Friday, September 4, 2015

From My Kitchen : Creamy Chicken Spirals Soup

Hari ni nak share resepi pasta soup.
Last 2 weeks aku masak macaroni goreng.
Then tetiba teringin pulak nak makan pasta soup.
Tapi tak nak guna macaroni.
Nak guna pasta lain.

Pilihan aku adalah fusilli, shell or butterflies.

So kali ni aku guna fusilli (spirals).



Gambar Google.

Aku ambil resepi dari web ini : Creamy Chicken Macaroni Soup



Bahan-bahan :
  • Dada ayam
  • Spirals pasta
  • Bawang putih (chopped)
  • Bawang besar (chopped)
  • Celery (diced)
  • Carrot (diced)
  • Jagung (aku pakai fresh)
  • 1 tin evaporated milk (susu cair)
  • 2 sudu butter
  • garam secukup rasa
  • mix herbs / oregano
  • blackpepper (tak bubuh sebab tak berapa suka)


Cara mengerjakannya :




Rebus ayam dengan garam.
Guna api slow untuk simmer kan ayam ni.
Kalau nak sedap guna bahagian bertulang supaya stock ayam tu lebih berperisa.
Cuma isi nya kurang la pulak.

Aku rebus lebih kurang 30 minit.

Selepas ayam masak, asingkan isi ayam dan racik kasar-kasar.

Chicken broth (stock) simpan dulu.




Bahan-bahan lain




Cairkan butter untuk menumis.




Masukkan bawang putih dan bawang besar.
Saute sampai layu.




Masukkan segala jenis sayur tadi.




Masukkan susu cair.




Masukkan chicken broth.




Masukkan ayam yang diracik, spirals pasta dan garam secukupnya.




Last, tabur mix herbs.
Tu la bento untuk anak dan laki aku.
Tapi untuk En Zul dia request speghetti. Tapi speghetti dah habis, so aku guna fetuccine.
Untuk anak & aku, masih guna fusilli.

Bento pakej sekali dengan chocolate butter cake.


Bento untuk aku pun ada gak..
Siap bawak sebekas untuk kak Sal kesayangan aku tu.



Alhamdulillah, resepi menepati selera Kak Sal anak beranak.
Sorry resepi tu macam tak lengkap sebab tak ada garlic. Hehee..

Yang penting laki dan anak iols pun suka!

Alhamdulillah =)


Tuesday, September 1, 2015

From My Kitchen : Chocolate Butter Cake

Hari tu teringin sangat nak makan butter cake.
Cake kosong pun tak pe.
Janji butter cake.
Pastu yang buat sendiri. Bukan beli kat kedai or tempah dari orang.
Ceh, punya la demand macam-macam.

Lantak kau la.
Sebab kau yang nak buat kan.
Sukati kau laaaaa...

Aku amik resepi dari blog Namirah.
Kenal?
Tak kenal?

Kalau nameeroslan?
Kenal? Haaa.. Kenal kan....

Sila rujuk sini --> Kek butter paling senang

Moh ler kita start.

Bahan-bahan :
  • 1 butter
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 sk garam (aku tambah)
  • 4 biji telur
  • chocolate bar untuk penambah perisa

*guna cawan yang sama untuk sukatan ye. Tak payah pening-pening nak tukar cawan or mangkuk. Korang pun bukan rajin sangat nak membasuh kan? Errr.. Sebenar aku yang malas nak basuh. Kahkahkahhh..





Mula-mula pukul butter dengan gula halus dan garam.
Pukul sampai kembang,
Saja nak guna hand whisk. Sebab hand whisk tu baru beli selepas hand whisk yang lama dah jahanam.

Nak pakai electric mixer pun boleh. Ikut sukati kau laaaa mana yang mudah..




Masukkan telur dan esen vanila.
Kalau ikut aku, tak payah masuk telur sebiji-sebiji.
Lemporkan je semua sekali harung.




Masukkan tepung gandum.




Kaup balik tepung sampai sebati.




Gris loyang dengan butter / minyak

Curah sedikit adunan sebagai tapak.




Susun chocolate bar ikut sesuka hati kau.
Kat rumah ada cadbury milk bar, so pakai je choc tu.
Jangan nak berangan pakai hazelnut ke hape, semua tu membazir amalan shaitoonnnnnn...

Pastu jangan lupa curah baki adunan.



Bakar guna api atas bawah, selama 45 minit guna suhu 160 darjah.




Kalau kau cucuk-cucuk, cubit-cubit, kuis-kuis kek tu, pastu tak de sisa yang melekat, tandanya kek kau dah ready untuk melompat masuk ke dalam mulut.




Dah siap kek aku.
Nampak chocolate tu masih cair?




Zoom in sikitttttttt...

Puas hati makan kek butter yang diidamkan.
Sendiri buat, lagi puas hati.

Thanks Namee, bagi share resepi mudah.

From My Kitchen : Bread Lasagna

Menu kali ni bread lasagna.
Sebenarnya nak buat lasagna yang betul guna lasagna sheet tu.
Bahan-bahan semua dah beli.
Tapi sebab nak perabihkan roti kat rumah, so eksperimen kali ni kita tukar lasagna sheet dengan roti.






