahahaaaa... |
Masih memikirkan bagaimana nak betulkan layang-layang dia. Si bapak pulak tengah melayan Aleeya. Alahai.... Kesiannya Mummy tengok.. (Tengok je la yang aku mampu. Hekkk) |
Melihat layang-layang MALAYSIA megah terbang di langit biru. Layang-layang sendiri? Still kat tanah. Hahaha... (Itu layang-layang orang lain yang sama macam Ika punya) |
En Zul : Ok, fineeeeee~~~ So buat la sendiri! Terus jalan malas nak layan mamat tu. Berlagak tak kena gaya. (Gile menyampah aku tengok gaya En Zul. Aku pun tak faham kenapa mesti buat gaya macam ni?) |
Gigih mengawal layang-layang masing-masing. Layang-layang dah terbang setinggi 80m di atas langit. Diorang sangat happy... Alhamdulillah..... =) |
Ok, masing-masing tengah serius. Jangan kacauuuuu... Dah hitam berlengas budak-budak ni. Termasuk la aku ni. Hehehe.. |
Berdua lebih baik =) |
Lepas puas main, kitorang gi NSK nak beli barang-barang dapur pulak.
Kalau shopping bawak bebudak ni, kompem langsai duit aku nak membeli barang-barang diorang.
Huhu...
Ika : Mummy bila nak pergi Sunway Lagoon pulak?
Banyak cantikkkkk muka kau!
Tak payah!
Love,
No comments:
Post a Comment