Tadi aku dan En Zul tengok siaran ulangan Masterchef. Dah bosan sangat kat Astro ni memanjang je duk ulang cerita yang sama beratus kali. So aku layankan aje cerita Masterchef Malaysia ni. Dulu aku rajin gak follow Masterchef Australia, Masterchef Amerika & Masterchef Junior tu. Since dah ada yang Malaysia punya, jenuh aku menunggu siaran tu ditayangkan. Tapi indah khabar dari rupa. Program yang sungguh mendukacitakan! So drama.
Ok, aku bukan follow sangat cerita tu. Tapi apa yang membuatkan aku dan En Zul tersentap bila melihat reaksi juri program Masterchef tu. SENTAP, ok! Maknanya serius jengkel. Aku tak tahu la kalau kami je yang over, tapi rasanya tak salah kalau aku nak jadi over kalau apa yang aku nampak adalah perkara sebenar. Am i right?
Minggu ni peserta dikehendaki menyediakan makanan berasaskan belut. Ye, belut. Yang ala-ala ular tu. Hishh, tetiba kembang pulak tekak aku. Belut ni elok untuk mengubati sakit kulit. Dulu Maklang pernah tahan bubu dalam kolam, sekali dapat tangkap belut seekor. Then belut tu Maklang bagi orang Indon masakkan jadi lauk berlada, macam lauk ikan keli masak berlada tu (sumpah tak makan lauk tu dah!).
Aku, Leen dan Paklang tak tahu itu belut, pakat ramai-ramai kendurikan lauk tu. Masa tu memang makan sampai menjilat jari beb. Memang rasa macam keli, cuma tekstur dia lain sikit. Dah malam sikit, masa tu semua lauk dah licin, baru la Maklang cakap lauk yang kami makan tu belut. Pastu dia buat muka selamba!
Boleh?
Bertahun jugak la aku tak makan ikan keli. Takut tertipu lagi. Hahahaha.. Tapi start tahun ni aku dah mula makan balik ikan keli, tapi syaratnya ikan tu mesti masak tanpa dipotong atau potong separuh. Kalau dah potong kecik-kecik, memang aku tak pandang! Kembang tekakkkk!!!
Berbalik pada cerita Masterchef tadi, peserta-peserta mulanya memang geli-geleman tengok belut tu. Tapi kalau nak menang pertandingan, kena lah buat jugak kan. Lepas diorang bertungkus-lumus memasak lauk tu, tiba masa untuk penilaian dari juri. Tang penilaian tu yang aku dan En Zul tak boleh blah!
Kebanyakkan peserta masak lauk belut ni bersama bahan sampingan. Like nasi, sayur, sup, kekacang dan lain-lain. Tapi bila masa penilaian dari juri, semua juri cuma kuis-kuis bahan sampingan je (ulang suara : BAHAN SAMPINGAN) dan menilai keseluruhan masakan! Pastu cakap masakan orang ni tak sedap, masakan orang tu tak lengkap, tak sesuai. What the ...???
Serius macam bodoh! Kau cuma makan bahan sampingan yang kena kuah sikit-sikit tu, then kau nilai secara keseluruhan. Lansung tak makan belut tu! Kenapa? Geli? Haaa.. Agak-agak sikit ye. Kau ingat peserta-peserta tu tak geli? Bersusah-payah diorang masak, kau setakat kuis-kuis sikit pastu seronok hentam masakan diorang. Memang la kau juri, dah tahap profesional (ye ke profesional kalau CV pun dipalsukan?), so kau perlu la menilai dengan cara profesional. Kalau diorang kena masak belut, kau pun kena la nilai belut tu dengan cara memakannya.
Peserta yang terakhir (Wahidan dari Sabah) memasak belut gulung ntah apa ntah (dimasak dengan membuang tulang dan menggulung belut tu. Serius nampak bentuk asal belut). Dan masakan dia tiada bahan sampingan lain, hanya belut semata-mata. So juri tiada pilihan lain, nak tak nak memang kena makan jugak belut tu. Masa tu muka juri tu pun dah kelat semacam je. Aku dan En Zul bantai gelak cukup-cukup. Dan juri puji masakan Wahidan tu. Haaa.. Itu baru adil dan profesional baiiii...
Pusingan kedua kena memasak berasaskan tuna dan Japanese style. Siap jemput chef pakar masakan Jepun dari Renaissance Hotel untuk jadi juri jemputan. Bila time penilaian, cuma juri jemputan je yang beriya-iya makan ikan tuna mentah tu. Juri yang lain? Macam biasa laaa.. Kuis-kuis bahan sampingan, then "I'm done"! Mungkin itu yang dikatakan 'profesional' kot. Tak perlu rasa bahan utama, dah cukup untuk menilai rasa keselurahan masakan tersebut.
Kalau dah profesional tahap macam tu, tak perlu la nak kuis-kuis bahan sampingan tu. Apa kata kau cukup sekadar 'Tengok dan amik bau je', then kau dah profesional untuk menilai. Baru la dikatakan HEBAT kan?
Ikhlas dari,
Gordon Ramsay (Hell Kitchen)
No comments:
Post a Comment