Thursday, February 26, 2015

From My Kitchen : Begedil Daging

Begedil daging


Aritu aku masak sup daging.
So ada daging lebih, aku hiris-hiris nipis nak simpan buat stock.
Pastu teringin nak buat begedil. Terus teringat kat begedil Maklang, sedap!

Then aku amik sikit daging - minced.
Oh myyyy!! Lenguh gila tangan aku wehhh.. naik segala muscle aku. Bhahahaa..
*menyesal tak beli je minced meat Ramly tu*

Datang En Zul, terus cakap "mummy tambah daging tu lagi. Banyak daging lagi sedap..."

Haaah?!!

Baikkkkk.. Y_Y
Aku amik lagi segenggam, then cincang lagi.
Sambil-sambil cincang, aku doa supaya syurga la tempat aku... Hahaha!


Bahan-bahan :



Ni bahan perencah.




















Of kos kena ada kentang.
Tak kesah la apa jenis pun.

Kupas kulit, potong kecil, basuh dan deep fry.
Ada sesetengah orang rebus.
Aku tak suka rebus sebab nanti lembik dan susah nak kepal.

So better goreng, toskan, biarkan sejuk sekejap.
Tumbuk/lenyekkan kentang.
(letak sikit garam masa lenyek kentang. kalau nak lumur garam sebelum goreng pun boleh)




Ni haa minced meat.
Dah basuh bersih-bersih, campur dengan sos tiram (agak-agak jangan terlebih masin),
minyak bijan (optional - nak tukar ganti sos ikan pun boleh)
Gaul-gaul sampai sebati yeee..

Tumis daging dengan sedikit minyak sampai masak.
Tak nak tumis pun tak pe. Tapi aku tak suka kalau tak tumis.
Takut daging tu tak masak masak goreng dengan telur.



Campurkan daging goreng dengan bahan-bahan rencah.




Gaul-gaul sampai sebati.
Gaul dengan tangan baru beshhh!
Baru dinamakan 'air tangan'




Uli bulat-bulat.
Saiz ikut sukati. Buat kecik-kecik macam fishball pun ok.
Sebiji sekali ngapppp..

Aku buat saiz sederhana dapat 14 biji.

Pukul telur, celup begedil dan goreng sampai tukar golden brown.
Tos dan hidang =)



Malam tadi makan begedil dengan bubur ayam.

(kali ni buat style bubur kosong+ayam goreng carik+telur masin)




Jemput makan ^_^



Wednesday, February 18, 2015

Sampai kapan ketemu lagi ^_^

Ya ampunnnn... Busy nya balik dari USM.
Rasa nak tercabut bahu aku menggalas beban kerja. Chewahhh... Ayat over betul.
Sebenarnya busy dengan bengkel.
Well aku dah tukar bahagian, tak buat kewangan dah.
Aku kena uruskan kursus keusahawanan, dan kursus ni new course kat sini.
So memang busy la sikit.

Abaikan kebizian aku ni.
Padahal kau memang malas nak update blog kan!

Ok, nak sambung cerita pasal makan-makan kat USM.
Untuk tahun depan aku dah ada list tempat makan nak kena serang.
Harap-harap menjadi la plan JJCM aku dengan Wazli tu.
Standby duit banyak-banyak baru syok nak pegi berjalan cari port makan best.

Hahaha

Lepas Seoul Garden, kitorang makan ala-ala Mexican kat Habanero.
CikPah yang ajak makan kat situ.
Makanan tak 'heavy' sangat la. Kira boleh la kenyang biasa-biasa.
Not kenyang macam makan nasi arab tu.
But still kenyang alhamdulillah....



Masing-masing muka lapar. Dah tak peduli kat kamera dah.
Kecuali BNuji yang alert dengan lens, pantang aku tala henpon kompem dia pandang!




Ni set aku - Tortilla Fiesta.
Special untuk fiesta ni sebab dia bagi filling ayam & beef sekali.

Wazli & BNuji makan burrito.
Jangan tanya aku resepi burrito, aku tak penah buat lagi.
Nak tau resepi pegi google sana.




Next!

Dinner kat Uncle Hussin. Ni wajib tiap-tiap tahun.
So nothing special.

Oh, ada special.... Tahun ni Zul ada partner baru.
Tahun lepas Zul dengan Liza.
Tahun ni Liza dah memboyot so Zul dapat partner baru - CikPah ^_^

Aku suka gila gambar ni.
Sebab Wazli tak pandang kamera.
Pastu semua orang muka tembam, Fakhrul buat muka pelik. Tak de sape pun yang nampak slim.
Even yang slim pun muka tak nampak penuh.
Kahkahkahhh.. Keji!


Tahun ni overnite lepak pantai macam biasa.
Cuma tahun ni semua orang tak sihat duk batuk selsema, so eskrem tak payah beli sampai 1 tube.
Beli Jwel je, kat dalam ada 4 ketul je. Cukup sorang seketul.



Tokeh sponser eskrem.
Tenkiu Wazli.




- Kami -

Abaikan 'eskrem' Nadia tu.




