Pre-wedding.
Ramai artis yang buat pre-wedding.
Antaranya Tomok, Nurul Syuhada Nurul Ain, Nabil, Umie Aida, Elyana, Memey dan ramai lagi.
Sheikh Muzaphar pun ada. Siap guna khidmat Kuku Besi sebagai jurugambar. (eh, dia ni kategori artis ke?)
Tak kurang jugak orang yang bukan artis.
Aku tengok kawan-kawan aku pun ada yang buat pre-wedding.
Setahu aku, pre-wedding ni bukan ada majlis makan-makan pun. Sekadar snap beberapa shot gambar or buat video pendek yang comel-comel tu je.
Comel ke?
Mungkin ada yang comel, tapi kebanyakkannya aku tengok macam tak kena dek pandangan mata aku.
Terbaru, aku tengok pre-wedding Memey & Norman, juga pre-wedding Nabil & Zira.
Dari segi kualiti gambar, mungkin cantik.
Tapi aku rasa lagi cantik kalau buat gambar lepas kahwin.
Bukan ke pre-wedding ni suatu perkara yang membazir?
Ye la, nak bayar upah jurugambar je dah berapa?
Belum masuk costing harga album, harga cd @ dvd, harga transportation untuk ke tempat shooting.
Harga baju dan make up dah sah-sah kena tempah kat mak andam.
Kan makan harga beribu-raban semua tu?
Adalah lebih baik duit tu simpan untuk kegunaan masa majlis perkahwinan nanti.
Bayar catering, pelamin, hantaran dan lain-lain.
Jangan pulak nanti makanan tak cukup untuk dijamu kepada para tetamu.
Dengan alasan makanan ditempah untuk 500pax je. Tapi yang datang 1000pax, sebab tu tak cukup makanan.
Padahal kau boleh je guna duit pre-wedding untuk bayar makanan tambahan per pax kan?
Oh, tak pe.. Tak pe...
Mungkin kau anak orang kaya.
Duit yang melambak-lambak tak tahu nak campak mana. Iye dop?
Tapi pre-wedding tu menjaminkan suatu hubungan yang halal dan kekal ke?
Bayangkan kalau beriya-iya buat pre-wedding, sekali ikatan perkahwinan cuma bertahan cuma beberapa tahun je.
Bukan maksud aku orang yang berkahwin tanpa buat pre-wedding tidak akan mengalami masalah rumah tangga atau bercerai-berai.
Tapi kalau kita buat pre-wedding, then hubungan tu tak kekal, bukan ke membazir?
Then album dan video tu nak campak mana?
Gambar nak kerat-kerat, aku amik gambar aku, kau amik gambar kau.
Gitu?
Habis tu video/dvd nak buat macam mana? Kerat dua?
Paling haru bila kau beriya-iya buat pre-wedding, tapi lepas siap segala bagai video dan gambar, kau tak jadi nak kawin!
Ape kes?
Dah la kau habis melabur kat pre-wedding, tup-tup tak jadi kawin.
Tak pe la, duit kau banyak. Atleast kau merasa jugak jadi pengantin sekejap. Iye dop?
Lepas tu, kau hadap la video dan gambar kau, diiringi dengan air mata.
Sedehhhh!
Dan yang menghairankan aku, apa bezanya gambar pre-wedding dengan wedding?
Kan sama je?
Dan selalunya mesti ada gambar post-wedding kan?
Maksud aku, gambar outdoor.
Oh, mungkin gambar pre-wedding tu pengganti gambar outdoor.
Tapi kebanyakkannya akan ada jugak gambar outdoor selepas sesi resepi tu, walaupun awal-awalnya kau dah ambil gambar pre-wedding.
So, kau ada tiga sesi bergambar la?
Gambar pre-wed, gambar wed & gambar post-wed?
Itu belum campur gambar kat kenduri sebelah pihak lelaki!
Hebat betul la orang zaman sekarang.
Nanti bila dah dapat anak, boleh tunjuk gambar semua tu kat anak korang kan?
"Ni gambar mak sebelum kawin"
"Ni pulak gambar mak masa kawin"
"Dan yang ni gambar mak lepas kawin..."
Sweet gitu...
Sweet tengkorak kau!
Aku rasa mesti anak akan cakap, "apa bezanya gambar sebelum, semasa dan selepas kawin, mak?"
Hah, apa perbezaan nya?
Ado bezo?
Nan adoooooo..!!
Yang berbezanya cuma....
Pre-wed : Dalam gambar ayah peluk pinggang mak. Mak pegang muka dan paut leher ayah
Wed : Mak letak kepala kat dada ayah, ayah ramas bontot mak.
Post-wed : ayah letak kepala atas riba mak, mak letak bibir kat atas bibir ayah.
Hak tuih.
Belum apa-apa dah pegang-pegang, ok!
Hish-hish.... Anggap aku tak nampak semua tu....
Sampai sekarang aku masih tak nampak tang mana relevannya gambar sebelum kawin ni?
Yang aku tau...
Ia pembaziran.
Ia belum tentu menjamin perkahwinan selepas pre-wed.
Ia mengarut!
Takpe...Takpe...
Jangan emo, diorang banyak duit. Boleh bayar semua pembaziran tu....
Aku masih menunggu majlis seorang teman.
Esok dah nak masuk bulan 10.
Dia dah shot gambar pre-wed sebelum bulan puasa lagi.
That's mean bulan 7 lagi dah ada gambar pre-wed..
Hebat!
Kau ado?
Nan adoooo!
Gambar diorang pun dah upload dalam FB.
Ramai orang dah memuji-muji kecantikkan baju dan make-upnya.
Meleret-leret komen dan 'thumbs up' kat setiap gambar.
So, bila majlisnya?
Hm?
No comments:
Post a Comment