Lama tak update blog. Eh, bukan ke semalam aku baru je update entri?
Nevermind... Semalam aku mengisi masa terluang.
(banyak kau punya masa terluang? Buku dah baca dah?? Final dah dekat hokeh!)
Hari ni aku dah set janji dengan Nadia, Zul dan Wazli nak lepak sama-sama.
Tapi si Zul tak boleh join pulak. Sebab apa? Aku pun tak tahu, malas nak tanya.
Si Wazli pulak, kalau Zul tak ada pun bukan dia reti segan dengan aku & Nadia.
Dia bantai je join kitorang.
Aku janji dengan Nadia nak ambil dia kat stesen Universiti pukul 9.30am.
Then janji dengan Wazli nak ambil dia kat PPUKM. Senang dia nak park motor, then naik 1 kete dengan aku.
Elok nak call Wazli, sembang-sembang punya pasal aku boleh tersalah dial no orang lain.
Pastu cakap beriya-iya macam orang kat hujung sana nun si Wazli.
Hampeh.
Wazli sampai lebih kurang pukul 10.10am.
Wazli, kamu lambat hokeh! LAMBAT!!!!!
Walaupun 10min, aku tetap kira jugak. Muahaha!!
Lepas tu kitorang terus ke Giant Cheras Batu 9.
Banyak faktor kenapa aku bawa diorang ke sana.
Pertama, jalan tak jammed.
Mulanya Wazli ajak ke Times Square. Bapak gila jammed! Tak hingin aku nak redah jalan ke sana.
Yang penat nak tekan minyak aku jugak.. Huhuhu..
Kedua, sana senang nak parking. Orang pun tak ramai.
Agak-agak la time weekend ni nak masuk KL. Eeeeiii... Sumpah aku tak sanggup.
Ketiga, kat sini harga karoke murah jeeeeeee.. Pastu nak makan-makan kat Fullhouse.
Kat Giant ni je yang ada Fullhouse yang dekat dengan area rumah aku.
Hal-hal lain aku tak kesah.
Tol? Setakat singgit apa ada hal derrrr...
Sampai je kat Giant, kitorang pergi borong air minuman dulu.
Biasa laaaa.. Muka budget retis memang suka over sikit.
Nak ada air mineral la, nak ada air 100plus la.. Siap nak beli air asam jawa.
Tapi suara?? Sumbang jugakkkkkk!
Wazli : Hmmm.. Mana satu nak pilih ye???
Wazli : Okeh, aku nak dua-dua sekali!
Hoiiiii.. Tamak nya!
Dah beli air, berduyun-duyun kitorang pergi ke Music Star.
Murah jugak kat sini. Bilik kecik or besar sama harga untuk weekdays or weekend..
Tapi selepas 6pm dan ke atas harga lain.
1 jam - RM12
2 jam - RM18
3 jam - RM25
Murah kan?
So aku book untuk 3jam.
Alaaa.. Sekejap je 3 jam tu. Mula-mula aku nyanyi, then Wazli pulak, pastu Nadia pulak sambung.
Agak-agak dah bosan nyanyi solo, kita berduet pulak.
Tup-tup selesai 3 jam.
Ni baru bertiga menyanyi. Aku selalu je nyanyi sorang-sorang 3 jam.
Sampai budak-budak kat sini pun dah kenal aku.
Apa ada hal setakat 3 jam tu? Hehehe...
Wazli menunjukkan bakat terpendam. Mukanya seperti malu-malu di situ kan??
Aku tak percaya mamat ni PEMALU. Tak caya?
Sila lihat di bawah.
Dia dah mula feeling-feeling hokeh! Siap book 1 mic untuk dia conquer.
Aku dengan Nadia kongsi je mic.. Huhu...
Setakat gambar je apa barang kan?
Meh aku upload suara Wazli sebarang dua lagu.
Kompem ramai producer yang berkenan & tangkap leleh dengan suara mamat ni.
Auuuuwwwww~
Aishiteru
Best tak?? Apa lagiiii.. TEPUK LA WEIIIIII!!!!!
Chorus Aishiteru
Kalau berpacaran by Nadia & Wazli.
Sila amati suara aku adalah yang hujung-hujung video.
Kompem mudah nak kenal suara sumbang tu kan?
Lebih-lebih lagi tang "Ha...ha...haaaa" tu
Terima Kasih Cinta
Amacam? Sedap tak suara Wazli?
Perghhhhh... Tercabar beb!
Dia nyanyi lagu Noh Hujan, suara dia pun macam Noh Hujan.
Dia nyanyi lagu Aizat, suara dia pun macam Aizat.
Dia nyanyi lagu Anuar Zain, suara dia pun sebijikkkkk macam Anuar Zain.
Eh, betul ke dia karaoke ni?
Ke aku tertekan button AUDIO??
Sedap weiiiiii suara dia.
Tapi last-last aku select aku Spin - Janji Kita, terus suara dia jadi sumbanggggggg!!!
Hahahaaa...
Kompen ni, mesti dia dah set awal-awal lagu febret dia, then dia miming je suara tu.
