My 1st trial making seafood lasagne. |
Malam ni aku masak seafood lasagne.
Tapi malam ni aku stay sorang, En Zul kursus kat Morib.
Temanya aku makan sorang-sorang sampai muntah!
Seafood lasagne.
Tak ada sotong.
Tak ada ketam.
Tak ada tiram.
So apa yang seafood nya?
Yang ada cuma udang saiz 'M' 8-9ekor.
Yang ada cuma crab stick.
Yang ada cuma bebola cuttlefish.
Lantak la kan?
Janji ada perisa seafood. Hehehe..
Bila dah masak, rasa macam banyak la pulak.
Padahal masa sebelum masak, masa nak prepare bahan-bahan, gila tamak nak potong & masukkan semua bahan.
Sekali bila dah masuk dalam kuali, rasanya boleh makan untuk saiz hidangan 5-6 orang.
Bila tengok kat kotak lasagne tu, 'hidangan untuk 6 orang'.
Sedangkan aku?
Sorang!
Ulang la makan untuk stock 2-3 hari.
Hahahaha..
Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah & bawang putih. Tumis sampai naik bau. |
Masukkan cili boh. Kepedasan ikut citarasa ye. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan air ye, puan-puan.... Air tu biar lebih supaya dapat memasakkan lasagne dengan sempurna. |
Masukkan daging kisar. Apasal pucat je daging frozen ni? Daging murah ni! |
Masukkan crab stick & bebola sotong. |
Masukkan sayur (lada benggala, celery, carrot, brokoli, tomato) Masak sampai kuah mendidih. Masukkan garam |
Masukkan cendawan butang. Hiris nipis-nipis ye. |
Masukkan sos tomato. Aku pilih Prego, sebab dah ada kat rumah. Guna tin yang kecik je pun boleh. |
Masukkan udang yang sudah dikupas kulitnya. Jangan masak terlalu lama. Nanti hilang rasa manis & udang jadi keras. |
Last sekali masukkan daun oregano & basil yang kering ni ye. |
Sekarang mari kita masak kuah cheese pulak.
Gambar tak banyak, jadi sila fahamkan betul-betul.
Hahahaa..
Panaskan butter dalam sauce pan.
Masukkan tepung gandum 3-4 sudu makan.
Gaul sampai sebati.
Masukkan susu segar 2 cawan.
Pastikan tepung tak berketul.
Masukkan garam sikit, dan masukkan cheddar cheese dalam sos.
Biarkan cair dan sebati.
Masukkan cheese 10 slices. |
Ok, dah siap. Taburkan lagi oregano & basil di atas lasagne. Bakar di dalam oven selama 40 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius. =) |
No comments:
Post a Comment