Last 31 Jun aku, Leen, Ika dan Aleeya pergi ke Alaska untuk menyambut Ramadhan bersama. En Zul tak ikut sebab kena kerja. Alaska tau, bukan calang-calang orang je boleh pergi sana. Aku je yang gila membabi buta nak sambut Ramadhan kat sana.
Tak percaya?
Ok, aku keluarkan 1 gambar dulu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
See..... Aku kena snap pic dari jauh. Kang ada pulak yang marah! |
Haaaa... Tak percaya kan??
Memang betul kami main salji kat Alaska. Siap buat snowman lagi youuuuu... Anak-anak aku pakai skirt tau! Setakat suhu kat Alaska tu, tak de hal derrrr...
Hakhakhakkk... Berangan di tengahari!
Nasib baik kalau berangan tak membatalkan puasa!
Aku pergi Genting je laaaaa... Berangan nak pergi Alaska konon! Pooodaahhhh..!!!
Hari tu aku bosan duduk rumah. Lepas masak lunch, aku ajak Leen temankan aku bawak anak-anak pergi naik Genting. Lepas hantar makanan untuk En Zul, aku gerak ke Gombak nak ambil Leen.
Dalam pukul 2pm kami dari Gombak. Masa otw, Ika ternampak signboard KARAK 60km kat tepi jalan. Tiba-tiba dia jerit, "Mummy, kakak tak nak pergi Karak! Kakak takut!!!!!!"
Karak tenggorak kau! Mana lalu situ pun... Jangankan kau, aku pun takut lalu situ! Hakhakhakkkk..
Tengah drive, aku teringin nak bawak anak-anak naik cable car. Kami drop kat Genting Skyway. Punya la ramai orang beratur. Siap pekerja tu cakap, "kak, sila beratur sini. Free je nak naik."
Oh, free...?? Aku sukaaaaa... Tiba-tiba terfikir... Eh, kenapa free ek? Selalu kena bayar...
Aku : Dik, ni beratur nak naik cable car kan?
Petugas : Ni nak naik bas kak. Cable car tutup harini. Kalau akak nak naik cable car jugak, pergi ke Awana Skyway.
Ceh, patut la free.. Naik bas rupanya! Baik aku drive WSL aku terus ke atas!
Aku terus ke Awana Skyway. Tengok orang tak ramai sangat. Bayaran tiket RM5 per pax sehala. Kira ok la kan. Balik kang kena beli tiket lain kat atas sana. Petugas kaunter tiket cakap waktu menunggu dalam 45min. Sekarang masa menunjukkan 3.10pm.. Rasanya dalam pukul 4.00pm boleh naik cable car.
Tunggu punya tunggu, rasa macam lama pulak! Ikutkan hati aku nak blah je. Tapi anak-anak beriya nak naik jugak, aku sabar jugak la menunggu.
Tepat pukul 4.10pm turn kami naik cable car. Waaaaaa.. Aku pulak yang takut! Tengok anak-anak steady je... Malu siot!
Waiting for our turn to ride the cable car |
Muka steady je. Tapi aku? Menggeletar kepala lutut... Huahuahuaa!!! |
Peace, yo~! |
Meninjau kawasan |
Dari indoor theme park menuju ke outdoor. Saje jalan-jalan :) |
Tadaaaaa~ Welcome to Alaska! Hahahahaha... |
Dalam pukul 5.30pm kami masuk ke Alaska. (hikhikhikkkk..)
Tengok harga tiket, RM20 per pax. Kalau 4 orang dah RM80. Tapi ada family pakej.
Untuk 2 orang dewasa+2 orang kanak-kanak dapat harga RM70. (balik kang aku claim kat En Zul).
Nak memilih jaket untuk anak-anak satu hal, nak pilih glove satu hal.. Sebelah saiz S, sebelah saiz M.. Hadoiiii...
Kami masuk ke sana, siap ada salji turun dari atas. Wahhh.... Bestnya! My 1st snow... Sejukkkkk...
Gila batak jakun aku ni. Padahal kali ni dah 3kali aku masuk sini. Satu hape pun tak berubah tempat tu. Cuma jakun aku tu je yang tak berkurang sikit pun!
Lepas kami keluar, cuci kaki dan tangan (gila busuk kasut & glove dia okkkk!), kami diberi icecream percuma! Yeayyyy...
Kami terus pergi beli tiket cable car. Rupanya masa tu (dalam pukul 6.30pm) kami merupakan pelanggan terakhir yang boleh beli tiket balik. Alhamdulillah.. Kalau tak, terpaksa la aku menebalkan muka untuk menumpang mana-mana kereta yang kosong atau bas yang nak turun ke bawah!
Kalau ada teksi, aku dah naik dah!
Masa menunggu cable car, ada pulak 2 orang badut ni yang buat belon ni. So anak aku rembat sorang satu. (tapi aku yang kena mintak kan. Anak aku pemalu tak kena tempat!)
Hai, adik-adik... Kakak Dut nak bagi belon ni... |
Muka mengada-ngada lepas dapat belon Snail. Penampar aku nak tak??? |
Jenuh aku memaksa budak-budak ni bergambar dengan Kak Dut ni. Sebagai tanda terima kasih. (muka keterpaksaan!) |
Adik dapat Butterfly |
Sampai kat bawah, anak-anak rembat lagi $$$$ aku. Nak air pulak. Padahal Untie Leen diorang dah belikan jus oren, tak diminumnya!
Masa nak turun dari Awana Skyway, aku tengah drive sambil borak-borak dengan Leen. Anak-anak tengah seronok main-main kat seat belakang. Tiba-tiba....
Ika : Arggghhhhhhhhhhh.....!!!!! Arrrggghhhhhhhhhhh............!!!!
Aku : Kenapa ni kakak? Tetiba je jerit? Kau jangan nak buat hal pulak tengah-tengah hutan ni kakak! (ahh.. kena sampuk dek setan ke budak ni?)
Ika : Argggghhhhhhhhhhhhh!!!!!
Leen : Kenapa kakak? Kenapa??
Ika : Arrgggggggggghhhhh!!! Kakak tak dengar!
Hahahaahahaha... Telinga dia berdengung rupanya. Kalau nak turun atau naik bukit, kan ada perbezaan tekanan udara. Tu yang dia jerit-jerit tu. Sebab telinga dia jadi pekak. Alahai anak aku....
No comments:
Post a Comment