Monday, August 1, 2011

Quality time and quality mummy, of cos.... Hakhakhakkkk...

Sabtu lepas En Zul kerja. Anak-anak ada kat rumah. Selepas penat kami bertiga berdentam-dentum kat rumah, aku bawa diorang ke Tasik Sri Permaisuri. Memandangkan cuaca yang baik membuatkan aku keluar awal (bila main awal, banyak la peluh diorang yang keluar).

Sampai je kat tasik, ada 2 petugas DBKL yang bawa kuda bersiar-siar. So, amik peluang untuk bergambar dengan kuda walaupun diorang takut sebenarnya.



kuda ku lari gagah berani


tengok abang sebelah kiri tu, siap menjeling manja kat Mummy.. Auuww~

kebetulan hari tu ada pertandingan Marching Band final, boleh tengok diorang prektis

Eh, ni orang ori mana yang sesat ni?

Amboi punggunggggg.. Mantappp..!!

Memang macam jantan la korang ni.

Euwww.. Melekit la si botek ni.. Berpeluh-peluh!

Bergayut pulakkkkk

Dah kau tak sampai, tak pasal-pasal je aku pun kena join sekali! Dengan aku sekali melekit jugak!

Weh, salah ni.. Ni kena naik kat atas, bukan kat bawah.

Haaaa.. Ni baru betul... Tapi, agak tidak senonoh gayanya itu..

Tang ni memang best mainan dia, tapi yang tak bestnya bila aku pulak yang ke seretkan untuk kau!
Sebab kaki kau tak sampai ke bawah.

Bila aku dah tolong seretkan sorang-dua, cukup-cukup la kan? Ni datang pulak yang ramai-ramai nak mintak aku seretkan sekali.
Ni baru sebelah sini, sebelah sana aku tak snap gambar lagi.
Seret kau nak, pelempang aku nak jugak tak??

Aku pun suka main gelongsor ni. Tapi aku tak naik sebab takut roboh. Tak pun aku masuk tak keluar-keluar.
Sebab dah tersangkut kat dalam tu.

Ika : Mummy, nak tuuuuuuuu.....
(Agak-agak ape ek? Bila aku tolehhhhhh.....)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gerai sepanjang jalan! Rabak la $$$$ aku...

Benda pertama : Icecream

Benda kedua : Buah mangga

Haaaa.. Dah lama tak makan buah ni. Ni aku punya. Hehe..

Ni pun aku punya jugak. Sate ikan! Sebab duit aku yang punya, maka makanan aku adalah lebih banyak dari diorang.
Hahahahaaha...

Ni set aku.
Buah, sate ikan, air soya.

Sate ni banyak kontroversinya dulu.. Masa aku budak-budak, ada yang kata dia guna minyak babi. Kontroversi je tu...

Kalau tak amik portion aku memang tak sah!

Ni pun sama jugak

Ni baki untuk aku. Huaaaaaaaa....

Lepas makan, diorang sambung main balik. Seluruh badan aku dah lenguh-lenguh ni. Dah macam nak patah riuk dibuatnya. Kalau sorang berat dalam 20kg, kalau dah dua orang tak ke 40kg? Nak ulang alik mengangkat diorang, boleh kurus aku dibuatnya. Itu belum campur dengan anak-anak orang lain tu..

Sebelum balik, sempat jugak diorang rembat minuman ni. Rabak lagi pitis akuuuuuu....


Minuman kecik macam ni pun RM1.50 sebotol. Minum pulak sekali teguk dah abis! Itu kalau aku la yang teguk..... Tapi kalau budak-budak ni, sampai sekarang masih berbaki lagi dalam esbok aku tu.



Icecream = RM 2.00
Buah mangga = RM 3.00
Sengkuang = RM 1.00
Sate ikan = RM 1.00
Air soya = RM1.00
Air Doraemon = RM 3.00

Total ke'bangkrap'an aku = RM 11.00
Total pembakaran lemak dan kalori = None! =(

No comments:

Post a Comment