Semalam aku jalan dari Accident & Emergency department (A&E).
Sampai kat lif, ada sorang mamat ni bawa wheel chair.
Boleh tahan jugak la muka mamat ni.
Rasanya macam belum kawin lagi.
Amboiiiiiii...
Asal hensem je, mesti syak belum kawin.
Tapi kalau muka yang tak seberapa nak siap, mesti fikir dah kawin.
So tak payah nak susah-susah pandang muka dia. Suami orang la katakan.
Hehehee...
Bila lif tu terbukak je, aku pun bagi laluan kat mamat hensem ni untuk masuk dulu dengan 'siput' dia tu.
Tapi kalau mamat tak hensem, aku masuk lif dulu! Kah~~
Aku tengok mamat ni macam tak berapa reti nak handle siput dia tu.
So aku mengoffer diri nak bawak siput dia masuk ke dalam lif.
Baik kan aku??
Hahaha..
Aku : Errr.. Encik.. Biar saya tolong.
En : Ohh... Thanks.. Thanks..
Cenggitu la bunyi nya aku nak menolong. (Setakat tolong ciput macam tu pun nak update blog! Ceh.)
Masa dalam lif, aku jeling kat name tag dia.
DR. AZMI
Owhhh.. Doktor ke? Patut la tak reti nak tolak wheel chair. Selalu doktor-doktor ni suka pass je kat pembantu klinik yang tolak.
Tapi, ape kes doktor ni yang tolak siput tu?
Sampai tingkat 4, Dr Azmi yang hensem ni masih tak reti nak tolak wheel chair dia keluar lif.
So akak yang comel ni offer diri sekali lagi untuk tolong dia.
Dan Dr Azmi mengambil kesempatan atas akak!
Dia suruh akak tolak wheel chair tu terus ke wad mak dia!
Wadefak!
Dr Azmi : Boleh tolong tolak tak sampai ke wad mak saya? Depan tu je.
Aku : Hmm.. Ok. (Akak pasrah je..)
Sampai kaunter wad, terdengar nurse dan staf kat situ menegur-negur Dr Azmi yang hensem itu.
Semuanya masih muda-muda.
Nak tackle Dr Azmi kot.
Nurse : Hi Dr. Syed Azmi Nak pergi wad mak Dr ke? Hari ni keluarkan?
Dr Azmi : Ye. (hmm.. Jawab 'Ye' je? Mesti korang bukan taste Dr Azmi... Hehee..)
Oh, nama dia Dr SYED AZMI. keturunan syed-syarifah la ni..
Aku pun terus ikut bontot Dr Azmi ke wad mak dia.
Sekali aku masuk dalam wad, ada seorang lelaki (ayah Dr Azmi) dan 3 orang wanita (mak dan 2 orang makcik Dr Azmi) tengah tunggu Dr Azmi bawa wheel chair.
Dr Azmi : Awak boleh letak wheel chair tu kat tepi pintu. Ni ayah saya. Ni makcik saya. Yang itu pun makcik saya. Haaa.. Yang ini mak saya.
Aku pun pergi la salam kedua orang makcik tu.
Lepas salam makcik, aku hulur tangan kepada mak Dr Azmi.
Cantik jugak orang tua tu.
Baru je nak hulur tangan, mak Dr Azmi bangun dari kerusi dan terus peluk aku!
Errrr... Kenapa ni makcikkkkk?? (Dalam hati)
Lepas aku salam, mak Dr Azmi ajak aku duduk sebelah dia.
Dia pandang aku dan senyummmm je..
Dia pandang aku dengan penuhhhhhh kasih sayang.
Serius aku dah tak senang duduk.
Makcik 1 : Anak ni siapa nama?
Aku : Hayati.
Makcik 1 : Kerja sini ke?
Aku : Aah. Kat tingkat 7. (Masa ni aku dah tak angkat kepala dah. Semua orang tengah pandang kat aku. Takut)
Makcik : Ada boifren? Siapa nama boifren?
Aku : (geleng kepala. Apa jadah tetibe nak tahu pasal hal peribadi aku ni?)
Makcik 2 : Dah tunang kot. Apa nama tunang?
Aku : Tak ada tunang.
Mak Dr Azmi : Dah kawin?
Aku : (angguk) Dah.
Mak Dr Azmi : Boleh tak yati kawin dengan anak makcik, Azmi? Kami sanggup bayar berapa sahaja duit yang Yati nak. Kalau nak bayar kat suami Yati pun tak apa. Cakap je berapa, kami sanggup bayar.
Dr Azmi : Yati, saya nak kawin dengan awak. Sebab awak sudi tolakkan wheel chair untuk mak saya. Kalau orang lain memang tak nak tolong. Tapi awak ikhlas nak tolong saya.
.
WHAT???
Dah gila ke diorang ni?
Ok, ni semua mimpi aku malam tadi.
Hahahhaaha...
Nasib baik la dalam mimpi Dr Azmi tu hensem. Kalau tak hensem, mau nya aku sepak-sepak muka aku sendiri sebab nak suruh bangun dari tido.
P/S : Dr, saya ni dah kawin. Sebenarnya saya pun tak ikhlas nak tolong Dr. Saya tolong pun sebab saya tengok muka Dr hensemmmmm sangat. Betul ni.. Saya memang tak ikhlas. So tak payah la Dr nak berangan kawin dengan saya erk..
Bibik Wicha,
No comments:
Post a Comment