Wednesday, November 16, 2011

Marah

Ini adalah sebab kenapa aku boleh jadi amukan puaka semalam.


Pertama :

Pagi tadi Aleeya mandi lama-lama dalam bilik air.
Bukan bermakna aku suka dia mandi cincai-cincai sampai langsung tak bersabun dan tak bergosok gigi.
Tapi bayangkan kalau budak umur 7 tahun masuk bilik air pukul 5.50am, tapi sampai pukul 6.20am tak keluar-keluar, apa jadahnya??

Mandi pun paling tidak cuma gosok gigi, kumur-kumur dengan Listerine, then mandi bersabun dan bersyampu.
Bukannya nak suruh mandi wajib or trim segala bulu ari-ari kat badan dia pun.
So tak perlu la nak mandi sampai setengah jam kan?

Pukul 6.00am (selepas 10min) aku jerit panggil dia.
Tanya buat apa lama-lama dalam bilik air?
Dia cakap tengah mandi.

Of cos la kan?
Alasan paling senang untuk elak kena maki.

Pukul 6.10am aku tanya lagi, dia jawab tengah mandi jugak.
Hujung-hujung dah pukul 6.20am aku ugut nak pecahkan pintu bilik air tu, baru kelam kabut dia keluar!
Mahunya aku tak marah?

Ikutkan aku pukul 6.20am tu dah get ready nak keluar rumah dah.
Nak hantar budak-budak ni ke rumah babysitter tu dah la jauh.
Nak hadap jem lagi.
Nak rushing masuk ofis lagi.
Bila dah dia mandi lambat, tak pasal-pasal dia drag semua masa jadi lambat.
Segala-galanya jadi lambat tahap cibai!
Pukul 6.30am baru dia siap pakai baju dan sikat rambut.
Itu pun tak berbedak hokeh!


Kedua :


Pagi semalam aku kena hantar anak sorang-sorang.
Means aku kena drive sendiri la.
Aku ni tak suka drive kalau nak menghadap jalan jem.
Dah kereta aku manual, memang kejang la kaki jawabnya.

Malam semalam En Zul cakap pagi esoknya dia kena pergi KKL.
Sure kena gerak awal pagi.
Masa kat rumah sambil tengok Hawai Five-O, aku tanya lagi.
"Esok KITA hantar anak kan?"
Dia jawab, "Aah!"

Ok, sila perhatikan ayat aku betul-betul.
KITA!
KITA ok...!!!
Maknanya AKU dan EN ZUL!

Alih-alih pagi semalam aku tunggu anak-anak bersiap, tunggu En Zul bersiap, tiba-tiba dia cakap aku kena hantar anak-anak sendiri.
Dah la Aleeya membuatkan pagi tu serba-serbi lambat.
Dan-dan dia cakap aku kena hantar sorang-sorang.
Memang nak kena maki!

Nasib baik syurga bawah tapak kaki suami.
Tak jadi aku nak maki pagi semalam.
Paling tidak pun aku merungut je dalam hati.


Ketiga :

Lepas aku hangin dengan En Zul, aku drive hantar anak dengan perasaan sebal.
Elok pagi tu aku nak tenangkan hati, tiba-tiba Aleeya buat perangai balik.


Aleeya : Mummy, kasut sekolah adik tertinggal kat rumah.



Sialpalisssss..

Dah nak sampai rumah babysitter baru kau nak cakap kasut tertinggal.
Mana sempat nak patah balik.

Terus aku call En Zul.
Tanya pasal kasut tu, sebab aku langsung tak tahu menahu pasal kasut yang di bawa balik tu.
Sebab petang semalam tu En Zul yang ambil anak dari rumah babysitter.


En Zul : Aah, diorang ada bawak balik kasut sekolah semalam. Lupa nak bagitau Mummy.


Boleh?
Arghhh.. Kenapa la tak bagi tahu aku semalam??????
Boleh la aku ingatkan budak-budak tu ambil kasut diorang.
Dah la kasut tu diorang bawak masuk ke rumah.
Kalau bawak balik, tapi tinggal kat dalam bonet kereta, satu hal la jugak.
Ni diorang pergi simpan kat dapur.

Apa kejadahnya?

Dan aku paling tak faham, kenapa nak bawak balik kasut sekolah dari rumah babysitter pada hari ISNIN?
Bukan ke nak bawak balik kasut selalunya pada hari JUMAAT?

Cibs.
Serius menaikkan darah aku.
Last-last budak-budak tu pakai selipar pergi sekolah agama dan sekolah kebangsaan
Padan muka korang!


Keempat :

Jammed!
Kat KL ni celah mana yang tak jammed?
Aku ikut highway 4 lane pun jem jugak.
Lahanat betul.

Aku selalu ikut jalan kat MRR2.
Bila time pagi menghala ke KL hari-hari jem.
Itu normal.
Orang ramai nak masuk KL pergi kerja kan.
Tapi time petang jalan menghala KL pun jem hari-hari jugak!
Padahal orang dah nak balik kerja kan?????

Pagi jammed, petang jammed.
Dah tu, bila nya tak jammed?
Subuh?
Tengah malam?

Dah la jammed tu jalan tersengguk-sengguk.
Jammed yang sangat hazab!
Kalau nak beromen dalam kereta pun, kompem setel 3 round!

Itu pun kereta kau masih kat tempat yang sama!
Langsung tak gerak-gerak!
So kau boleh sambung main romen-romen untuk kali seterusnya.

Aku lebih rela ikut highway Duke kalau dah sengsara sangat jiwa aku dengan MRR2 tu.
Biar la jauh sikit nak sampai Cheras.
Sekurang-kurangnya kalau ikut Duke, dia jammed sikit je kat Loke Yew je.
Tapi kalau hari-hari lalu Duke pun boleh meroyan aku.
Jauh gila nak memusing!
Huhu...

No comments:

Post a Comment