Bahan-bahan :
  • Roti putih / fiber
  • daging kisar
  • shiitake mushroom / button mushroom
  • bawang putih (chopped)
  • cili api (optional)
  • cili kisar (blend dengan bawang putih dan bawang merah)
  • serbuk kari daging (2 sudu)
  • Cheddar cheese
  • Mozarella cheese
  • susu fresh / full cream
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
  • mix herbs / oregano

Cara membuat inti :
  • Panaskan 2 sudu minyak. Tumis bawang putih, cili kisar, serbuk kari dan cili api bagi yang suka pedas (aku masukkan cili untuk kurangkan rasa muak cheese)
  • Masukkan daging kisar.
  • Masukkan shiitake mushroom
  • Salt to taste.
  • Masak biar kering inti lasagne ni

(Boleh masukkan sos tomato atau sos prego kalau nak. Aku tak masuk sos prego sebab nak reserve untuk masak guna lasagna sheet. Aku kan kedekut. Hahaha..)




Ok, inti dah siap.
Memang tak cantik.. Tak menyelerakan... Aku nampak semua tu.
So jangan kutuk okayyyyy...



Pukul susu dan telur.
Pukul sampai semua jadi kembang semangkuk gitu.




1 - Rendam roti dalam susu, susun dalam tray.




2 - Curah inti atas roti.




3 - Letak cheddar cheese.

Ulang langkah 1-2-3 sampai ke puncak tray.




Last tabur mozarella cheese.
Seba cheddar cheese ada baki, aku tabuq gak sekali.
Biaq depa sama-sama cayaq dalam tu.




Pi boh dalam oven. Bakaq selama 25 - 30 minit.
Aku guna api 160 darjah celcius.




Dah siap, bulih tabuq mix herbs.
Ni tak tabuq lagi dah pi amek gambar.
Gelojoh sungguh hang ni.




Potong la ikut suka hang,
Aku buat 2 tingkat ja, tapi sebab potong gelojoh-gelojoh, terus ranap layer lasagna aku.

Punggahhhh!

From My Kitchen : Egg Basket

Lately aku rajin bereksperimentasi kat dapur.
Beli barang dapur macam-macam, then cuba pelbagai resepi.
Antaranya Egg Basket.
First time aku tengok resepi ni masa Celina Khor masak untuk tema breakfast.
Eh, nice la menu ni... (konon-konon masa tu aku dok habaq dalam hati laaa)
Jatuh cinta pulak aku.

Terus gugel resepi.
Based nya cuma white bread. Ada yang tambah bacon untuk kasi sedap.
So aku adjust sikit supaya sesuai untuk En Zul dan anak.
Yang penting, mudah sangat uols....



Gambar pembuka selera cedok dari gugel.
Harus la kasi tengok yang cantik dan indah-indah.
Kang terus tunjuk yang aku buat, mahu kena carut dengan korang,
Hahaha..


Pastu kasi tunjuk yang rentung ni pulak.
Dengan harapan korang tak de la nak kutuk egg basket aku lepas tengok kehancuran egg basket member ni punya. Hahaha motif sangat tau!!

(ni pun cedok dari gugel. Tak nak sebut dari web mana. Hihihi)



Ok, meh kita start.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Roti putih / fiber
  • telur 3 biji
  • susu full cream / fresh
  • Garam secukup rasa
  • Sosej (diced)
  • Shiitake mushroom (diced)
  • Mozarella cheese
  • mix herbs / oregano
  • blackpepper (ikut hangpa la nak taruk ka tak. Aku tak boh)



Mula-mula susun roti atas muffin tray.



Pukul telur dengan susu dan garam
Kalau ikutkan, 1 basket pakai 1 biji telur ayam.
Tapi sebab aku nak buat 7 basket, takkan nak pakai sampai 7 biji telur kan?
Dah macam hantu raya pulak punya pelahap makan 7 biji telur ayam.
Sebab tu aku gantikan dengan susu.




Tuang adunan dalam basket.
Masukkan sosej dan shiitake mushroom.
Untuk aku, boh banyak sikit isinya. Untuk anak aku, boh sikit ja laa..
Tak bulih banyak-banyak, nanti hang gemok susah nak cari saiz sluaq.




Last tabur la mozarella cheese.
Kalau suka capsicum, letak la yang kaler merah or hijau.
Kasi ceria riang ria di hari raya gitu...




Masuk dalam oven, bakar lebih kurang 15-20minit.
Suhu aku set kan dalam 150 darjah celcius.
Ikut kepakaran oven masing-masing la ye..
Aku tak guna microwave sebab tak nak roti tu kasi keras.
Kalau nak guna microwave, letak 1 cup air kat tepi untuk elakkan roti jadi kering dan keras.

Sambil tunggu egg basket aku masak, moh kita pi gosok tudung gheja dulu.




Dah siap bakar, tabur la bunga-bungaan di pusara..
Eh, bukan.. bukannnnn...
Tabur la oregano ke, parsli ke, basil ke..
Aku taboq mix herbs jaa..




Nah, untuk bekal anak dan boifren ceq.
Walaupun rupanya sedikit huduh, tapi ia di bakar dengan penuh kasih sayang...

Hahahaha...