Thursday, December 15, 2011

Rojak Jalan Bellamy

Hari ni En Zul ajak lunch kat Jalan Bellamy.
Dalam kepala otak aku dah terfikir pasal ikan bakar dah.
Dan air liur aku pun meleleh memikirkan ikan bakar dan sotong bakar kat sana.
Pergh~ Memang terbaik!

Sampai je kat belakang Istana Negara, En Zul kona kat kedai makan Rojak ni.
Ntah apa nama dia ntah.
Aku rasa nama kedai ni Rojak Bellamy kot (ok, ni aku main taram je!)

Elok je En Zul parking kereta, hujan turun pulak.
Tak apa lah, anggap je rahmat Tuhan sempena first time aku makan kat sini.
Boleh gitu?

Hm, tak banyak gambar pun. Sebab perut tengah lapar, malas nak snap banyak-banyak.
Aku order nasi ayam dan sirap, En Zul order rojak biasa dan teh ais limau.
Pastu aku bungkus rojak extra sotong untuk tapau ke ofis.
(kompem makin menggajah aku pas ni.)
Total harga makan kami hari ni RM15.
Hm, tak la mahal sangat. Consider untuk 3 orang makan. Cuma air ada 2 je..




Ni side sebelah kiri. Bahagian utama kat sebelah kanan. Kat situ memang penuh.
Tak ada langsung seat kosong.



Jangan fokuskan kepada abang long baju hitam tu.
Sila fokuskan pada frame gambar kat dinding :)



Sejak 1958.
Pernah menjadi juadah Istana Negara.
'Pernah' ok... Bukan 'Selalu'..
Means sekali je kot makanan ni masuk istana.



Again... PERNAH!
Itu je la modal dia duk ulang kat semua iklan...




Menu kami. Nasi dia not bad jugak. Makan nasi je dah rasa sedap. Ayam pun ok, sambal pun ok Sup dia memang ikhlas sedap. Bukan macam sup orang lain yang keruh macam air hujan tu.
Senang cerita nasi ayam dia sedap :)



Rojak biasa. harga RM3. Kuah agak pekat, tapi kurang 'kick' pada tekak aku.
Serius aku tak faham kenapa orang nak gebang-gebang kepochi pasal rojak ni.
Tidak la sedap tara mana punnnn...



Ayam yang sedap.. Sos cili dan kuah kicap pun ok.



Nasi ni memang best. Rasa dia seperti nasi lemak yang di jual kat A&E HUKM.
Kat gambar warna kurang kuning. Tapi hakikatnya memang kuning menyala jugak la.



Selamat menjamu selera =)


Menu utama kat kedai ni adalah rojak yang PERNAH MENJADI JUADAH ISTANA NEGARA.
(Ada aku kesah?)
Tapi ada jugak menu lain yang goreng-goreng, macam nasi goreng, mee goreng.
Mee rebus pun ada jugak.
Rasanya semua rasanya ok kot (berdasarkan bilangan pelanggan).
Tapi bagi aku, rojak dia kurang menyengat. Padahal menu tu yang dibanggakan sangat.
Sampai merata-rata orang duk canang pasal rojak ni.

Adatlah, tak semua tekak akan rasa sama.
Itu kan subjektif.
Ntah-ntah tekak aku yang problem.

Pada sesiapa yang nak try rojak ni, boleh la cuba.
Tapi kalau try nasi ayam dia lagi berbaloi kot.

(nak jugak menangkan nasi ayam tu)

No comments:

Post a Comment