Gigih sorok muka tembam kat celah botol.
Hahaha...





CikPah, nak eskrem kita??




Kesian Nad.. Sampai sekarang masih demam.
Get well soon yah!



Samubil-sambil lepak Zul cuci mata tengok couple merendek buat projek.
Kahkahkahhhh!

(awek siap pegang tuttttt lagi)



Aku tak paham kenapa ada kasut Zul kat celah-celah sampah ni?





Bermabuk-mabukkan.
- Maaf, kanak-kanak bawah umur 18 sila close this page -


Esoknya.....


Wazli dah balik KL!
Uwaaaa.. Sampai hati tinggalkan bff kat USM sorang-sorang... T_T


So bawak diri berjalan-jalan dengan Zul & BNuji.
Menumpang kasih dengan diorang je laaa....




Jalan-jalan kat Rope Walk (Jalan Kulit)










Esoknya En Zul & anak-anak sampai Penang.
Aku saja book tix flight awal pagi.
Supaya pagi tu boleh kitorang jalan-jalan sekitar Penang.




Aleeya makin gemok.
Dia pakai seluar aku masa kurus tu.... Muat weh!!




Kami di Fajar Harapan.
Kami nanti nak check in kat asrama macam ni bila dah besar nanti.


Malam tu lepas last paper, kitorang jalan-jalan cari pasar malam.




Tapak pasar malam En Zul meniaga ayam goreng suatu ketika dahulu....




Rupanya kawan dia masih meniaga kat situ.
So kira ni jejak kasih la ni...




Sedap ayam goreng ni. Murah & besar portion dia.
Tapi ni resepi sendiri. Ikutkan resepi asal lagi sedap ikut cerita En Zul.
Tapi tekak aku rasa dah sedap dah ni..



Harga RM2.00 untuk saiz ayam yang besar.
Kat KL tak dapek deknonnnn...


Esoknya kitorang balik KL, then singgah Cameron Highlands.



Aleeya ni memang kuat tido!
Ikut perangai sape ntah?!!




Suhu kat luar sejuk gile!!
Seronok Ika main angin. Hehee teruja gile anak dara aku sorang ni.




Kabus tebal. Macam hujan.
First time aku naik Cameron sejuk macam ni. Selalu sejuk light-light je.
Kali ni memang kena bersweater glove bagai.
Tapi malas nak beli sebab nak singgah sekejap je.
Dah lama tak bawak anak-anak berjalan-jalan.
Alang-alang boleh ber-short vacation macam ni.




Anak dara kami.
Dua-dua orang ni aku yang potong rambut dia.
Walaupun buruk tapi ada stail~
Hihiii...





Kakak yang kurus.
Happy betul budak ni dapat jalan-jalan kat Penang & Cameron




Aleeya gemok.
Susah betul nak senyum.




Nah, gemok macam aku. Haha!
Dagu berlapis-lapis sampai tak nampak leher dah.




Tengok, macamana tak gemok?
Makan tak beringat.


Sebelum turun Cameron, kitorang makan Nasi Lemak Sambal Strawberry Ikan Masin di Abang Strawberry.




Abang Strawberry




Restoren ni kat dalam rumah je uols..




Nah, bunting kedai Abang Strawberry.
Siap ada model kiri kanan.




Cantik deco kedai dia..
Aman je makan kat sini.
Tapi kurang aman bila anak-anak aku sampai.
Terjerit-jerit macam orang hilang laki.



Tempat memasak sambal ni kat tepi ladang stoberi je.
Tumis-tumis, then petik buah stoberi campak dalam kuali.

*bau semerbak harummm*



Budak debab.
Kau tengok lengan dia. Kalah lengan aku.
Sekali dia sikuuuu, terjelepok kau ke tanah.
Hahaha...




Mummy, kami lapaqqqq...




Anak ayah. Manja betul budak ni dengan En Zul.
Sebab dengan aku dia tak boleh nak manja-manja.
Ika dah booked nak manja-manja dengan aku.














Nasi Lemak Ayam Sambal Strawberi Ikan Masin.

Sedappppp!!!
Memang ada kelainan sambal ni. Sambal tumis ikan bilis pun sedap jugak.
Tapi rasa sambal stroberi tu dah overshadow rasa sambal ikan bilis tu.

Kanan - Sambal Strawberi Ikan Masin
Kiri - Sambal Tumis Ikan Bilis



Jemput makan semuaaaa ^_^

Harga untuk sepinggan nasi lemak ayam sambal strawberi ikan masin & air strawberi tu dalam RM10.90. Kira ok laaa... Sebab strawberi fresh, bukan kordial.

Tapi air stroberi tu seyes manis ooo..
Boleh bikin potong kaki. Huhuu... T_T

(balik KL aku try buat sambal stoberi guna dried strawberry tanpa ikan masin, tapi rasa manis dia tak macam hat orang ni punya.. hahaha... Tapi hujung-hujung tekak tu ada la rasa stoberi tu)




Nah, aku belanja stoberi untuk korang. Yummeh!




Sampai rumah aku terus naik hantu tengok keadaan rumah.

*nanges*