Kompem!!!
Dah puas melalak, kitorang isi perut.
Dah tengahari, lapar beb!
Macam kebulur dah aku tengok muka masing-masing.
Huhuhuuuu...
So aku bawak diorang makan ke Fullhouse.
Sebelum ni aku dah janji dengan Nadia nak bawak dia minum Magic Ball yang rasanya lebih sedappppp dari Pearl. So kira dah setel janji aku yerrr?
Sedap Magic Ball tu kan, Nadia?
Terpegun dengan kecantikkan awek Korean kat sini.
Sabar Wazli, sabar....
Nampak benauuuu gelojohnya tu.
Motif Nadia taruk tangan kat dagu adalah untuk menyembunyikan double chin nya.
Boleh?? Lantak kamu laaaa...
Beverages & desert dah sampai. Mari mentekedarah~
Amboi Wazli, tak toleh kiri kanan dahhhhh..
Air strawberry blended tu (kaler merah) yang aku recommend kan kat Nadia.
Atas dia ada magic ball. Bila gigit dia meletup keluar jus strawberry. Sedap!
Lihat
SINI untuk tengok lebih dekat.
Wazli punya air apple pun ada. Tapi magic ball dia masam sikit.
Black forest, creme' brulee dan tiramisu. (RM29.90)
All of them are recommended. Sangat sedappppp!!!
Yummy!
Black forest. Cup dia diperbuat dari choc. So boleh makan semuanya sekali, kecuali pinggan.
Creme' brulee... Sangat rangup gula hangus tu. It's really delicious. Not too sweet!
Tiramisu (moose).
Very soft dan moist. Slurppp!
Punya la excited nak makan tiramisu.
Dia kaut sorang-sorang je.. Bila mintak, siap sorok-sorok!
Hampeh.
Nadia berjaya merampas tiramisu itu. Kahhh~
IKLAN JAP.. HEHEHE.....
Sempat gak nak menyelit bekal aku. Hehehe... Aku bawak untuk Nadia & Wazli.
Nak promote ni.. Aku jual cheesy powder tu (sebelah kanan). Murah jeee...
Rasanya sama macam Cheesy wedges KFC.
Cara penyediaan sangat mudah. Campurkan serbuk cheese dengan air panas, kacau-kacau dan boleh dihidang. Mudah kan??
Sape-sape berminat boleh pm aku =)
Ni adalah cheesy powder tu.
Berminat? Boleh pm aku.
Lunch dah sampai. Dari gambar ni kita boleh lihat siapa yang paling lapar kan??
*merujuk kepada kuantiti makanan yang hampir habis. Hahahaa...
Semua berjaya menghabiskan makanan masing-masing.
Alhamdulillah.. Thanks Wazli sebab belanja kitorang makan kat sini.
Total = RM129++
Lain kali belanja lagi eh?
Pas makan, solat dulu. Pas solat make-up pulak.
Si Wazli ni aku tak tahu la apa yang dia make-up kan.
Tuhan je yang tahu. Hehehe..
Then kitorang ke Viva Home pulak. Nak tengok movie.
Yeayyyy!!!
Sekali masa otw hujan selebat-lebatnya.
Ni semua angkara Wazli duk ulang tayang video suara dia yang aku rakam tu.
Sampai sudah dia tak percaya suara dia sedappppp (konon-kononnya!)
Ceh!
Jakun tak pernah jumpa cermin.
Haaaa.. Elok la tengok cermin tu. Biar lama-lama sikit ye.
Kahhh~
Wazli cover perut.
Nadia cover pipi.
Aku cover girl majalah COSMO edisi Jun.
Eh??
Tengok movie cerita Dark Shadow.
Sangat slowwwww cerita ni. Mengantuk!
Kecuali part *sensored* tu je yang tak mengantukk!
Hahahahaaa....
*haipppp... budak-budak dibawah umur dilarang menonton, apatah lagi untuk melakukan aksi 'ngeri' tu.
Ni iklan sebelum movie bermula.
Tak ada gambar. Cuma suara sahaja.
Pastu tak pasal-pasal Wazli buat aksi sengal.
*abaikan cacian aku di hujung video. Hihihi..
Anyway, thanks to Nadia sebab sudi belanja tiket movie. Thanks jugak untuk popcorn dan pepsi.
Bak kata Zul, kan Nadia ni tukang sponser F&B... Hehehe!
Thanks to Wazli sebab sponsor parking. Tak tahu berapa la harganya... =)
Aku nak ucapkan jutaan terima kasih (eh, macam ucapan wakil rakyat pulak) pada Nadia dan Wazli sebab menggembirakan aku sebelum kita sama-sama menghadapi final exam.
Bukan aku taknak ajak kawan-kawan yang lain, tapi cuma kita berempat (termasuk Zul) yang dekat. Orang lain jauhhhhh.. Huhuhu....
Aku ucapkan semoga korang berjaya untuk final exam nanti.
Nanti kita sama-sama berjumpa untuk next sidang ye....
Contact-contact la aku. Pasni boleh kita lepak-lepak lagi.
Thanks for everything =)