MALAYSIA vs CHELSEA
(0 - 1)
Stadium Nasional Bukit Jalil
21 Julai 2011
8.45 malam
Juga boleh ikuti perlawanan ini live di Astro 801
Drogba (minit 79)
(gol kesian untuk 'star')
Serius aku tak sangka macam ni keputusannya! Kalau aku tahu, kompem aku tengok kat Astro. Aku ni bukanlah kaki bola. Nama pemain pun haram aku tak kenal. Tapi bila keputusan hebat macam ni, mesti la aku kepoh nak tengok. (eleeehh... Bila keputusan best, baru kau nak tengok kan? Kalau keputusan tak best, mula la kau post status macam-macam kat FB kau tu!)
Khamis lepas masa aku dan En Zul nak balik kampung, kami singgah di rumah Maklang. Tetiba Maklang bercerita pasal bola. Ala, tentang perlawanan persahabatan Harimau Malaya dengan Arsenal dan Liverpool tu.
Yang buat aku terkejut gila bila Maklang sebut nama-nama pemain bola tu. Mula-mula dia sebut nama pemain Malaysia. Aku dah pandang pelik kat En Zul. En Zul gelak dalam senyuman je la. Tak sampai 5min Maklang sebut nama player Arsenal dan Liverpool pulak! Ah, sudahhhh... Apasal orang tua ni serba serbi tau pasal bola ni? Gila batak betul aku ni. Mak aku yang tua tu pun kenal, aku ni sorang umat player pun tak kenal.
Masa ni dah sah-sah la En Zul ketawa terbahak-bahak kan.. Bukan sebab gelakkan Maklang tu, tapi dia seronok gelakkan aku!
Hantu betul la! =(
No comments:
Post a Comment