Thursday, December 29, 2011

From My Kitchen : Roti Boy

Petang ni nak buat benda lain pulak. Asyik menge'kek je kan. So sekali sekala nak try jugak bakat membuat roti. So roti yang menjadi pilihan adalah Roti Boy or Mexican Bun, sebab ia adalah roti kegemaran En Zul.  Kelmarin aku dah siap-siap beli bahan. Tapi memandangkan aku belum siapkan lagi assignment Teras Keusahawanan (JUS101), maka aku tangguhkan dulu aktiviti membakar roti untuk memberi tumpuan kepada proses penyiapan tugasan JUS.

Meh tengok resepi =)


Bahan-bahan:


Inti :


  • 200g butter
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 150g gula perang

Cara-cara :


Pukul semua bahan sampai kembang.


Masukkan adunan ke dalam plastik ising. Simpan dalam esbok untuk prepare bahan lain.





Topping :


  • 100g butter
  • 100g gula ising
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar  nescafe' / kopi (bancuh dengan 1 sudu kecil air panas)
  • secubit serbuk kayu manis (campur dalam nescafe')
  • 100g tepung gandum

Cara-cara :



- Pukul butter dan gula sampai kembang.
- Masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati.
- Masukkan tepung gandum dan nescafe'. Gaul hingga sebati.


Masukkan adunan ke dalam plastik ising dan simpan dalam esbok.




Roti :


  • 200g tepung roti / high protein
  • 50g tepung gandum
  • 20g tepung susu
  • 50g gula ising
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 10g yis segera
  • 2 biji kuning telur
  • 20g butter
  • 90g air
  • 90g water roux

*water roux
- 30g tepung gandum
- 125ml air
>> bancuh tepung gandum dan air sampai sebati. Masak adunan menggunakan api yang kecil sehingga adunan menjadi pekat. Sejukkan sebelum guna.



Water Roux
(nape nama dia macam tu eh? Nape nak taruk je 'bancuhan tepung gandum'?)


Cara-cara :

  • Masukkan semua bahan-bahan (kecuali butter dan garam) dan uli sehingga sebati dan kenyal.
  • Masukkan butter dan garam, uli lagi sampai semuanya sebati.
  • Biarkan adunan selama 40minit atau adunan naik dua kali ganda.
  • Timbang adunan seberat 60g untuk setiap biji (boleh dapat dapat 9 biji ).
  • Bentukkan bulat-bulat dan perap selama 15 minit.
  • Masukkan inti dan tutup dengan rapi. Biarkan adunan kembang semula menjadi dua kali ganda.
  • Paipkan topping diatasnya.
  • Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 175darjah celcius.




Proses pengembangan (pic blurr sikit)



Bahagi kepada 9 bahagian (60g setiap satu) dan biarkan kembang.



Paipkan inti (ini cara aku yang tak reti nak buat).
Tutup dengan rapi.


Paipkan topping ke atas adunan.
Hasil tangan En Zul..
*Pasrah*


Sebenarnya kena paipkan topping macam ni ye!




Bakar dalam oven.
Kena pantau suhu. Pic sangat huduh..
Huhuhu...



Dah siappppp!!!
Cuma roti kurang manis macam Original Roti Boy....



Love,

No comments:

Post a Comment