Friday, August 19, 2011

Apa kaitan MANDI dengan KURUS?

Alkisah 4 beranak pagi tadi. Si ayah sedang mandi sambil mencantas segala bulu yang ada. Si mak pula sedang menggosok baju (dasar pemalas, dah pagi baru nak gosok!). Manakala si anak-anak sedang menonton kartun di Ceria selepas bersahur.


Mummy : Adik, kakak, pergi mandi cepat. Nanti lambat mula la korang nak bertekak berebut nak mandi!


Aleeya : Adik taknak, kakak mandi la dulu.


Ika : Taknak! Adik mandi dulu! Kakak nak tengok Rupert.


Aleeya : Taknakkkkk.. Kakak la mandi dulu, kakak kan KURUS!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MOTIF?

No comments:

Post a Comment