Hari yang tiada meeting pengurusan bersama Datuk.
Yesss!!!
Dari Khamis masa tengah meeting, semua orang dah fikir mana hala tuju nak pergi masa rehat panjang hari Jumaat.
Last-last aku ajak diorang pergi makan kat restoran Ayam Golek Mek Som kat Pandan Indah or lebih dikenali Kerinchi.
Kami ambil set untuk 4 orang, tapi kami tambah nasi jadi 6 orang.
Cuma nasi untuk aku & Ain je lebih.. (nama Ain tak boleh tinggal, ye!)
Menu :
- Ayam golek (1 1/2 ekor) ---> 1/2 ekor untuk 2 orang makan. Hebat tak? Hahaha..
- Tom yam campur
- Kailan ikan masin
- Kerabu mangga
- Telur dadar
Menu yang biasa kan?
Sebab semua dah malas nak fikir pasal menu.
Lagi satu sebab takut menu yang di order tak sedap!
So daripada gamble ambil menu yang pelik-pelik, baik ambil je menu yang biasa makan.
Lepas makan semua terlentang kekenyangan.
Cuma Jaa sorang je yang masih 'segar' sebab dia masih bengang dengan layanan pelayan kat situ.
Biasa la, kadang-kadang memang ada pelayan yang menjengkelkan.
Macam la kedai kau tu 5 bintang kan??
Walaupun dia jengkel, aku tetapppp nak makan kat kedai tu jugak!
Hahaha..
No comments:
Post a Comment