Tarikh : 06 November 2011 (Hari Raya Aidiladha)
Masa : 10pm
Tempat : Restoran Kayu Nasi Kandar, Bandar Sri Permaisuri Cheras.
Lepas tengok movie Shark Night, aku & En Zul makan kat restoran ni.
Para pelakon : Ayah Anak perempuan Anak lelaki Props : Air teh tarik & 2 air kosong |
Ayah : Jap, ayah buat keje sikit. (main iphone)
Anak lelaki : Ayah buat apa?
Ayah : Ada lah.
Anak lelaki : Ayah buat apa tu? Ayah main tenet ye? (anak degil ni)
Ayah : Hm.
Anak lelaki : Ayah, adik lapar.
Ayah : Ok-ok, order makan cepat.
Pas order makan.......
Anak lelaki : Ayah, jom la balik. Bosan la.
Ayah : Jap la. Sini internet free.
Anak perempuan : Oh, boleh main internet lama-lama ke? Nanti mak marah...
Ayah : Kakak dengan adik jangan la bagitahu mak. Adik dengan kakak nak makan apa, order je lagi.
Anak lelaki : Kenapa tak boleh bagitahu mak? Kenapa tak ajak mak datang sini?
Ayah : Cepat la makan, jap lagi kita balik.
Anak perempuan : Ayah, kakak nak tambah ayam.
Ayah : Haaa... Tambah-tambah.. Makan kenyang-kenyang. Jangan kacau ayah main 'pechebuk' ye..
Oooo..
Main pechebuk ye ayah?
Keluar rumah konon-konon nak bawak nak makan.
Dah naik kebulur anak-anak, baru di suruh order makan.
Kalau tak, minum sky jus je la anak-anak kau tu!
Yang si bapak duk melayan facebook dengan ntah-sapa-sapa-ntah!
Mengalahkan orang bujang!
Sudah-sudah la bapaknya.
Isteri kat rumah jangan ditinggal-tinggalkan sangat.
Kang bini main pechebuk dengan anak teruna, kau jugak yang melopong!
No comments:
Post a Comment