So aku post status kat FB mintak idea dari kawan-kawan lain yang banyak idea.
Tapi kawan yang reply tu tak dapat membantu aku secara telus.
Ok, aku dan budak-budak ni gamble je cari kedai makan.
Last-last kitorang makan je kat area Politeknik Seberang Perai.
Aku order nasi putih, burung puyuh goreng berempah (bila outstation, burung jugak yang aku cari! haha), tomyam campur dan air jus timun.
Masakan dia boleh tahan la sedapnya, harga pun berpatutan.
Ok, tiada gambar untuk aktiviti malam ni.
Esoknya berkerja seperti biasa.
Lepas kerja aku rembat kereta Zam dan aku keluar pergi jalan-jalan kat Pacific.
Mangsa untuk jadi peneman aku adalah UDA DAN MIMI.
Yesss.. Diorang pun kaki jalan gak.
So aku pun mula la menjalani aktiviti mengambil gambar sekitar Pacific.
Kak Long datang melawat kawasan! |
Feeling-feeling macam kat Aussie plak kan? |
Sama besar |
Promotion perfume |
Melawat setiap inci kawasan |
Benda ni jugak yang dia berkenan! |
Bestnya! |
Department yang WAJIB singgah bagi WANITA |
Pilih.. Pilih... Pilihhhh!! |
Kasut |
Agak-agak kenapa aku snap pic ni? Cantik? Tidak! Menarik? Tidak! Vogue? Tidak! |
Sebab belakang baju dia BARE-BACK! Feeling-feeling Fasha Sandha gitu! |
Testing |
Unik |
Zoom in |
Senyum ye kak? Beli la sepasang dua.. |
Kedai urut pun ada. Dari Thai ni. |
Haaa... Kat sini boleh jumpa Han Ji An dan Rain. Nampak lelaki sebelah kiri? Dia owner kedai ni. Siap tegur aku, "Lu sapa? Kenapa ambil gambar?" WA PUNYA PASAL LA APEKKKKK!!! |
Ramai peniaga dari Thai berkampung di sini. |
Nampak tak pagar besi tu? Ada minah cina ni sound aku tak bagi rapat-rapat kat pagar tu. Apahal??? |
Another side, okkkk je! Tak ada sape-sape larang aku duduk kat beranda tu. Siap ada Eiffel Tower. |
Bukti aku duduk tepi pagar besi. Apa la sebab dia nak marah aku tak tentu pasal? Adakah kerana aku seorang yang cantik? Hahaha... |
Jalan-jalan, terjumpa baju ni. Teringat kat Didie Alias. Huduhhhh! |
Sebelum balik, kitorang ke basement untuk pergi hypermarket Pacific.
Tapi aku pening dengan susun atur barang-barang kat sini.
Berterabur sangat!
Barangan Johnson's & Johnsons's dekat dengan area barangan parties. |
Barangan Sunsilk dekat dengan barangan dapur (kuali dan periuk segala bagai). |
Barangan mandian ni (tak tahu jenama apa) dekat dengan MILO. |
Barangan Nivea dekat dengan barangan dapur jugak. |
Kan lebih memudahkan customer.
Serius aku pening dengan susun atur barangan kat Pacific ni.
So, jom balik rumah!
Rumah (homestay) yang budak-budak ni duduk sangat tip-top!
Berbanding dengan Rumah Tumpangan Mak Jah kat Tasik Chini.
Diorang kat sini duduk rumah semi-D dua tingkat.
Budak-budak lelaki pergi duduk kat hotel.
Laggi pun korang sikit je bilangan nya.
Bagi aku kalau dah dapat duduk rumah macam ni, tapi masih tak bersyukur, memang patut pancung kepala je diorang tu.
Ye anak-anak.. Semua masuk ke dalam ye... Susun kasut tu elok-elok na.. |
Tempat menyidai pun disediakan. |
Ada banyak ruang untuk sidai baju. Nak buat BBQ pun boleh. |
Barangan mandian pun disediakan dalam sarang burung ni. Kau mampu? |
Meja makan. Tapi dah jadi meja sidai baju budak-budak ni. |
Ruang tamu Tapi tak ada TV sebab semua TV ada dalam bilik masing-masing. |
Dapur yang serba-serbi lengkap Boleh memasak kat sini. |
Ruang rehat tingkat atas |
Bilik tidur. Atas ada 3 bilik tidur, 3 bilik mandi. Bawah ada 1 bilik tidur dan 1 bilik mandi. |
Setiap bilik ada TV, bilik air dan berhawa dingin |
Hiasan ruang rehat tingkat atas. |
Balkoni bilik master |
Aku suka lampu kat tangga ni, nampak macam matahari kan? |
P/s : Rasa macam nak hias rumah macam ni la....
No comments:
Post a Comment